Bab 30

9.6K 291 13
                                    

Aku menggeliat kecil di atas katil. Tangan mengagau tubuh di sebelah. Eh, tak ada? Kemana pulak perginya. Aku bingkas duduk di atas katil. Rambut yang mengurai ke dahi aku selitkan ke telinga. Tangan kanan aku tekapkan dengan selimut ke dada. Menutup dada yang agak terdedah.

Aku pandang ke lantai bilik. Pakaian aku yang semalam berteraburan di situ. Tergaris senyuman manis di bibir aku. Masih malu untuk mengingati adegan malam tadi. Hai seminggu kawin masih malu lagi ke? Ni soalan sendiri tanya sendiri jawab ke? Aku senyum malu.

Aku tercari cari kelibat Ray. Belakang badan yang terdedah dengan hanya bertuala pada paras pinggang di balkoni bilik aku amati. Kelihatan dia sedang bercakap di telefon. Serius sekali mukanya. Entah apa yang di bualnya. Pasal kerja mungkin.

Aku bangun perlahan dengan selimut yang membaluti badan. Terjengket jengket kaki ini menuju ke arah Ray. Gaya aku ni seolah olah kami berada di dalam bilik berlantaikan lantai kayu. Padahal kalau jalan macam biasa pun bukan Ray dengar pun. Eh ye tak?

Jarak antara kami pula Tidak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Aku kalau boleh Tak nak kehadiran aku disedari Ray. Rugilah kan, tak dapat nak sergah dia kejap lagi dan curi dengar apa yang dia tengah borakkan.

"Kau gila ke apa? Takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je? Kami baru je kawin. No! I'm out of this. Aku tak nak involve."

Aku diam. Mendengar suara Ray yang memetir kuat itu aku tahu dia tengah marah gila. Apalah agaknya yang buatkan dia jadi sebengang itu. Aku berdiri menyorok di balik dinding. Tapi kepala terjongol juga macam kura kura. Macam comel pulak. Sendiri puji diri sendiri. Masih cuba untuk mencuri dengar.

" Peduli apa aku kalau itu arahan pihak atasan sekalipun. Aku tak nak."

Ray mendengus kuat. Rambut dia gosok kasar. Makin kusut jadinya. Tapi tetap nampak hensem. Gaya sememeh macam tu masih menyerlahkan sisi kehenseman dia. Oppsss! Terpuji suami sendiri. Pertama kali sebenarnya aku dengar Ray mengingkari arahan ketuanya macam ini. Setahu aku dia seorang yang agak komited dengan tugasnya. Apa sahaja arahan mesti dia akan patuh. Wah, ini perkara baru. Apa ye arahan yang dia tak mahu ikut tu ye?

" What? About my late father?"

Ray diam. Rahang kirinya bergerak gerak tanda dia sedang memendam geram. Tangan kiri dia mencengkam kuat besi pemegang beranda. Aku jadi tertanya tanya. Kenapa dengan arwah ayah dia? Apa rahsia yang masih belum aku tahu? Dia diam. Mendengar dengan teliti pada sang pemanggil di sebelah sana.

"Okay. Bagi aku masa. Aku kena fikir dulu."

Ray mendengus berat. Matanya lurus memandang ke depan. Handphone di tangan dia bawa dan gengam ke tangan. Panggilan tadi sudah tamat. Aku masih lagi di posisi sama. Berdiri kaku di balik dinding. Mencuri pandang.

" Tak lenguh ke terjengket jengket kat tepi tu?"

Ray pusing badan secara mengejut. Aku segera menyorok rapat ke dinding. Bimbang kalau tertangkap oleh Ray yang aku ni sedang mencuri dengan perbualan dia. Walaupun aku tahu Ray dah tahu kewujudan aku di balik dinding ni. Aku usap dada sedikit. Agak terkejut juga bila tengah fokus dan dalam keadaan sunyi macam ni di sergah secara tiba tiba.

"Haaaa.. Ingat menyorok macam ni orang tak nampak lah ye?"

Ray menyergah aku. Siap senyum mengejek. Dia berdiri tegak menghadap aku. Sebelah tangan dia tekap ke dinding di sebelah pinggang kanan ku. Aku kemaskan selimut yang mahu melorot jatuh. Aihh, masa ni lah selimut nak buat hal.

" Menyorok, tapi hujung selimut tu terjojol keluar. Intip musuh macam ni, sia sia je nyawa melayang dari badan."

Dia rapatkan dahi sehingga menyentuh dahiku. Kami berpandangan.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now