Bab 32

431 58 0
                                    

Malam menjelma lagi. Rafael duduk di koridor hospital sambil menikmati secawan kopi panas. Dia mahu merehatkan diri seketika sebelum azan Isyak berkumandang di ruang udara.

Penat.

Seharian dia bertapa di dalam bilik makmal penyelidikan bersama tabib Rayyan dan pasukan penyelidik yang lain bagi mencari penawar racun Blackwest.

Alhamdulillah, kini mereka hampir menemui jalan keluarnya. Hanya sedikit lagi dan mereka sudah boleh menarik nafas lega. Tak sia-sia dia menjadi tentera Blackwest dahulu. Sekurang-kurangnya dia tahu asas pemikiran mereka.

"Gaya paman seperti baru terlepas dari azab saja," gurau tabib Rayyan sambil melabuhkan punggung di sisi Rafael. Secawan kopi ditangannya diserahkan kepada Rafael.

Rafael menyambut cawan itu sambil ketawa tanpa suara. "Biasalah...paman sudah tua. Mana nak bergerak seperti zaman muda lagi".

"Tetapi Rayyan lihat paman tetap cergas. Tiada gaya seperti orang tua pun melainkan uban paman itu," usik tabib Rayyan lagi. Dia menghirup kopi panas di dalam cawannya.

Ketawa Rafael semakin panjang. Pandai lelaki itu mengambil hatinya. Tabib Rayyan hanya tersenyum tanpa ikut ketawa.

"Paman..agaknya bagaimana keadaan Saif?" Ujar tabib Rayyan seraya merebahkan kepalanya di atas penyandar kerusi. Dia mendongak melihat siling, seolah-olah sedang membayangkan wajah Saif.

Tawa Rafael terhenti. Dia memandang wajah tabib Rayyan yang tidak menunjukkan sebarang riak. Rafael tersenyum nipis. Dia terharu melihat ahli Kesatuan Durrah yang mengambil berat tentang Saif. Sungguh dia tidak menyangka betapa mudahnya mereka menerima kehadiran pemuda itu sebagai anak Tuan Haidhar.

"Hanya Allah yang tahu..." Balas Rafael seraya memandang lurus ke hadapan. Cawan kopi yang baru dihabiskannya dibuang ke dalam bakul sampah yang hanya disebelahnya. Kedua-dua siku direhatkan di atas paha. Dia turut termenung bersama tabib Rayyan.

"Kasihan kami semua melihat Keluarga Emir. Belum surut berita anak saudara mereka diculik, Zamir pula menghilang tiba-tiba. Apalah yang pemuda itu fikirkan? Mujur dia meninggalkan pesanan pada Memoir Tuan Rasyid. Kalau tidak, pasti kami memikirkan dia turut diculik. Zamir..Zamir.." luah tabib Rayyan.

Walaupun mulut membebel tetapi hatinya tetap percayakan Zamir. Dia sudah faham dengan perangai Zamir yang suka buat keputusan secara mendadak. Dia tahu, Zamir pasti ada alasan tersendiri kenapa dia menghilang tiba-tiba.

Rafael mengetap bibirnya. Dia tahu benar alasan di sebalik kehilangan pemuda itu. Semua gara-gara lelaki yang menemaninya datang ke AIM tempoh hari bagi membantu membebaskan Furqan. Zamir mengikut lelaki itu pulang manakala dia pula yang tinggal di sini. Semacam sistem barter pula. Sudah jenuh dia melarang, tetapi Zamir tetap tegas mempertahankan keputusannya.

"Jangan risau, Keluarga Emir semuanya berhati tabah. Mereka tak mudah tergugat dengan ujian yang datang bertimpa-timpa ini. Lihatlah, mereka sentiasa sembunyikan kelemahan perasaan mereka dan tunjukkan ketabahan mereka. Sehingga kita yang melihat terasa kagum akan kekuatan mereka," balas Rafael.

Tabib Rayyan ikut tersenyum. Teringatkan Tuan Ammar yang sibuk menjalankan siasatan tentang serangan Blackwest tempoh hari. Pun lelaki itu masih sudi meluangkan masa bagi melawat unit Penjaga AIM yang cedera setiap hari.

Lebih mengharukan, Tuan Rasyid yang jauh lebih sibuk untuk menjaga Sultan, mencari maklumat mengenai anak saudaranya, menguruskan AIM dan Kesatuan Durrah, memantau perkembangan projek penghasilan penawar racun Blackwest, serta memerhati keadaan negara Suwadi dan Ryukyu Neo dari kejauhan.

Sungguh dia benar-benar kagum melihat bagaimana dua orang Keluarga Emir itu menguruskan masa mereka.

------------------------------------------------------

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now