Bab 57

351 58 0
                                    

Penjaga Risham menyiku sahabatnya. Dia mengerakkan kepala menunjuk ke empat arah yang berasingan. Penjaga Asyraf memandang ke sana. Dia mengangguk sekali lalu memberi isyarat kepada sahabat-sahabat sepasukannya yang lain.

Mereka berpecah lalu bergerak secara senyap tanpa sebarang bunyi menuju ke sasaran masing-masing. Di sini adalah gelangang permainan mereka, maka mereka mampu bergerak dengan mudah walaupun dikelilingi hutan belantara.

Penjaga Farid menyelinap ke belakang seorang tentera Blackwest yang sedang bersembunyi. Dengan gerakan yang pantas, dia menembak ubat pelali tepat ke belakang leher tentera musuh itu. Setelah tentera Blackwest itu tidak sedarkan diri, dia segera mengikat lelaki itu dibatang pokok meranti yang sebesar dua pemeluk manusia itu.

Penjaga Malik memanjat pokok berhampiran lalu bergayut dari dahan ke dahan sehingga tiba disebatang pokok merbau. Senyap dan lincah sahaja pergerakannya. Dia bersembunyi dicelah-celah dahan pokok merbau itu sambil memerhatikan tentera-tentera Blackwest yang sedang berehat dibawah. Bom asap dibaling ke tanah. Dia melompat turun lalu terus mengatur langkah menewaskan kesemua tentera Blackwest itu serentak.

Penjaga Risham menepuk bahu seorang tentera Blackwest yang sedang cuba menghubungi seseorang. Tentera itu berpaling. Terus mukanya ditumbuk kuat oleh Penjaga Risham. Penjaga Risham menyembunyikan senyumannya tatkala melihat tentera Blackwest itu telah pengsan. Walhal, baru terkena satu tumbukan. Rakan sepasukan tentera Blackwest yang ada bersama disitu cuba membalas serangan. Dia menghunus pisau ingin menikam Penjaga Risham. Penjaga Risham menepis dengan lagak selamba. Tangan tentera Blackwest itu digengam lalu ditarik ke arahnya. Bila tentera itu hampir tersungkur jatuh, dia menghentak belikat tentera Blackwest itu menyebabkan tentera Blackwest itu pengsan.

Penjaga Asyraf menarik nafas lega apabila Memoirnya menyala tiga kali menandakan sahabat-sahabatnya telah berjaya menewaskan sasaran masing-masing.

Giliran dia untuk bertindak.

Bom asap dibaling ke arah tentera-tentera Blackwest yang sedang duduk membincangkan strategi dikawasan yang agak lapang. Sempat Penjaga Asyraf menghantar pesanan kepada sahabatnya yang lain sebelum dia muncul menyerang mereka.

Nafas Penjaga Asyraf kian deras akibat kepenatan. Manakan tidak, satu lawan sepuluh! Sahlah kekurangan itu berada dipihaknya. Dia harus segera merencanakan strategi andai tidak mahu tertewas sebelum sempat sahabat-sahabatnya tiba memberi bantuan.

Dia memerhati kiri kanan. Tinggal enam tentera Blackwest yang masih berdaya. Empat yang lain telah tidak sedarkan diri akibat serangan yang dilakukannya semasa asap bom yang dilemparkannya tadi masih tebal. Sekarang, asap itu telah menipis bagai kabus yang menghilang saat dipanah cahaya mentari pagi.

Penjaga Asyraf segera bersembunyi dibalik sebatang pokok balau apabila seorang tentera Blackwest itu cuba menembaknya. Tanpa disedari mereka, dia menyelinap ke pokok lain. Dia tersengih melihat tentera-tentera Blackwest itu mengepung pokok yang dijadikan perisainya tadi.

Penjaga Asyraf mengeluarkan tiga damak yang telah disapu dengan ubat pelali. Dengan cekap, dia membaling damak itu tepat mengenai tiga orang tentera Blackwest. Terus mereka jatuh tidak sedarkan diri. Manakala tiga yang berbaki terus menyerbu tempat persembunyiannya.

Dia menyambut kehadiran mereka dengan senyuman lebar. Penjaga Asyraf tertawa tanpa suara melihat riak kehairanan yang terpapar di wajah mereka. Belum sempat mereka melakukan apa-apa, muncul Penjaga Risham, Penjaga Malik dan Penjaga Farid dari arah belakang. Dihentak belikat mereka bertiga serentak menyebabkan mereka bertiga rebah tewas sebagaimana rakan mereka yang lain.

"Selamat ke kalau kita hanya pengsankan mereka?" tanya Penjaga Malik sambil mengari tangan seorang tentera Blackwest itu.

"Sudah arahan Tuan Rasyid. Selagi boleh elak, jangan bunuh mereka. Lagipun, kau sendiri tahu bahawa sebahagian besar tentera Blizzard terdiri dari mereka yang dipaksa mengikut arahannya. Otak mereka dikawal seperti yang Blizzard lakukan kepada anak Tuan Haidhar dahulu. Bukan mereka pinta untuk jadi begitu pun," jelas Penjaga Risham.

