Bab 49

6.7K 358 43
                                    

Aku mendengus marah. Sedari tadi Feroz palsu sesuka hati sahaja menyeret aku agar membuntuti langkah dia. Kereta yang di naiki kami sebentar tadi sudah dia tinggalkan di kawasan parking stesen minyak di belakang sana.

"Sekarang you nak seret I kemana lagi? You dah terlepas kan. So kenapa tak tinggalkan saja I kat sini. You ni siapa haa sebenarnya? Feroz betul ke penyamar?"

Aku rentap tangan dalam gengaman dia. Namun sekejap cuma sebelum Feroz gengam semula. Lagi kemas. Lagi kejap. Mata dia melilau memandang keliling pekan. Yang aku sendiri tak tahu kat mana tempat ini.

" Ikut jela. Siapa I sekarang tak penting. You kalau nak selamat ikut je. You nak I tinggalkan you kat sini? Are you sure? Rela terlepas dari kandang singa and then kena ngap dengan buaya. Macam tu? Walau I jahat, I seorang yang bertanggungjawab tau."

Dia tersenyum. Aku jeling geram. Apalah yang mamat ni fikirkan. Menculik aku, melarikan aku dan kini berlagak kesatria. Aku perhatikan suasana pekan ini. Sunyi se sunyinya. Waktu pun sudah menganjak ke pukul 2 pagi waktu Turki.

Aku tak dapat nak bayangkan jika dia betul betul tinggalkan aku dekat sini? Apa yang akan jadi dengan aku nanti.

Aku pandang Feroz palsu yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Entah siapa yang dia telefon. Sepatah haram aku tak faham. Mungkin konco konconya. Tak mustahil orang seperti nya tak ada tali barut. Janganlah di heretnya aku sampai ke sempadan negara entah apa apa. Dan aku terpisah terus dari angah dan Ray.

"Cepat.. Orang I dah tunggu depan sana. Sebelum pukul 6 kita dah kena jauh dari sini."

Gulpp!

Aku telan air liur yang tersekat di kerongkong. No!

Dia tarik tangan aku bila aku diam tak berkutik. Aku cuba rentap lagi lengan yang di paut. Gila ke aku nak relakan diri ini terus di larikan? Memang tak lah. Walaupun aku letih. Tenaga dan kudrat aku melemah. Tapi aku akan pastikan aku berjuang sampailah ke titisan nyawa terakhir. Jika aku tak mampu balik dengan selamat cukuplah angah dan Ray dapat tengok jasad aku. Ini kalau aku ikut dia, aku tak tahu macam mana hidup aku nanti. Kena jual ke apa?

Tak sanggup aku nak bayangkan!

Aku tak tahu lah mamat Feroz ni makan apa sebab sesudah scene bolos dari dewan, kena kejar dengan polis, memandu berjam lamanya sehinggalah melayan gusti bersama aku dia masih kekal tenang dan bertenaga. Memang penjahat tak reti letih ke?

Feroz yang ini sapu hujung bibirnya yang  terkena hentaman aku sejurus keluar dari kereta tadi. Pedih mungkin. Memang kudrat aku kudrat seorang perempuan. Tapi bila aku bergasak memang aku bagi dia kaw kaw punya. Bila aku rasa ada peluang  sejurus keluar tadi, terus aku lari. Namun belum sempat nak pecut lagi sekali pinggang aku di sauk kemas.

Aku hentakkan siku kanan tepat menyinggah bawah dagunya dan rangkulan dia terlepas. Aku pusing menghadap dan dalam keadaan siap siaga aku angkat kaki kanan setinggi tingginya sebelum menendang kuat dada tegap dia. Dan.. Dia jatuh terlentang.

Nafas aku termengah mengah. Lelah, letih dengan segala benda yang aku tak sangka akan jadi. Otak aku juga sarat dengan macam macam perkara. Memikirkan keadaan Ray, keadaan aku sendiri yang entah apa akan jadi.

Feroz bangkit semula. Berdiri tegak dengan senyuman yang kalau wanita lain tengok memang cair sampai ke lantai.

"Irene sayang.. I tak nak berkasar dengan you."

Aku ketap bibir. Dari tadi dok ber sayang sayang. Atuk dia sayang.

Aku meluru selaju mungkin. Tumbukan padu aku sasarkan pada muka dia yang perasan kacak itu. Namun aku tersasar. Feroz dengan selambanya mengelak ke tepi. Senyuman manis kasanova dia masih melata di bibir. Dan itu membuatkan darah aku mendidih.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now