Bab 45

6.6K 266 8
                                    

20 minit perjalanan aku hanya diam sahaja. Tapi aku fokus sepenuhnya pada perbualan angah dan abang Zaid. Sesekali ada juga aku menyelit pada perbincangan mereka. Malam ini kami dalam mood serius.

Tiada lagi gelak tawa macam biasa. Sebab malam ini bukan malam untuk main main. Kami semua ada tujuan yang satu. Dan ini bukan benda biasa biasa. Mungkin melibatkan nyawa. Operasi sebegini kami perlu sentiasa bersiap sedia.

Bukan kehilangan nyawa yang kami minta tapi setiap dari kami kena peka pada keadaan di dalam dewan itu nanti. Di sebalik baju kami yang serba lawa ini siapa tahu yang di dalamnya ada baju kalis peluru.

Panas pun panaslah. Dari hilang nyawa. Tak gitu?

Abang Azam, abang Irfan bersama beberapa lagi anggota polis Turki sudah bersiap sedia menunggu kami berhampiran hotel itu. Masing masing menunggu di dalam van khusus yang di bekalkan dengan pelbagai kelengkapan penting untuk operasi ini.

Abang Azam sebagai penterjemah dan ketua operasi akan memantau dari luar bersama abang Irfan. Dan abang Irfan yang serba cerdik itu sudah meng hack cctv yang ada kat dalam hotel itu. Sebenarnya sebelum majlis malam ini berjalan lagi beberapa orang anggota polis Turki sendiri telah meletakkan beberapa buah cctv di dalam dewan itu. Cuma yang selebihnya lagi abang Irfan kena hack sendiri.

Lega rasanya, tak adalah lagak kami nanti bagai rusa masuk ke kampung. Menonong ke dalam dewan tanpa arahan yang sepatutnya.

Atalia pula aku minta untuk temankan baba dan auntie Laila di rumah. Dia sendiri sebenarnya yang bagi cadangan macam tu. Lagipun orang awam macam dia tanpa pengetahuan dan penglibatan khas macam kami di larang sama sekali untuk ikut serta dalam operasi ini.

Mulanya ketua operasi polis Turki agak keberatan untuk membenarkan aku terlibat sama. Tapi nasib baik ada abang abang bodyguard aku. Dari angah, abang Azam, Zaid dan Irfan semuanya sepakat meyakinkan polis Turki yang aku layak untuk join sama.

Bagi aku, apa yang jadi pun aku kena terlibat juga untuk ops malam ini. Ini perjuangan aku untuk suami aku. Tanda cinta aku pada dia dan sayang aku pada baba.

Kalau aku tumpas sekalipun, aku tumpas ke jalan yang benar.

"Hey, termenung pulak."

Angah cuit bahu aku dengan jari telunjuk dia. Aku yang ralit memandang ke tingkap paling ke sebelah. Segaris senyuman terlakar pada bibir aku.

"Tak ada termenung lah. Tengok jalan je."

Angah senyum. Angah tarik pistol yang di selitkan pada stokin kakinya. Beberapa biji peluru di masukkan ke dalam sehingga penuh. Pada hujung muncung peluru itu sempat di sarungkan penghalang bunyi. Kalau keadaan terdesak angah akan gunakan pistol itu.

" Maira tengok je tau, Maira masih terlalu kanak kanak untuk gunakan benda ni."

Terbuntang luas mata aku. Di bilangnya aku kanak kanak? Takkan Ray kawin dengan budak bawah umur.

"Mulut dia. Guna jela. Maira tak boleh pegang benda tu. Macam berhantu. Tiba tiba semangat jadi lain macam."

Angah ketawa. Abah pernah cakap, polis yang dah biasa dengan pistol pun jarang jarang sekali nak pegang pistol. Katanya lagi pistol ni macam ada 'nyawa'. Dan bila kita pegang banyak banyakkan berfikir secara rasional. Jangan ikutkan sangat kata hati. Kalau tidak nanti semua orang tahu nak tembak je.

Aku angguk angguk sahaja. Mulanya tak berapa faham. Tapi lama lama aku tahu yang benda alah tu bukan main main. Lagipun aku yakin, angah dan yang lain lain akan melindungi aku sebaiknya.

So apa yang perlu ialah percaya pada kuasa ilahi.

Limousin yang di pandu abang Zaid berhenti betul betul di depan perkarangan hotel. Hotel 5 bintang itu nampak meriah malam ini dengan lampu lampu berwarna warni. Bagaikan acara malam ini acara yang sangat berprestij. Kelihatan ada beberapa orang bodyguard yang tubuhnya berketak ketak sedang memeriksa kehadiran tetamu jemputan.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now