Bab 23

427 66 4
                                    

    Seorang manusia misteri menceroboh masuk bilik yang dihuni oleh Saif, Furqan dan Fathul.

    Terus dia menghampiri salah satu almari pakaian yang ada di dalam bilik. Haruman lemon menyapa deria baunya saat pintu almari itu dibuka.

    Terselit kekaguman melihatkan kekemasan susunan pakaian di dalam almari. Seluar dan baju Melayu elok tergantung mengikut susunan warna pelangi. Manakala pakaian lain seperti kain pelikat dilipat rapi dan disusun di bawah pakaian yang tergantung itu.

    Manusia misteri itu mengeluarkan satu bungkusan uncang kecil lalu disorokkan di celah lipatan kain pelikat. Disebabkan isinya yang sedikit, uncang itu tidak membuatkan susunan pakaian itu membengkak. Hanya bila diselongkar, baru uncang itu akan dijumpai.

    Puas dengan hasil kerjanya, manusia misteri itu kembali menutup pintu almari. Dia menjeling jam yang dipaku pada dinding yang bertentangan dengan katil-katil itu. Nyata sudah hampir waktu kelas yang seterusnya. Dia harus pulang ke kelas semula sebelum terserempak dengan sesiapa.

-----------------------------------------------------------

    Seorang ahli Kesatuan Durrah memagari Pasar Awam dengan pita berwarna merah bagi mengelakkan pihak tidak berkaitan menghampiri kawasan itu. Sementara itu, beberapa orang Penjaga AIM yang lain sedang sibuk menjalankan siasatan mengenai kes keracunan yang berlaku baru-baru ini.

    Tuan Ammar merehatkan dirinya di sebuah bangku kayu yang mempunyai ukiran geometri di taman bunga yang berhadapan dengan Pasar Awam. Penat. Puas dia mencari bahan bukti di Pasar Awam itu sejak awal pagi tadi bersama-sama anak buahnya. Namun hampa. Orang itu terlalu bijak menghapuskan bukti yang ada. Sehinggakan tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk mereka jadikan asas bagi memulakan siasatan.

    Sedang Tuan Ammar khusyuk memikirkan kes itu, tiba-tiba anak matanya tertangkap kelibat Furqan yang tergesa-gesa melintasi kawasan itu sambil membimbit sebuah buku tebal ditangannya. Dari gayanya, pasti Furqan cuba mengambil jalan pintas untuk ke bangunan akademi.

    "Furqan!" Panggil Tuan Ammar dari kejauhan.

    Furqan berhenti berlari. Keringat yang mengalir di dahi segera dikesat menggunakan belakang tapak tangannya. Matanya dikecilkan bagi mencari kelibat Tuan Ammar sehinggalah dia melihat Tuan Ammar yang sedang bersandar pada bangku berdekatan dengan Pasar Awam. Lantas dia menukar arah laluannya lalu merapati Tuan Ammar yang sedang menanti kehadirannya.

    "Assalamualaikum, tuan," sapa Furqan lalu bersalaman dengan ketua Penjaga AIM itu.

     Tuan Ammar tersenyum sambil membalas lafaz salam Furqan. Matanya tak lekang dari merenung Furqan. Sedikit pelik melihat Furqan yang lansung tidak kelihatan mengah berlari walaupun tubuhnya sudah dibasahi peluh. Bagai sudah biasa.

    "Furqan dari mana ini?" Tanya Tuan Ammar.

    Furqan tersengih. "Dari bilik. Saya tertinggal buku 'Asas Penggunaan Memoir' tuan," balasnya sambil menayangkan sebuah buku tebal di depan mata Tuan Ammar.

    "Ohh, kenapa tak pinjam dari kutubkhanah sahaja? Bukan lagi dekat dengan kelas kamu? Tak perlulah kamu bersusah payah pulang ke bilik bagai," ujar Tuan Ammar.

    Furqan membeliakkan matanya sebelum tersengih sambil mengaru kepala. "Hehehe, saya terlupa pula di kutubkhanah ada buku ini".

    Menggeleng Tuan Ammar melihat sikap cemerkap Furqan itu.

    Furqan memandang Memoirnya sekilas. Tersentak dia melihat waktu yang tertera.

    "Err tuan, saya pinta diri dahulu ya. Kelas sudah mahu bermula," pinta Furqan sebelum kembali berlari meninggalkan Tuan Ammar tanpa menunggu balasan Ketua Penjaga AIM itu. Dia sudah terlewat untuk ke kelas Guru Tiryaq!

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now