Bab 33

7.4K 269 23
                                    

Hampir seharian aku menempel dengan Ray. Membantu dia nenguruskan segala kelengkapan dan keperluan untuk ke sana. Aku ingin menghabiskan hari yang tersisa tidak cukup 24 jam ini bersama dia. Singkatnya masa.

Dia yang sedang duduk mengemas pakaian aku pandang dari hujung mata. Semalam balik sahaja dari restoran Hajjah Hamidah sampai ke petang aku nangis tak berhenti. Sehingga aku tertidur akibat kepenatan. Merangkul badannya kemas ke dalam pelukan aku. Sungguh aku takut menghadapi hakikat sebuah perpisahan. Aku dah kehilangan mama, abah dan kakak. Sukar sangat rasanya nak bangkit kembali seperti hari ini.

Yang paling aku runsing kan andai perpisahan ini juga perpisahan selamanya. Tak, aku tak nak kehilangan dia lagi. Aku tak tahu apa akan jadi dengan diri aku kalau jadi macam tu. Tak boleh nak bayang.

Ray pusing badan menghadap aku yang sedang duduk di hujung katil. Dia tepuk tepuk karpet di sebelahnya.

"Mari duduk sini."

Matanya yang tajam tapi cantik itu sentiasa membuatkan aku tertarik untuk memandangnya. Indah. Warna coklat yang agak terang warnanya di hiasi puncuk hidung yang mancung. Dia memang kacak mengalahkan model lelaki kegilaan gadis gadis.

Seringkali aku terfikir, Ray ini berdarah kacukan ke? Kalau ye apa?

"Ray, awak ni ada darah kacukan ke?"

Aku lihat Ray seakan terkejut dengan pertanyaan aku secara tiba tiba. Sehelai baju dia masukkan ke dalam luggage.

"Selama ini tak perasan ke?"

Dia senyum sejemput. Tangan di hulurkan. Meminta aku menyambutnya. Aku letak tangan berlabuh di situ sambil berjalan bangun merapati dia. Sangka ku, aku hanya duduk di sebelahnya tapi Ray menarik tangan aku kuat sehingga terjatuh ke ribaan dia. Hampir sahaja aku menjerit di sebabkan rasa terkejut.

Dia senyum senget. Mengusik wajah aku yang kemerahan. Masih malu malu walaupun lebih dari adegan peluk sudah aku rasakan.

Aippp!

"Ishhh awak ni!"

Mulut mengomel tapi lengan aku bawakan menglelar di keliling lehernya. Membawa badan agar duduk lebih selesa di ribaan dia. Kedua tangan Ray memeluk kemas pinggang aku.

"Biar betul, Selama ini kau tak perasan langsung yang aku ni berdarah kacukan?"

Aku julingkan mata ke atas membalas pandangan dia yang semacam itu. Nak ejek aku lah tu.

"Bukan tak perasan tapi dulu tak ada masa pun nak bertanya. Nak tanya macam mana, Awak tu dulu bukan boleh di ajak bersembang. Senyap mengalahkan tugu negara. Sepatah soalan di tanya, entah beberapa jam lepas tu baru jawap."

Terletus ketawa kecil dari mulut Ray. Dia picit picit hidung aku sedikit kuat. Berdecit marah aku di buatnya. Bukan dia tak tahu kelemahan aku yang ini, aku tak suka orang sentuh hidung aku. Bukan takut kemek, tapi aku rasa tak selesa.

" Eee.. Tak sukalah."

Aku tumbuk manja dada dia. Dia tersenyum senang. Kembali mengeratkan pelukan.

"Ye, aku ada mix arab Turki sedikit. Melayu, Canada dan Spain . Arwah baba aku orang Turki berdarah arab sebelah mak nya dan berdarah kacukan Canada di sebelah ayahnya. Ami aku pulak kacukan Melayu dengan Spain. So bercam..."

"Arwah baba? Ami? Dah tu ma tu siapa?"

Terlonggo aku di buatnya. Takkanlah Ray ni anak angkat? Ye ini fakta yang baru aku tahu sesudah menjadi isterinya. Ray sangat misterius orangnya. Tak tanya memang haram dia nak jawab. Aku ingatkan Fahd Al Ihsan itu arwah suami ma yang sekarang. Aku pun asal bengap sangat. Sekarang baru nak tanya?

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now