Bab 29

9.4K 285 7
                                    

Dari tadi pandangan Ray tak berkalih ke tempat lain. Tumpuannya hanya pada aku. Agaknya dia bimbang aku histeria kot. Ish! Walau sesedih mana yang aku rasa, aku sentiasa berpijak pada hakikat yang nyata.

Menangis airmata darah tak akan mampu mengembalikan semuanya. Cukuplah kita yang hidup ni sentiasa mendoakan kesejahteraan pada yang tiada.

Kening kanan aku jongket sedikit sebagai bahasa isyarat kepada Ray.

"Kenapa?"

Ray masih diam. Cuma tangan sahaja yang bergerak bermain dengan jari jemari aku.

"Saya oklah."

Senyuman kecil tersungging halus di bibir aku. Aku tepuk tangan dia yang masih mengengam tangan aku. Akhirnya air muka dia berubah sedikit lega dari tadi. Walau aku tahu yang dia masih belum berpuas hati dengan jawapan aku.

Aku mengengsot rapat kepadanya. Atau lebih tepat lagi bergerak dan duduk di celahan peha dia. Ray yang seakan faham, membuka selebarnya kangkangnya. Membenarkan aku rapat ke dalam pelukan dia.

"Awak"

Aku dongak kepala sedikit ke atas. Dia tunduk memandang tepat ke mataku.

"Ermm... Ye."

Sepatah. Tapi aku tahu sepenuh perhatiannya adalah untuk aku. Tangan yang merangkul badan aku itu terasa begitu menyelesakan. Menghangatkan badan aku yang sedari tadi sejuk di tiup angin pantai.

Kelam gelap malam ini tetap tidak dapat menyelindungkan keindahan pantai. Sinaran bulan terang menyinari tempat duduk kami yang bersandar pada kereta.

"Awak ingat lagi tak peristiwa 3 tahun dulu. Kat sini?"

Aku pandang lagi wajah dia. Wajah yang selama ini beku tersungging senyuman kecil di hujung bibir. Antara nampak dengan tidak.

"Mana boleh tak ingat, bila di sini another scene and place when I'm stold your kiss again."

Dia tunduk. Bibirnya terasa mengucup lembut ubun ubun aku. Aku tersenyum malu. Walaupun kini aku isteri dia yang sah, namun bila sebut perkataan yang berbunyi agak intim rasa malu masih lagi menebal dalam diri ini.

" Uh, awak lah gatal."

Aku senyum. Tertunduk malu dengan tangan yang bermain dengan jemari kasarnya. Cincin kahwin yang tersarung di jarinya aku pusing pusing perlahan. Dia ketawa. Hensem! Makin jatuh cintan akak tau.

"Dah kau tu yang menggodaaaaa sangat."

Aku jengilkan mata padanya. Pecah lagi ketawa di bibir seksis dia. Part menggoda tu kemain di lebihkan 'dengung' ye.

"Pulak, memandai je awak ni kan. Kalau ikutkan hati ini nak je saya benamkan muka awak dalam pasir halus kat depan tu tau."

Telunjuk aku lurus menunjuk ke arah pokok kelapa pandan di hadapan sana. Aku ingat dengan jelas lagi bagaimana kami bergaduh besar malam itu. Aku dengan akal tak matang, Ray pula yang baran melayan sikap tak matang aku. Aku ketawa kecil.

" Kenapa gelak urmm?"

Ray tunduk menyatukan hidung kami. Terasa nafas panas dia terhembus perlahan. Bibir antara kami juga hampir bersentuhan.

Auch! Bergetaran segala jiwa dan raga aku bila Ray romantik tahap potong kaki ini. Jantung aku ini usah di kata berdegup tak keruan sejak tadi lagi.

"Urmm.. Errr.. Aaa.. Aaawak ni. Jauh lah sikit."

Aku gementar. Lebih kepada malu sebenarnya. Tambah tambah lagi bila selamba badak dia gesel hidung mancung tu pada ulas bibir aku. Tingkah dia yang begitu menambahkan rasa gelora dalam jiwa aku. Tanpa sedar tangan aku mencengkam kuat lengan dia yang berada di perut aku.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now