Bab 67

344 54 1
                                    

Furqan termenung sendirian ditangga masjid. Fikirannya melayang mengenangkan Saif yang menghilang secara tiba-tiba. Puas dia pusing disekeliling AIM bagi mencari pemuda itu tetapi tak ketemu. Malah, di bukit tempat Saif selalu melepak sendirian juga tidak menampakkan tanda-tanda bahawa pemuda itu pernah ke situ baru-baru ini. Memoirnya juga tak mampu menghubungi Memoir milik Saif. Seakan-akan Saif meletakkan penghalang sejak awal-awal lagi.

"Saudara..." tegur Fathul dari belakang. Rambut Furqan diusap kasar sebelum dia melabuhkan punggungnya disisi pemuda itu.

"Hishhh, apa ini Fathul!" marah Furqan. Dia kembali membetulkan gaya rambutnya menggunakan tangan. Dahinya dikerutkan.

Fathul tersengih tawar. Dia memeluk lutut sambil memandang langit. "Saudara...kenapa hati ini rasa tak sedap dari tadi, ya?" luah Fathul sambil meletakkan tangan didadanya.

Furqan sedikit tersentak. Ternyata Fathul juga berkongsi rasa yang sama. Rasa tidak enak yang menjalar ke hati kini berbaur dengan rasa risau. Jangan ada sesuatu yang buruk menimpa Saif sudah.

"Saif di mana?" tanya Fathul apabila Furqan hanya diam seribu bahasa. Wajah keruh sahabatnya itu dipandang dari sisi.

"Tak tahu...saya tak dapat menjejaknya walaupun menggunakan Memoir," balas Furqan buntu.

Fathul menghembus nafas berat. Apa sebenarnya peperangan ini belum tamat sepertimana yang mereka sangka?

-----------------------------------------------------------

Tuan Rasyid bangun secara mengejut sehingga kerusinya terlentang ke belakang. Tuan Ammar pula membuntangkan mata. Kedua-dua mereka terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Solihin.
"Di mana Saif sekarang?" tanya Tuan Rasyid cemas. Tangannya mencengkam bahu Solihin sambil tubuh lelaki itu digoyangkan beberapa kali.

"Sabar Rasyid," ujar Tuan Ammar. Tangan Tuan Rasyid ditarik dari mencengkam bahu Solihin. Kesian dia melihat lelaki itu sesak nafas dengan tindakan adik iparnya itu. Selalunya Tuan Rasyid lebih tenang dari dia, tetapi kali ini, adik iparnya yang hilang kawalan diri.

"Dia ada di gua laut," beritahu Solihin.

Tuan Rasyid terus berlari meninggalkan mereka berdua. Jeritan Tuan Ammar memanggilnya tidak dipedulikan. Tuan Ammar mengeluh nipis. Dia kembali memandang Solihin.

"Haidhar bagaimana?"

"Dia masih dirawat oleh tabib Rayyan," balas Solihin lemah. Sungguh hatinya terasa kesal kerana meninggalkan Saif. Andai apa-apa yang terjadi kepada pemuda itu, tak mungkin dia dapat memaafkan dirinya. Dia berharap sangat agar Saif selamat. Walaupun mungkin harapannya itu mustahil...

"Mari". Suara Tuan Ammar menyedarkan dia dari dibuai lamunan.

"Ke mana?" soal Solihin keliru. Otaknya tiba-tiba lambat menangkap maksud kata-kata Tuan Ammar.

"Cari Saif," jawab Tuan Ammar pendek.

Solihin akur. Dia mengekori langkah Tuan Ammar yang tampak sedikit tergesa-gesa itu. Walaupun lelaki itu kelihatan lebih tenang berbanding Tuan Rasyid namun dia tahu bahawa Tuan Ammar juga risau dengan keadaan anak saudaranya itu.

-----------------------------------------------------------

Nafas Saif kian menyemput. Bibirnya berulang kali melafazkan kalimah Allah. Dia terbaring lemah di atas lantai gua. Suara tawa Blizzard tidak diendahkan. Fikirannya hanya tertumpu kepada ayahanda dan Solihin sahaja. Moga ayahandanya dan Solihin telah selamat tiba di AIM.

"Allah!!" jerit Saif apabila Blizzard menarik bahunya kasar. Memaksa dia untuk kembali berdiri.

Blizzard mengheret badannya sehingga ke gigi air. Terus badannya ditolak kuat ke dalam air laut yang separas lutut itu. Blizzard turut masuk ke dalam air. Dia mencengkam rambut Saif lalu merendamkan kepala Saif ke dalam air laut. Saif meronta kelemasan. Luka pada bahu dan paha juga semakin menyengat apabila terendam dalam air laut itu. Beberapa kali perbuatan kejam itu diulang sehingga Saif benar-benar lembik.

