Bab 9

10.2K 358 13
                                    

Badmood! Aku badmood gila.

Bukan hari ini je, semenjak 3 hari lepas lagi aku angin memanjang. Bukannya period, bukan juga sebab jerawat batu naik ke muka tapi hati aku ni. Hati bengkak gila.

Bengkak dek Ray Idhlan.

Imbas kembali.

"Angah, Maira sampai dah ni. Ada kat meja batu kat luar. Cepatlah sikit."

Handphone aku letakkan selepas angah menyuruh kami tunggu sekejap. Punggung aku labuhkan ke atas kerusi batu yang ada kat laman balai polis itu.

Atalia ralit melayan handphone nya. Entah apa yang di tengoknya. Tak bebudak band kpop mesti cuci mata dengan pelakon Thailand yang macho otot berketak ketak.

Mata taste mamat luar negara.

" Kau tengok apa beb?"

Aku jenguk ke sebelah. Bosan juga bila aku je yang terngendap kiri kanan mencari cari kelibat angah. Atalia tunjukkan sikit handphone nya. Oo patut pun. Instagram tak pernah tak berhantu.

"Ni, aku tengok post viral pasal pegawai polis wanita ni haa. Katanya dia polis yang cantik persis model model gitu. Ada rupa nan cantik, body mantap. Pakej kot."

Cantik sangat ke? Mata aku terus terpaku pada gambar yang terpamer di skrin handphone Atalia. Dia!

Kecik sungguh dunia ni. Aku lepas keluhan kasar.

" Maira baby, lama ke tunggu? Sorry angah ada meeting kejap tadi."

Angah menyapa aku yang sedang termenung jauh mengingat kisah lalu. Terkejut dengan sapaan dia aku jeling ke tepi. Atalia letak handphone nya ke tepi. Senyum manis memandang angah.

"It okay handsome. Kami tak ada agenda apa apa pun. Memang datang sini semata mata nak tuntut janji je. Cepatlah duduk, nak gossip ni."

Aku tarik lengan angah supaya duduk di kerusi hadapan. Teruja nak tahu pasal kes Mariam. Pasal anggota polis tadi dah ku campak ke tepi. Uh, buat semak.

" Hish, tak menyabar. Gelojoh anak dara ni sorang. Kan Atalia kan?"

Angah duduk sambil matanya di kenyit kan pada Atalia. Atalia kulum senyum. Eh macam ada apa apa je?

"Angah tak payah merenyam. Cepatlah, orang tak sabar ni."

Angah cebikkan bibir sekejap. Sebelum menyambung.

"Apa yang korang nak tahu sebenarnya?"

Tubuhnya di sandarkan pada kerusi sambil tangan silang kemas di dada. Serius sahaja lagaknya.

Aku pandang Atalia di sebelah. Atalia hanya angguk kecil.

"Ermm, betul ke Ilmi yang buat semua tu?"

Angah diam. Tapi matanya sekejap pandang aku sekejap pandang Atalia. Seolah olah benda yang bakal dia cakapkan itu bakal buatkan kami terkejut sampai ke bulan.

"Abang yie, cepatlah. Orang tak sabar nak tahu ni."

Atalia di sebelah aku kerling. Wow mesranya. Atalia tekup mulutnya cepat. Muka blushing tahap cipan telan cili padi.

Kening ku jongketkan pada angah. Angah berdehem sambil pandang kolam buatan kecil di sebelah. Macam ada apa apa je diaorang ni.

" Wow, mesranya. Sebelum aku soal macam macam sekarang, baik angah jawap dulu pasal Ilmi. Kau Lia, siap!"

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now