Bab 35

8K 274 39
                                    

Aku termenung menghadap laut yang terbentang luas. Kedengaran anak anak kecil berlari riang bermain di gigi air kawasan pantai. Dalam aku luka dek perpisahan yang terjadi ada juga sedikit senyuman yang menghiasi wajah mendung aku.

Sampai bila nak bersedih? Suami aku bukan pergi berpoya poya. Dia kesana untuk tugasan. Ini ujian yang patut aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku pandang telefon bimbit di tangan. Kosong tanpa pesanan ataupun panggilan dari Ray mahupun orang lain. Hanya bar coverage line je yang tergedik gedik bergerak kiri dan kanan. Teman setia aku semenjak dua menjak ini.

Rasa sunyi gila selepas kepergian Ray. Dulu sunyi juga tapi tak terasa sangat sebab semuanya terisi dengan pelbagai aktiviti. Aku sibuk dengan kelas. Sekarang aku hanya mampu krik krik memandang telefon yang sunyi tanpa bunyian.

Aku mengeluh berat. Hai begini teruk rupanya bila kena tinggal dengan suami.

Aku buka call enteries dari Ray. Termasuk bulan ni dah 3 bulan tanpa sebarang panggilan dari Ray. Aku call tak berangkat. Mesej dan chat tak di balas. Usahkan email lagi lah tak ada respond nya. Dalam aku berfikir positif ada juga negatif nya.

Apa Ray Idhlan kesayangan aku dalam keadaan baik?

Sihat kah dia?

Jangan jangan dia dalam musibah?

Kena tangkap dek penjahat? Mafia? Sharpshooter? Kidnappers?

Atau? Atau? Atau?

"Ahhhh!!!"

Aku terjerit perlahan. Kenapa benda benda macam ni kena membelenggu fikiran aku?

"Kau kena fikir positif Maira. Insyaallah Ray tak ada apa apa. Tak ada apalah. Ray sihat je."

Aku tarik nafas sedalamnya sebelum aku hembus kuat kuat. Rasa lega sedikit. Aku senyum lebar menampakkan gigi yang aku kira kalau Fazura atau Zahirah Macwilson tengok diaorang akan undur diri dari jadi model iklan gigi.

Gigi aku kalau sebatu orang tengok pun dah rasa silau. Putih dia memancor. Perahsantan!

Sah aku dah mereng sebab suka fikir benda merapu macam ni.

"Weiiii! Ok tak ni?"

Atalia tepuk bahu aku kuat. Berlapis kerutan pada dahi dia yang licin. Pelik agaknya bila aku dok terangguk angguk sendiri dari tadi.

Orang tua tua kata kalau dahi licin tanpa garis itu tandanya gadis itu masih suci dan tak pernah di sentuh oleh sesiapa lagi.

Habis tu dahi aku yang berkerut tanpa garis ni macam mana? Ray dah sentuh aku pagi petang siang malam senja pun onzzz lagi. Dahi masih tak ada garis pun.

Sah petua dan tips tu tak boleh pakai. Nilai kesucian wanita bukannya pada dahi seorang gadis. Bukan juga pada berapa garis yang timbul pada dahinya. Ianya pada nilai dia menjaga kehormatan diri, akhlak dan tingkah laku.

Itulah sebabnya aku sekarang memilih untuk mula berhijab. Menutup rambut panjang aku hanya untuk tatapan Ray Idhlan. Itupun kalau dia pulang nanti. Aurat aku hanya pada Ray Idhlan.

Alhamdulillah. Allah hadirkan aku hidayah sesudah seminggu pemergian Ray kesana. Aku bermimpi yang Ray belikan aku sehelai Shawl satin silk yang sangat cantik kainnya. Indah sekali dengan cetakan motif bungaan orkid berwarna peach yang cantik menghiasi hujung shawl tersebut. Paling aku suka material dia. Lembut dan mewah sangat bila aku sentuh.

Dalam mimpi aku tu juga aku dapat lihat Ray tersenyum manis memandang aku yang agak teruja dengan hadiahnya.

Pasal mimpi aku ini tak pernah aku ceritakan pada Ray setiap kali dia call. Dan dia pun masih belum tahu yang aku sudah bertudung. Aku berhajat untuk buat kejutan bila dia dah balik nanti. Bagi dia rasa terharu sikit.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now