"Aku sudah kata kau tak akan mampu kalahkan aku. Degil. Sekarang lihat siapa yang tersungkur?" ujar Blizzard sebelum kembali ketawa.

Saif mengangkat kepalanya memandang Blizzard. "Selagi saya masih bernafas, selagi itu masih ada peluang untuk menewaskan kau, Blizzard. In sha allah," balasnya. Saif menguntumkan senyuman dalam kepayahan.

Blizzard panas hati. Dia menumbuk muka Saif kuat. Saif yang enggan mengalah pantas mencengkam baju Blizzard. Dia mencakar mana-mana bahagian kulit Blizzard yang dapat dicapai. Mereka bergelut dalam air itu.

Tiba-tiba, mata Saif terancap pada sesuatu benda yang terkeluar sedikit dari kocek seluar Blizzard. Tanpa disedari oleh lelaki itu, Saif pantas merampas benda itu sebelum dia menjauhkan diri dari Blizzard. Saif mengangkat benda itu untuk ditayangkan pada pandangan Blizzard.

"Kau!" marah Blizzard. Tangannya segera meraba kocek seluarnya. Kosong. Nyata benda ditangan Saif itu sememangnya miliknya.

"Kau tak akan berani!" ujar Blizzard apabila Saif mengacah untuk menarik picu benda itu.

Saif tersenyum manis. "Siapa kata. Saya tak kisah untuk mati asalkan saya berjaya mengotakan janji untuk menewaskan kau," ujarnya.

"Kau tak akan berani. Bukankah agama kau melarang penganutnya membunuh diri?!" ujar Blizzard, cuba menenangkan hatinya sendiri.

Senyuman Saif melebar. Tangannya mula menyentuh picu bom tangan itu. Walaupun kecil, tetapi dia tahu bom tangan itu mampu meledakkan kawasan dalam lingkungan lima ratus meter. Jika picu itu ditarik, tiada sesiapa akan selamat antara dia dan Blizzard. Cara paling mudah untuk menewaskan Blizzard.

"Itu kalau saya terbunuh. Belum cuba belum tahu, bukan?" selamba Saif berkata. Bunyi dari dalam gua yang dia dengar tadi semakin jelas.

Blizzard semakin cemas. Dia memandang bom itu dan wajah Saif berulang-kali. Riak nekad Saif membuatkan dia cuak. Jelas pandangan pemuda itu mengatakan dia tidak main-main.

"Satu!"

"Dua!"

"Tiga!"

Blizzard cuba melarikan diri. Belum sempat dia bergerak ke mana-mana, kedengaran bunyi letupan kuat yang mengegarkan kawasan sekitar gua itu.

Bommm!!!

Maka tamatlah riwayat seorang Blizzard.

-----------------------------------------------------------

Tuan Rasyid, Tuan Ammar dan Solihin terkaku diatas bot tidak jauh dari mulut gua itu. Sebahagian gua itu mula runtuh akibat letupan bom. Berderai batu-batu kecil dan besar jatuh ke dalam laut. Debu-debu halus berterbangan ke ruang udara.

"Ya allahhh!" Tuan Rasyid menjerit pilu. Dia memeluk Tuan Ammar disisinya. Tangisannya dihamburkan tanpa segan silu. Sebelum ini, Rafael mati didepan matanya. Kini, Saif pula. Melihatkan kesan letupan itu, peluang Saif untuk masih hidup amat tipis. Barangkali kurang satu peratus.

Tuan Ammar turut mengalirkan air mata. Sukar untuk dia percaya kejadian yang baru disaksikannya. Menurut Solihin, itulah tempat Saif bertarung dengan Blizzard. Dan itu bermakna, Saif juga menjadi mangsa letupan itu. Dia baru mengenali Saif kurang dari tempoh setahun, kenapa secepat itu anak saudaranya itu pergi? Dia lansung tidak berpeluang untuk mengenal Saif dengan lebih rapat. Terlalu banyak perkara yang berlaku telah membataskan hubungan mereka sebagai sebuah keluarga. Sayang...peluang itu telah tertutup selamanya...

Solihin membelakangkan kedua-dua pemimpin Kesatuan Durrah itu. Tak sanggup untuk melihat tangisan walang mereka. Dia yakin bahawa Saif tidak sempat lari dari letupan itu. Tambah, kakinya cedera teruk. Sungguh, sekarang dia benar-benar menyesal kerana meninggalkan Saif.Bagaimana reaksi Furqan jika anaknya itu tahu bahawa Saif telah tiada? Sedangkan hubungan mereka berdua teramat akrab umpama kembar...



AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now