Bab 25

420 62 3
                                    

    Furqan menghempas dirinya diatas tanah. Sekujur tubuhnya dibasahi peluh. Pedang miliknya diletakkan disisi. Dia merenung langit sambil mengatur kembali pernafasannya.

    "Siapa kata keajaiban itu tak wujud?" Ujar seorang sahabatnya satu ketika lalu.

    "Lihatlah betapa ajaibnya Allah menciptakan langit tanpa tiang dan mengantung awan tinggi tanpa tali. Birunya warna langit yang berubah kemerahan tatkala senja menghampiri. Tak usah fikir jauh-jauh. Cukuplah langit sebagai bukti kekuasan Allah. Hebatkan?" Sahabatnya tersenyum lebar lalu mengalihkan pandangan ke langit.

    "Keajaiban itu wujud dan sentiasa akan wujud selagi mana kita yakin akan kekuasaan Allah Subhanallahu wa Taala. Sebab, di setiap hujung perjalanan yang sukar akan tersedia hikmah buat mereka yang berjaya menempuh segala onak duri dengan penuh sabar dan redha. Allah sentiasa menguji dan setiap ujian yang Allah berikan pasti mengikut batas mampu kita. Allah tak akan uji kalau DIA tahu kita tak mampu buat. Sebagaimana apa yang tercatat dalam ayat terakhir surah al-Baqarah. Saudara tanya, bagaimana saya mampu bersikap tenang walaupun hidup saya begini? Jawapannya, kerana saya yakin Allah sentiasa ada. Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. DIA sahaja yang mampu menolong kita tak kira dalam apa juga keadaan dan tanpa syarat. Pertolongan Allah itulah keajaiban yang saya katakan. Maka, selalulah berdoa sebagaimana yang tercatat dalam surah al-Fatihah, 'Hanya Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan'. Faham?" sambung sahabatnya itu lagi.

    Furqan tersenyum sendirian. Sedikit sebanyak, dia mengakui kebenaran kata-kata itu. Malah dia juga merasakan ketenangan setiap kali melihat langit di atas sana. Rasa Allah itu dekat, dekat sangat.

    "Furqannn!"

     "Abang Zamir? Abang buat apa di sini?" Tanya Furqan yang terkejut melihat kehadiran naqibnya itu.

    Zamir tidak menjawab. Dia hanya merenung wajah Furqan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tergamak Furqan mengkhianati mereka selama ini. Sungguh dia tak menyangka.

    "Abang, kenapa ini? Abang ada masalah eh?" Furqan bangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila lalu menyentuh tangan Zamir.

    Laju Zamir menepis tangan Furqan. Matanya berubah kemerahan menahan marah dan tangisnya pada masa yang sama. "Abang tak sangka Furqan macam ini!" Tengking Zamir.

    Serentak kata-kata Zamir itu, dua orang Penjaga AIM muncul disisi mereka. Pantas mereka menggari tangan Furqan tanpa sempat Furqan melakukan apa-apa.

    "Abang Zamir, apa yang berlaku ini? Apa salah Furqan?" Tanya Furqan cemas.

    Zamir diam membisu sambil memalingkan pandangannya. Enggan menatap wajah pemuda itu lebih lama. Takut-takut jika dia gagal mengawal emosinya. Zamir hanya melihat mereka membawa Furqan pergi. Dia terduduk diatas tanah.

    "Kenapa Furqan tergamak melakukan perkara begini.." getus suara hatinya sebelum bayangan Furqan menghilang dari pandangannya.

------------------------------------------------------

    Fathul termenung sendirian di dalam wad itu. Sejak Furqan diberkas petang tadi, dia tidak lagi berlakon tidak sedarkan diri. Dia tidak berniat untuk pulang ke biliknya. Dia ingin bersendirian. Sekurang-kurangnya sehingga hatinya kembali tenang. Dia juga tidak menunggu ayahandanya yang masih dirawat di wad kecemasan hospital itu.

    "Furqan..maafkan saya.." gumam Fathul.

    "Fathul..." Panggil Zamir sambil menghampiri anak buahnya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now