Bab 61

348 54 1
                                    

"Saif tak apa-apa?" soal Tuan Ammar cemas. Kedua-dua bahu Saif dicengkam.

Saif melirikkan senyuman manis. "Alhamdulillah, Saif tak apa-apa". Tenang sahaja dia membalas.

Tuan Ammar menghela nafas lega sambil melepaskan cengkamannya. Dia memandang keadaan disekitar Balai Besar itu. Hampir-hampir dia tidak mengenal tempat itu. Bagai tokang pecah. Senjata yang tidak bertuan berselerakkan disana sini, lantai yang dikotori darah, dan susunan perabot didalam balai itu menjadi kucar-kacir. Kebanyakan perabot itu telah pun pecah dan rosak.

Betapa terkejutnya mereka tadi saat menerima laporan dari Fathul tentang apa yang berlaku disitu. Maka dia diarahkan oleh adik iparnya untuk menguruskan keadaan di Balai Besar. Syukur kerana penuntut-penuntut AIM hanya cedera. Kini mereka yang cedera sedang dirawat oleh unit Perubatan.

"Pelik, biasanya Zamir akan memberi amaran tetapi ke mana dia menghilang?" Tuan Ammar meluahkan kesangsiannya kepada Saif.

"Abang Zamir ada dimana sebelum ini?"

Tuan Ammar menggeleng perlahan. "Tidak tahu. Jika dinilai dari gaya Zamir yang tahu semua yang berlaku, pasti tempat itu mirip Menara Utara".

"Mungkin abang Zamir ada di bilik kawalan yang lama. Saya pernah mendengar cerita dari Tuan Haidhar mengenai bilik itu. Cuma bilik itu telah lama dilupakan dan hanya diketahui oleh pemimpin-pemimpin Kesatuan Durrah," sampuk Furqan. Dia teringatkan cerita Haidhar mengenai AIM sebelum dia menjejak kaki ke situ. Selaku ibu pejabat Kesatuan Durrah, tak hairanlah jika AIM mengandungi banyak rahsia termasuk kamar itu.

"Bilik kawalan lama?"

"Kalau tidak silap sayalah, bilik itu terletak dibawah tanah. Pintu masuknya pula terletak di Dataran Terapung," sambung Furqan lagi.

"Ada apa-apa yang berlaku kepada abang Zamir ke?" tanya Fathul risau. Berkerut dahinya membayangkan keadaan Zamir sekarang.

"Mungkin. Lebih baik kita periksa disana dahulu," cadang Saif. Dia memandang Tuan Ammar yang masih tenggelam dalam fikirannya.

"Baiklah. Tetapi saya tak dapat mengikut kalian ke sana. Saya perlu menguruskan keadaan disini," putus Tuan Ammar memberi kebenaran. Lagipun, ketiga-tiga pemuda itu sehebat ahli Kesatuan Durrah yang lain. Maka, dia tak perlu risaukan mereka.

-----------------------------------------------------------

Tiga sahabat itu melangkah ke laluan bawah tanah itu dengan penuh berhati-hati. Senjata masing-masing siap berada dalam gengaman mereka. Sebagai langkah awal jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dalam keadaan siaga itu, mereka tetap tidak dapat lari dari kekaguman melihat suasana ditempat itu. Sungguh cantik dan berseni biarpun diselaputi debu tebal serta sawang labah-labah.

Langkah mereka berakhir dipintu usang yang terbuka luas. Benar kata Tuan Ammar, bilik rahsia itu tak ubah seperti Menara Utara. Skrin-skrin hologram terapung menayangkan keadaan di seluruh pulau itu. Panel kawalan dan papan kekunci hologram turut tersedia disitu.

"Mana abang Zamir?" bisik Furqan ditelinga Saif.

Saif tak membalas. Matanya tajam memerhati kedalam bilik yang kelihatan kosong tak berorang itu. Diteliti setiap sudut yang kelihatan, namun bayangan Zamir tetap tidak muncul. Dengan lafaz basmallah, Saif melangkah ke dalan bilik itu. Dia menghidupkan lampu pada Memoirnya untuk menerangi bilik yang suram itu.

"Pelik. Jelas sekali abang Zamir pernah kesini. Tetapi ke mana dia menghilang?" ujar Fathul sambil melarikan jari-jemarinya di atas panel kawalan itu. Dia berpaling memandang Saif dan Furqan yang sedang berlegar-legar disekitar bilik itu. Matanya membesar.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now