Bab 38

6.9K 283 19
                                    

Aku pandang tingkap di sisi. Kelihatan awan putih berkepul kepul menghiasi jernihnya warna biru si langit. Di bawahnya pulak kelihatan darat terbentang luas. Kecil sekali pada penghilatan aku. Halusnya macam lakaran cakar cakar ayam di atas kertas.

Atalia di sebelah aku jeling sekilas. Ralit sekali kawan yang sorang ini dengan Airpod di telinga. Entah lagu apa yang dia sedang layan sampaikan kepala tergoyang goyang macam tu.

Aku senyum dengan perangai selamba dia. Agaknya dia dah lupa mungkin dengan si buah hati di sisi. Angah yang terbongkang tidur dari tadi.

Adui pening kepala aku layan sepupu yang sorang ni. Boleh pulak dia lena berjam jam dalam flight? Kalau aku usahkan nak pejam lebih dari 2 jam. Satu jam tu pun dah rasa lama gila dah. Otak ni dalam tidur pun tak berhenti henti berfikir.

Fikir pasal kemungkinan yang bakal terjadi bila terbang tinggi separas langit ini. Inspektor Azam dan Zaid juga kelihatan turut melelapkan mata juga. Bersepakat betul polis tiga ketul ni.

Aku pandang handphone di tangan yang sengaja aku set kan pada flight mode. Ray kesayangan aku sedang buat apa ye? Sihat kah dia?

Tak terjangka yang aku sekali lagi buat keputusan yang gila. Dulu pernah sekali aku buat kerja gila ikut kata hati tanpa pakai akal. Sudahnya aku sesal sepanjang hayat. Tak mampu aku tebus kembali walau dengan titis titis darah yang mengalir.

"Maira, jangan buat kerja bodoh."

Ray menjerkah aku yang sedang berdiri memandang tepat ke arah pantai sana. Bibir aku ketap geram. Bodoh? Kerja bodoh?

Ini dah melampau!

"Kerja bodoh awak cakap? Awak tahu tak sekarang yang kakak saya dalam bahaya. Dia di culik tahu. Boleh awak cakap saya nak buat kerja bodoh?"

Aku geram. Ikutkan hati aku nak je aku selam selam kepala Ray dalam pasir pantai yang tebal ni. Biar semput nafasnya. Eh, tak bernafas lagi elok lah.

Ray yang sedari tadi hanya bersandar pada pokok kelapa pandan menyilangkan kedua dua belah tangannya. Mata masih seperti tadi. Menyoroti muka aku semacam nak telan.

Aku telan air liur. Dari tadi dok tenung orang. Apa dia ingat jantung aku ni tak reti untuk tak rasa berdebar ke? Aku pandang ke depan semula. Beradu pandang dengan Ray adalah sesuatu yang akan aku angkat tangan awal awal tanda mengalah.

"Kau cakap kau nak pergi ke sana untuk selamatkan kakak kau. Dah tu kami polis ni, kerjanya apa?"

Aku senyum sinis. Sikit sikit cakap dalam suara berintonasi tegas. Tahulah kerja polis. Berlembut sikit tak boleh?

"Kerjanya biasa lah makan gaji buta. Sikit sikit nak ikut protokol, sikit sikit kena bincang elok elok. Sikit sikit tunggu dulu. Kalau macam ni caranya, usahkan nak selamatkan yang sihat. Yang tengah nyawa ikan pun terus mati je jadinya. Lambat, lembap, tak efisyen kalau nak menunggu si polis."

Aku membebel marah. Dari siang tadi lagi 'bengkek' dengan perangai diaorang. Abah, Ray mahupun Angah semuanya sama je. Sepesen!

Minta aku bersabar, bagi pihak polis je yang selesai kan. Sudahnya sampai sekarang kakak masih dalam tahanan penculik durjana itu. Lambat bertindak apa apa sahaja boleh berlaku. Oh tuhan, aku tak dapat nak bayangkan.

Ray datang mendekat. Mukanya merah. Matanya bersinar garang. Lagi sekali aku telan liur. Sekarang aku rasa macam aku pesalah di dalam sel yang bila bila masa sahaja minta di tinju oleh polis yang bertugas. Aku sedar yang keterlanjuran kata kata aku sekarang membuatkan Ray berangin persis di tiup ombak. Tapi apa lagi pilihan yang aku ada selain hadap saja.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now