Bab 27

443 63 0
                                    

Suasana di dalam kamar mesyuarat  sedikit hingar-bingar dengan suara ahli-ahli Kesatuan Durrah yang sibuk berbincang sesama sendiri sementara menantikan kehadiran Tuan Ammar dan Tuan Rasyid yang masih berada di hospital bagi menunggu Sultan Faizan Rafiq selesai dirawat. Malam ini mereka akan memutuskan hukuman ke atas Furqan memandangkan bukti-bukti telah lengkap dikumpulkan. Malah kehadiran Sultan Faizan Rafiq sebagai saksi utama akan menguatkan lagi dakwaan ke atas Furqan.

Dummm!!!

Keadaan menjadi sunyi tiba-tiba umpama kawasan perkuburan. Semua di yang berada di situ segera berdiri dalam keadaan bersiaga. Mata masing-masing tertumpu ke arah pintu utama yang telah pecah berderai diatas lantai. Mereka menunggu kemunculan musuh yang tidak diundang dengan penuh debaran.

Berpuluh manusia berpakaian serba hitam muncul di muka pintu seraya melepaskan tembakan secara rambang. Ahli Kesatuan Durrah yang berada di dalam bilik itu pantas bertindak melindungi diri mereka dengan perisai plasma yang dipancar dari Memoir mereka. Ada juga yang berlindung di sebalik perabot yang berada di dalam bilik itu. Senjata masing-masing turut dikeluarkan.

"Mara sekarang!" Laung tentera Blackwest yang berada di hadapan sekali.

Tembakan dihentikan.

Tentera Blackwest menyerbu masuk dan menyerang Kesatuan Durrah menggunakan pedang dan serangan fizikal pula. Kesatuan Durrah tidak hanya duduk diam menanti maut sebaliknya mereka turut menyerang balas.

Suasana kembali hingar-bingar dengan jerit pekik dan bunyi besi berlaga yang bertalu-talu menguasai ruang udara. Lantai marmar yang asalnya licin berkilat kini disimbahi tompokan darah dan kelonsong peluru di sana-sini. Satu-persatu tubuh ahli Kesatuan Durrah mahupun tentera Blackwest rebah ke bumi namun pertarungan itu terus berlarutan tanpa henti.

-----------------------------------------------------------

"Abang, itu Stone bukan?" Soal Fathul saat mereka melewati Balai Besar untuk ke kamar mesyuarat. Jari telunjuknya diangkat ke satu arah.

Zamir memicingkan matanya. Suasana malam yang gelap menyukarkan dia untuk mengesan kelibat Stone yang ditunjuk oleh Fathul. Lama dia memerhati sebelum matanya membulat saat menyedari Stone sedang berjalan ke arah mereka. Lelaki itu masih menggunakan topeng menyerupai wajah Saif. Laju Zamir menarik tangan Fathul untuk menyembunyikan diri.

"Diam," bisik Zamir apabila Fathul meronta tanpa sengaja akibat terkejut. Tangan kanannya menutup mulut Fathul sementara matanya tidak lekang dari memerhatikan Saif yang kian mendekat.

"Yang dia bawa itu pedangkan?" Tanya Fathul lagi apabila Zamir melepaskan tangannya. Dia memandang ke arah Stone yang telah jauh dari kedudukan mereka. Biarpun gelap, dia dapat melihat betapa seriusnya wajah pemuda itu.

Wajah yang tidak pernah dipamerkan oleh Saif yang sebenar.

Zamir hanya mengangguk membalas. Dia menoleh ke arah Stone datang dan arah Stone berjalan berselang-seli. Dahinya mula berkerut. Amaran Furqan bergema di telinganya berkali-kali.

'Kesatuan Durrah dalam bahaya!'

'Kesatuan Durrah dalam bahaya!'

"Pelik. Kesatuan Durrah berada di kamar mesyuarat tetapi kenapa Stone pergi ke sana?" Gumam Zamir tanpa sedar.

Seketika kemudian, dia dan Fathul saling berpandangan. Mata mereka membulat.

"Nampaknya amaran Furqan bukan mainan. Pasti Stone membawa 'teman' untuk menguruskan Kesatuan Durrah sementara dia menyelesaikan tugasannya yang tertangguh siang tadi. Kalau begitu, kita berpecah disini. Biar abang lihat apa yang berlaku di bilik mesyuarat," ujar Zamir.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now