Bab 58

348 54 0
                                    

"Fathuulll!!" jerit Furqan tatkala melihat lelaki itu sedang berjalan santai menuju ke Balai Besar.

"Ehh, saudara? Kenapa ini?" soal Fathul apabila Furqan tiba-tiba memeluknya. Pandangan keliru diberikan kepada Sultan Faizan Rafiq dan Tuan Ammar yang berada dibelakang Furqan. Riak kedua-dua pemimpin itu kelihatan lega. Seakan-akan baru terlepas dari bebanan berat.

"Ayahanda ada disini?"

Pelik Fathul melihat ayahandanya selamat berada di AIM. Maknanya, dari awal lagi dia terperdaya dengan helah licik Blackwest.

Sultan Faizan Rafiq mengangguk sambil menguntumkan senyuman tawar. Dia mendakap erat tubuh anakandanya itu setelah Furqan beralih ke tepi Tuan Ammar. Betapa risau perasaannya apabila mendengar berita puteranya itu diculik. Oleh itu, dia terus datang ke sini setelah Zamir memaklumkan Fathul telah selamat pulang ke AIM.

"Errr, ayahanda? Anakanda tak boleh bernafas..." ujar Fathul apabila dirasakan pelukan Sultan Faizan Rafiq semakin erat.

Sultan Faizan Rafiq melepaskan dakapannya. Kepala Fathul diusap lembut. "Ayahanda bersyukur anakanda selamat, alhamdulillah," ujarnya.

Fathul mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Err, kenapa semua nampak risau sangat? Anakanda baik-baik sahaja. Lainlah Saif. Entah ke mana budak itu menghilang, " dalih Fathul. Dia pura-pura ketawa kecil.

Furqan menumbuk bahu sahabatnya itu menyebabkan Fathul sedikit terdorong ke belakang. Sekaligus mematikan tawa palsu sahabatnya itu. Lansung dia tak mempedulikan gerangan insan yang bersama mereka. Terutamanya Sultan Faizan Rafiq yang merupakan ayahanda Fathul sekaligus menjadi Sultan Tanah Lazuardi. Fathul menyentuh bahunya. Matanya dijegilkan memandang Furqan.

"Saudara kenapa?!" tanya Fathul menahan geram.

Furqan memberi riak menyampah. "Jangan berlagak bagai tiada apa-apa yang berlakulah. Kami semua tahu bahawa saudara baru sahaja diculik oleh Blackwest".

Wajah Fathul berubah terkejut. Tangan dibahu dialih untuk mengusap belakang lehernya. Bibirnya diketap. "Maafkan saya. Saya cuma tak mahu kalian risau sahaja," balas Fathul serba-salah. Dia tak menyangka mereka tahu tentang perkara itu. Niatnya ingin merahsiakan sahaja perkara itu.

"Bagaimana Fathul boleh terlepas?" tanya Tuan Ammar ingin tahu. Tak senang mereka dibuatnya apabila Unit Penjaga yang diarahkannya untuk menjejaki Fathul memaklumkan bahawa mereka tidak berjaya menemui Fathul dimana-mana.

Tidak lama selepas itu, mereka dikejutkan dengan berita penemuan dua orang mayat tentera Blackwest dihempap batang pokok reput berhampiran cerunam. Ada sisa pertarungan disekitar tempat itu.

Lalu, satu kesimpulan dibuat, Fathul berjaya menewaskan tentera Blackwest itu sendirian. Rasa risau diganti perasaan aneh yang sukar digambarkan.

Kemudian, Zamir pula menyatakan bahawa pemuda itu telah selamat tiba ke AIM melalui pagar belakang. Maka, dia bersama sultan dan Furqan segera mampir ke sini untuk memastikan bahawa Fathul itu adalah Fathul yang sebenar. Bimbang andai Blackwest memperdayakan mereka sekali lagi dengan taktik yang sama.

"Emmm, anggap sahajalah Allah membantu saya melepaskan diri.Perkara itu sudah terjadi, lupakan sahajalah," balas Fathul. Malas untuk membicarakan soal itu.

"Tapi..."

"Tiada tapi-tapi. Sudah, saya ingin menunaikan solat asar dahulu. Tengok matahari sudah hampir terbenam. Kalau terlepas, saudara mahu tanggung dosa saya?" bidas Fathul, memotong bicara Furqan.

Furqan mencebik. Namun dia tetap memberi laluan kepada Fathul untuk beredar. Sempat Fathul bersalaman dengan Tuan Ammar dan ayahandanya lalu kembali meneruskan perjalanan ke Balai Besar.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now