Bab 19

8.7K 312 6
                                    

Terkumat kamit mulut Ray membebel. Aku hanya layangkan senyuman manis.

"Dah, dah lah tu. Bebel banyak banyak kan lenguh mulut."

Aku pusing badan memandang wajah dingin dia. Dari dulu hingga ke fasa nak kawin ni macam tu jela rupanya.

Dingin, beku dan tak berperasaan. Agaknya orang kerja badan beruniform ni memang macam ni eh perangai dia.

" Ee kalau ikutkan hati aku ni, aku gigit gigit bibir yang dah main mainkan aku. Tunggulah nasib kau bila dah kawin nanti."

Ray jeling sekilas sebelum matanya di fokuskan pada pemanduan.

Aku gigit bibir. Ray ni makin dekat nak kawin buatkan aku makin seram jadinya.

" Err... Errr.. Awak ni. Kan saya dah mintak maaf. Awak tu lah nyanyuk sangat. Dah banyak hari dah saya cakap kan yang kita kena pergi last fitting baju bersama hari ini. Eh boleh pulak awak bantai tidur siang hari macam ni."

Aku silang tangan ke dada. Kaki aku bawa bersila di atas seat penumpang. Dengan Ray sisi buruk aku sentiasa terserlah. Tak payah nak sorok sorok.

Kalau 3 tahun lepas dia akan mencerlung tajam bila aku duduk macam sekarang. Huh, beradab sangat orangnya.

Dulu...

" Kau ni memang tak reti eh adab duduk dalam kereta macam mana?"

Hampir tersembur air liur di kerongkong bila mamat sebelah ini menegur. Aku pandang sekilas muka hensem dia.

Kacak, badan ketak ketak, wajah yang bersih tapi sayang mulut dia... Yaaa Rabbi.

"Kenapa pulak?"

Aku buat derk saja dengan tenungan tajam dia. Mata aku pandang tingkap sebelah.

"Kaki tu bawa lurus ke depan. Siapa ajar kau duduk dalam kereta orang sesuka hati je sila macam nak bersilat macam ni."

Aku pandang kedua dua belah kaki yang aku silakan di atas seat kereta. Tanpa sedar bibir ini mendengus kuat.

"Saya tahulah adab adab sopan. Tapi hari ini kaki ni lenguh sangat. Petang tadi ramai sangat customer datang. Tak sempat langsung nak rehat sekejap. Makan pun belum lagi. Kaki ni rasa kebas kebas pulak. Tu yang duduk sila macam ni. Bukan sesuka hati tau."

Aku urut betis yang terasa lenguh. Nasib baiklah esok aku shift petang. Jadi boleh tidur puas puas pagi nanti.

" Tak ada. Tak ada. Lenguh macam mana pun kena ingat sikit tatasusila. Tambah tambah lagi kau tu perempuan. Orang pandang tak elok. Mata aku ni pun naik berbulu."

Ray jeling melalui hujung mata. What's the?

Hampir melopong luas mulut aku.

"Tak best lah awak ni, tak bertimbang rasa langsung. Kalau macam ni cara awak layan perempuan sampai ke tua takkan ada awek tahu."

Aku tekup mulut yang terasa lancang berbicara. Aku pandang muka dia takut takut.

"Errr.. Maaf.. Tak sengaja."

Aku sengih serba salah. Gelisah dalam dada.

"Aku ada awek ke tak ada awek ke itu bukan masalah kau. Yang aku tahu kau tu takkan pernah jadi awek aku. Because you're not my taste."

Ray senyum sinis. Rahang dia bergerak.

"Huh, really? Wait and see. Saya anggap kata kata awak ni cabaran yang membina. Jangan sampai terjilat ludah sendiri sudah."

Ray ketawa berdekah dekah. Sekali dengan pakej di hempuknya streng kereta.

Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni. Kalau ikutkan hati aku luku luku je kepala dia. Ermm.. Tapi aku tak berani.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now