Tiada lagi perbualan yang berlansung. Kesemua tentera Blackwest yang ditewaskan digari kaki dan tangan lalu diikat pada batang pokok berhampiran. Kelak, unit Penjejak akan datang membawa mereka ke AIM untuk dipenjarakan sehingga perang tamat.

-----------------------------------------------------------

Fathul tersedar dari pengsannya. Dia menahan diri dari bergerak apabila mendapati dirinya sedang dikendong seseorang. Suasana sekeliling diperhati tanpa disedari dua orang tentera Blackwest yang sedang mengawasi dari kiri kanannya. Petang semakin lewat, menandakan malam kian menjelma. Mereka kini berada dikawasan perbukitan, jauh dari kawasan istana.

Fathul tersengih sendirian. Sayang seribu kali sayang dia ialah seorang putera. Setiap inci kawasan kepulauan itu telah dihafalnya dengan baik hasil didikan peribadi oleh ayahandanya untuk memastikan dia mengetahui keadaan setiap rakyat yang menetap di pulau itu. Sungguh, dia benar-benar berterima kasih kepada ayahandanya.

Fathul menyatukan kedua-dua tangannya membentuk penumbuk besar. Lalu dihentak belikat tentera Blackwest yang mengendongnya itu. Mereka berdua terjatuh bersama-sama.

Tanpa membuang masa, Fathul segera bangkit untuk melarikan diri. Meninggalkan tentera-tentera Blackwest yang masih terkial-kial mengejarnya.

Tidak lama kemudian, larian Fathul menemui penghujungnya. Langkahnya terhenti betul-betul ditepi cerunam bukit yang tinggi itu.

Dia menoleh ke belakang. Ketiga-tiga tentera Blackwest itu sedang mengepungnya. Tiada lansung celahan untuk dia melarikan diri.

Dia kini tersepit.

"Menyerah sahajalah wahai Putera Tanah Lazuardi!" ejek Waze. Mereka ketawa sinis.

"Dan membiarkan aku dibunuh begitu sahaja? Jangan bermimpi disiang hari, Blackwest!" balas Fathul dengan berani. Tajam matanya merenung setiap satu Blackwest dihadapannya bak seekor harimau yang memerhatikan lawannya.

"Kau tak boleh lari lagi, putera. Undur ke belakang, ada cerunam yang menanti. Mara ke hadapan, kau tetap akan mati. Sia-sia kau melawan kerna akhirnya kau tetap akan mati," angkuh Waze berbicara. Ketawa mereka pecah lagi.

Tiba-tiba Fathul mengukir senyuman misteri. Keadaan kembali sepi. Ketawa tentera-tentera Blackwest itu mati.

Melihat riak Fathul yang agak berbeza itu, mereka jadi tidak berani. Seakan-akan pemuda itu menyimpan seribu satu muslihat.

Fathul mara selangkah dan tanpa sedar, ketiga-tiga tentera itu berundur selangkah. Bagai terpukau dengan aura yang ditunjukkan oleh Fathul itu.

"Kalian sudah menceroboh tanah air aku! Maka, apa kalian fikir aku akan membiarkan laksana orang bodoh!" teriak Fathul.

"Kau hanya seorang!"

Kening Fathul terangkat tinggi, seakan mencabar mereka bertiga. "Maka lihatlah bagaimana seorang ini bisa menewaskan tiga pengecut dihadapannya ini".

"Kau!" Seorang tentera Blackwest itu mara untuk menyerang Fathul.

Fathul lebih pantas bertindak. Dia bergayut pada dahan pokok di atasnya lalu melepaskan tendangan padu ke belakang tentera itu. Tentera itu terdorong ke hadapan sebelum jatuh dari cerunam itu.

Kedengaran jeritan tentera itu bergema sebelum senyap.

Waze dan seorang lagi tentera Blackwest menyerang Fathul serentak. Fathul bergayut dari dahan ke dahan bagi mengelak serangan mereka.

Tiba berdekatan dengan satu pokok yang telah mati, Fathul mendarat kemas ke atas tanah. Dia memandang kedua-dua tentera Blackwest yang sedang mendekatinya itu dengan senyuman yang sama seperti tadi.

Dia melibas beberapa tendangan kuat ke batang pokok itu. Batang pokok yang telah mereput itu mulai tumbang menyembah bumi.

Tepat ke arah dua tentera Blackwest itu.

Mereka tidak sempat melarikan diri lalu dihempap batang pokok mati itu yang agak besar. Darah merah segar mengalir dari celahan pokok itu.

Fathul menarik nafas lega sambil mengucapkan lafaz tahmid. Dia memandang kedua-dua tangannya yang digengam kejap. Sukar mempercayai bahawa dia berjaya menewaskan tiga orang tentera Blackwest serentak tanpa senjata.

Benar kata Furqan, dia juga punya kekuatan sendiri.

Bibirnya mengariskan senyuman tawar lalu melangkah pulang ke AIM.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now