Bab 31

415 63 0
                                    

Saif menghembus nafas dalam keadaan mengigil. Dia mendongak melihat langit, kelihatan butiran-butiran salji berguguran umpama kekabu yang ditiup angin. Tubuh kurusnya tak mampu untuk terus menahan kedinginan cuaca pada hari itu. Blackwest sengaja membuka bumbung bilik kurungannya sementara dia dibiar dengan hanya bersarungkan pakaian nipis. Garinya yang merantai tangan dan kakinya turut dibuka. Hari ini, mereka tidak pula menyeksanya secara fizikal tetapi nyata seksaan ini tetap mengugat ketahanan tubuhnya.

Saif terbatuk keras. Nafasnya semakin memberat. Dia mula terbaring dalam keadaan memeluk lututnya. Matanya semakin tertutup...dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

"Saif..Saif...bangun sayang.." kejut satu suara gemersik.

Saif membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan bayangan seorang wanita berpakaian serba putih lengkap menutupi auratnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Bayangan wanita itu semakin jelas sebelum terserlah wajah yang cukup indah pada pandangan matanya.

"Siapa puan?" Soal Saif sambil bangkit dari pembaringannya. Dia bersandar pada sebatang pokok yang tubuh merimbun di tengah-tengah lembah yang dipenuhi tumbuhan berbunga itu. Bau haruman pelbagai jenis bunga menusuk hidungnya, membuatkan perasaannya semakin tenang.

Wanita itu menguntumkan senyuman. Senyuman yang cukup manis pada pandangan Saif. "Ini bonda, Saif tak ingat?"

Saif terpana seketika. Dia merenung wajah yang berseri itu lama. Apa yang menarik perhatiannnya adalah sepasang mata itu. Mata yang berwarna hazel sama sepertinya.

"Bo..bonda?"

Tergagap Saif menuturkan perkataan itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah berpeluang menggunakan gelaran mulia itu pada ibunya sendiri. Dan kini, peluang itu muncul tanpa dia menduganya.

Wanita itu mengangguk. "Ya anakanda...ini bonda. Pasti Rafael belum mengisahkan perihal bonda dan ayahanda pada anakanda, bukan?"

Giliran Saif mengangguk.

Wanita itu melabuhkan punggungnya disisi Saif. Tangannya diangkat lalu dia mengusap kepala Saif dengan penuh kasih sayang. Saif tersenyum sendirian. Sudah lama dia mendambakan belaian seorang ibu. Sungguh dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan ini.

"Bonda adalah bekas tentera Blackwest. Begitu juga Rafael. Dari kecil bonda dibesarkan di Blackwest walaupun hakikatnya bonda berbangsa Ryukyu Neo. Disebabkan bonda tidak punya sesiapa di sana, maka bonda menjadi rapat dengan Rafael yang merupakan ketua bonda ketika itu. Kerana itu, bonda dan ayahanda amat mempercayai Rafael kerana bagi bonda...Rafael itu seperti bapa bonda sendiri. Dan pasti Saif sudah lebih dahulu menduga siapa ayahanda Saif yang sebenarnya, bukan?"

"Haidhar Emir bin Miftahul Emir, bekas pemimpin Kesatuan Durrah dan salah seorang Keluarga Emir".

"Ya, benar. Maafkan kami kerna terpaksa merahsiakan segalanya dari anakanda," ujar wanita itu lagi.

"Tak mengapa, Saif faham. Bonda...siapa nama bonda sebenarnya? Kenapa Blackwest menggelar Saif sebagai pewaris cahaya dan kabus?" Soal Saif memandang tepat ke dalam anak mata bondanya itu. Sungguh dia berharap pertanyaannya kali ini terjawab, tidak seperti saat-saat lalu.

"Semasa di Blackwest, bonda digelar sebagai Lady Mist manakala ayahanda Saif digelar dengan nama Light. Cuma selepas memeluk Islam, bonda menggunakan nama Yasmin Raihanah. Light dan Mist, cahaya dan kabus. Itu ialah gelaran ayahanda dan bonda," balas Yasmin.

Jika difikirkan semula, takdir antara dia dan Tuan Haidhar sememangnya aneh. Sebagaimana cahaya matahari pagi melenyapkan kabus, begitu jugalah kehadiran Tuan Haidhar melenyapkan identitinya sebagai tentera Blackwest dan mengenalkan dunia baru kepadanya. Dunia indah sebagai seorang muslim yang hanya bersujud dan tunduk kepada Allah SWT.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now