BAB 1

30K 518 8
                                    

Angin sejuk terasa menampar nampar pipi halusku. Dari berbaring di atas sofa berangkai L, terus aku bangun menuju ke pintu kaca gelangsar bilik.

Ermm, sejuknya. Langit mendung, mungkin nak hujan kejap lagi.

Secara automatiknya kedua tangan ku gengam dan nafas hangat di hembus kuat ke tapak tangan. Huh, baru rasa panas sikit.

"Maira sayang, tak sejuk ke malam malam dok bertenggek kat balkoni ni? Nanti kalau selsema ke apa ke, maklang jugak yang susah."

kelihatan maklang tersenyum manis di muka pintu.

" Maklang! Eh taklah. Tak sejuk pun. Sha saja je nak rasa angin malam malam ni. Aircond semulajadi lah katakan."

senyuman manis di hadiahkan buat maklang tercinta. Rambut yang terurai di tiup angin malam aku selit kan ke tepi telinga. Kembali memandang pada malam yang indah di hiasi bintang bintang.

"Banyaklah kamu punya aircond semulajadi. Dah, tutup pintu tu cepat. Tengah malam dahni. Karang ada pulak yang tertonggek mintak teman tidur, baru tahu."

Aihhh! Gulp, aku telan air liur. Maklang ni macam macam. Yang ni aku lemah ni.

"Maklanggggg!!! Janganlah. Sengaja kan nak bagi orang takut. Eee. Ye, ye orang tutup pintu ni."

Terkekek maklang ketawa bila melihatkan aku yang kelam kabut menutup pintu kaca bilik. Wei siapa je tak takut.

___________________________________

Bala, bala sungguh pagi ni. Di sebabkan melalut layan jiwang kat beranda semalam, hari ini aku terbangun lewat untuk ke kelas.

Itupun nasib baik maklang kejutkan, kalau tak nampak gayanya kena sembur berapi dek 'Mr' s Octupus' Nanti. Pensyarah andartu tu bukan boleh skip kelas tanpa sebab. Mau bernanah telinga kena ceramah nanti. Sudah lah kalau sepuluh perkataan yang keluar tu semuanya versi sarkastik je bunyinya.

Tahu lah dia tu insecure, jealous dengan anak anak dara macam aku ni.

Huh! Tak sanggup aku, tak sanggup nak tadah telinga cantik ni dengan bebelan dia.

Tergesa gesa aku berjalan masuk ke dalam dewan kuliah. Di kecilkan mata sedikit mencari Atalia. Manalah minah ni, dalam keadaan panik ni lah bila cari je tak jumpa jumpa.

Peluh kecil kat dahi aku seka kasar. Penat gila berlari dari tempat parking ke dewan kuliah, mengalahkan singa bunting di padang ragut.

"Wei, kau apasal lambat hari ni? Nasib baik, cik Aisyah tak masuk lagi. Kalau tak, sia sia je kau bangkit ari ni."

Atalia dongak ke atas. Dengan kasar aku henyakkan punggung, Sehinggakan berdentum bunyinya memenuhi dewan yang maha sunyi itu. Melepas lelah dan geram yang membuku dalam diri.

Lagipun aku Peduli ke kalau kerusi ni roboh? Tak peduliiii!

"Aku terbangun lewat lah hari ni. Adoi, lupa pulak nak timing elok jam semalam. Bersyukur gila dapat masuk sebelum dia sampai. Aku rasa nak sujud syukur terus kat sini."

Atalia senyum siput sambil menjongket kening nipisnya. Dari gaya tu aku tahu dia sedang mengejek aku.

Dengan erti kata, sila lah lagi princess buat drama melayu kau sekarang. Dia dah dapat menjangka yang aku ni hantu drama. Cakap tak lapis dengan ayat yang bombastik tak sah. Macam sekarang...

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now