Bab 51

309 49 3
                                    

Subuh itu, doa panjang dibacakan seusai solat jemaah demi memberkati perjuangan mereka dan memohon perlindungan Allah untuk mereka atas musuh-musuh mereka.

Suasana begitu hening. Seisi Masjid al-Mukhzirin itu sunyi sepi. Hanya suara imam yakni Tuan Rasyid bergema ke sekitar masjid. Ahli-ahli jemaah merangkap tentera Kesatuan Durrah semuanya tunduk menghayati doa yang dibacakan.

"Ya Allah, Engkau telah mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana kasihkan-Mu, bertemu dan patuh pada-Mu, bersatu memikul dakwah-Mu. Hati-hati ini berjanji setia, mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka, eratkanlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati ini, tunjukkan ia jalan yang sebenar. Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu yang tak pernah padam dan lapangkannya dengan iman".

Doa Rabithah dibaca dengan sesungguh hati.

Memohon dan merayu agar Allah menyatukan hati-hati mereka.

Agar mereka dapat terus berjuang dan saling menyokong antara satu sama lain.

Dan apa pun yang akan terjadi dimasa akan datang, ikatan hati-hati mereka yang ikhlas kerana-NYA tak akan pernah putus dan terus terjalin buat selamanya.

Hati yang setia berjuang di jalan Ilahi, in sha allah tak akan pernah terpesong dan menjadi pengkhianat yang mengkhianati agama dan negara.

Ya, pimpinan Keluarga Emir yang mesra rakyat menyatukan hati mereka tetapi bila ikatan hati itu dibina dengan tali Ilahi, ia akan semakin kukuh dan in sha allah tak akan putus.

Itu yang mereka doakan di subuh ini.

Suara Tuan Rasyid terus bergema. Bersambung dari satu doa ke satu doa.

Doa bukan tanda kita lemah.

Doa ialah senjata orang Muslim.

Hanya yang bijak akan menghunus senjata di medan pedang.

Dan orang yang lebih bijak, akan menghunus doa sebagai senjata mereka.

"Ya Allah, kami letakkan KAU dibatang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-MU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancurkan kumpulan mereka. Ya Allah, pecahkan pakatan mereka. Ya Allah, leburkan pendirian mereka. Ya Allah, musnahkan langkah mereka. Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka. Ya Allah... Yang Maha Memaksa. Ya Allah... Yang Maha Perkasa. Ya Allah... Yang Maha Membalas. Ya Allahu...Ya Allah. Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan yang tewaskan tentera Ahzab...kalahkan mereka. Kalahkan mereka. Kalahkan mereka dan berikan kemenangan untuk kami".

Qunut Nazilah yang tadi dibaca dalam solat kini dibaca terjemahannya pula dalam doa mereka. Mengetarkan setiap hati yang mendengar, menambahkan keimanan mereka yakin dengan kekuasaan-NYA.

Peperangan ini terjadi secara tiba-tiba. Mereka tidak bersedia untuknya. Tetapi sebagaimana Allah melindungi Kota Madinah dari tentera Ahzab, begitu jugalah mereka mendoa agar Allah melindungi mereka.

Lagipun, mereka memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh Blackwest iaitu iman. Dengan iman yang berpaut dihati, in sha allah usaha mereka menghasilkan sinergi.

Satu tambah satu menjadi tiga.

Sebagaimana di perang Badar, tentera Muslimin melawan jumlah musuh yang tiga kali ganda banyaknya tetapi Allah tetap memenangkan mereka.

Kenapa?

Kerana iman menghasilkan sinergi.

Kerana iman dan keyakinan kepada Allah itu bukan sesuatu yang mampu diukur dengan kayu logik.

Mereka tidak berperang kerana ingin memusnahkan Blackwest.

Tetapi demi melimdungi apa yang ingin dimusnahkan oleh Blackwest.

Iaitu Kesatuan Islam. Kesatuan Durrah yang berdekad menjadi duri dalam daging buat Blackwest.

Benar Kesatuan Durrah hanya dinaungi tiga buah negara Islam tetapi tak bermakna orang-orang Islam hanya ada di tiga negara ini sahaja.

Kewujudan Kesatuan Durrah hanyalah sebagai pusat ketamadunan Islam. Dengan Ryukyu Neo di timur, Suwadi di barat dan Tanah Lazuardi di tengahnya. Mereka menjaga negara-negara Islam lain dari anasir jahat yang ingin musnahkan mereka.

Kerana itu tumpuan Blackwest hanya pada Kesatuan Durrah. Mereka tak bahagia selagi Kesatuan Durrah wujud kerana dengan adanya Kesatuan Durrah, mereka tak akan mampu menguasai dunia.

Jadi mereka, sebagai pelindung negara-negara Islam mesti terus bertahan dan tidak boleh goyah. Mereka ialah benteng pertahanan negara-negara Islam yang lain. Jika mereka jatuh, yang lain juga akan jatuh.

Ahli-ahli jemaah di Masjid al-Mukhzirin itu terus tenggelam dalam doa yang dibacakan Tuan Rasyid.

Kalau mengharapkan mereka sahaja, sudah lama mereka tumbang. Berkali-kali terasa ingin putus asa dengan bebanan berat selaku ahli Kesatuan Durrah. Terutama selepas kehilangan Tuan Haidhar dahulu.

Tetapi syukur, setiap kali mereka ingin berputus asa itulah mereka dikuatkan dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah tidak hanya datang dalam bentuk keajaiban yang luar biasa, tetapi juga pada kekuatan hati dan keteguhan semangat.

Dan in sha allah, kali ini mereka juga akan menang.

Mereka tak akan pernah membiarkan Blackwest mendapat apa yang mereka hajatkan!

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now