Bab 47

370 58 2
                                    

    Langit semakin membiru seiring matahari yang kian memunculkan diri. Debaran di dada kian terasa. Ketegangan semakin memuncak. Dari arah laut mahupun darat, kelihatan kedua-dua pihak telah bersedia dengan angkatan tentera dan senjata masing-masing.

    Tuan Haidhar tersenyum nipis sambil memerhatikan keadaan itu dari puncak bukit. Sengaja tidak turut serta dalam pertempuran itu bersama Kesatuan Durrah yang lain. Soal Kesatuan Durrah, biar adiknya yang menguruskan selaku pemimpin mereka. Dan dia disini, akan melakasanakan rancangan yang telah disusun sejak sekian lama.

    Tiga.

    Dua.

    Satu.

    Serentak itu, kedengaran bunyi letupan meriam dari kapal Blackwest. Laju puluhan peluru itu menuju ke arah daratan di mana tentera Kesatuan Durrah berhimpun. Sengihan Tuan Haidhar melebar. Dia menekan punat pada Memoir miliknya yang diambil senyap-senyap dari simpanan adiknya.

    Muncul jaringan gergasi dari dalam laut yang menahan kesemua peluru meriam Blackwest itu begitu sahaja. Lansung tidak terkoyak mahupun terjejas dek impak momentum peluru itu. Jaringan yang dicipta khas oleh Tuan Haidhar sendiri. Kelihatan peluru-peluru meriam itu gugur berjatuhan umpama rintik-rintik hujan keatas satu jaringan lain yang terbentang secara mendatar diatas permukaan laut. Sebaik sahaja peluru meriam terkena pada jaringan yang mendatar itu, terus peluru-peluru itu melebur tanpa tersisa lagi.

    Tuan Haidhar mengalihkan teropongnya ke arah kapal Blackwest. Senyumannya melebar melihat riak terkejut Blizzard. Tetapi riak itu tidak kekal lama kerana amarah yang menguasai diri membuatkan muka lelaki itu kembali membengis. Merah padam wajah Blizzard saat memberikan arahan baru kepada armada tenteranya. Tuan Haidhar meletakkan semula teropongnya di dalam beg sandangnya. Hatinya terasa puas.

    "Aku tak akan membiarkan kau menyentuh orang-orang yang aku sayangi lagi, Blizzard. Ini bukan peperangan antara Kesatuan Durrah dan Blackwest. Ini peperangan antara kita berdua," gumam Tuan Haidhar.

    Dia mendongak melihat langit biru.

    "Langit tak selamanya biru, dan kemenangan awal ini tak akan bertahan lama. Aku pinta agar kamu berhenti sebelum kami kehilangan kamu sekali lagi," ujar Rafael yang tenang menyandar pada batang pokok meranti itu. Mata lelaki itu tidak lepas dari merenungnya.

    "Saya hanya ingin mengelakkan orang yang tidak bersalah dari terkorban, Rafael".

    "Dengan mengorbankan diri kamu sendiri?!"

    "Semua ini berpunca dari saya sendiri. Tak adillah jika saya melibatkan orang lain dalam pertelingkahan ini. Tolonglah faham, Rafael... "

    "Tidak. Permusuhan antara Blackwest dan Kesatuan Durrah sudah lama membenih. Kamu sendiri tahu perkara ini. Dan pertelingkahan antara kamu dan Blizzard hanyalah pemangkin kepada peperangan ini," balas Rafael.

    "Kamu selalu begini. Selalu cuba menanggung semuanya sendiri," keluh Rafael lagi. Kesal dengan sikap Tuan Haidhar yang satu itu. Sikap itu juga yang sentiasa meletakkan lelaki itu di ambang maut sejak enam belas tahun lalu.

    "Jika itu yang membuatkan orang yang saya sayang tersenyum dalam kebahagiaan, apa salahnya?"

    Rafael mengeluh lagi. Dia tahu pengakhiran semua ini. Pengakhiran yang semestinya tidak disukai oleh Keluarga Emir dan Kesatuan Durrah. Bayangan Saif menjelma di fikirannya. Andai pemuda itu tahu apa yang ayahanda cuba lakukan...pasti hati pemuda itu akan terluka dalam sepi.

    "Saif..."

    "Dia akan memahami," potong Tuan Haidhar sebelum sempat Rafael meneruskan ayatnya.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now