Bab 21

8.8K 283 6
                                    

Bilik yang berias indah itu aku pandang sekeliling. Tak sangka sekejap lagi aku bakal menjadi seorang isteri.

Debarannya terasa bagaikan hendak pecah jantung ni. Sudahlah semalam tidur aku tak lena. Gara gara Ray yang cakap merapu. Aku kecut perut.

Pejam nampak muka dia. Tak pejam kan ngantuk. Dah pejam kan tetiba teringatkan kata kata dia.

Ingat lagi semalam, selepas di inaikan oleh Khaira handphone  kat atas meja berdering. Aku capai dengan tangan kanan yang dah siap aku basuh.

"Ye, hello."

Mata aku melirik pada Khaira yang tersengih sengih itik ke arah aku. Nak menyakat ler tu.

"Hello, buat apa?"

Aku pandang jam dinding. Pukul 10 malam baru dia ingat nak call aku? Uh. Apa yang di buatnya seharian dari pagi sampai ke petang.

"Baru siap berinai. Pukul 10 baru ingat nak call tunang. Awak buat apa je hari ini?"

Suara aku keraskan sedikit. Geram. Chat WhatsApp yang aku hantar sepatah pun tak di balasnya.

Ray ketawa kuat. Aduh seksi pulak bunyinya.

"Mana boleh balas chat. Aku kan ada Bachelor party hari ini. Mestilah hari ini hari untuk lelaki saja."

Aku pusing mata ke atas. Banyaklah dia punya hari untuk lelaki je. Menyampah.

"Dah ni apahal pula call orang, esok esok kan boleh je jumpa."

Khaira minta diri untuk keluar dari bilik. Aku hanya angguk sebelum tutup pintu dan menguncinya.

Badan yang terasa lesu dengan mulut yang menguap luas, aku hempas ke atas tilam.

"Aduh, nikmatnya."

Tanpa sedar ayat itu terucap pada bibir ku. Selesa yaa amat bila boleh rebahkan badan macam ni.

"Ermmm. Nikmat. Nikmat apa?"

Ray bertanya dengan suara yang agak menggoda. Atau lebih kepada pervert.

Aku bukak mata yang sedari tadi tertutup hampir lena.

"Laa, nikmat apanya. Nikmat berehat la, baring baring atas katil ni. Golek golek. Dari pagi tadi, ni baru dapat rebahkan badan tau. Penat sangat."

Aku urut kedua dua belah kening. Memaksa mata agar terus tetap celik.

"Esok mesti lagi nikmat kan?"

Dah kenapa pulak sepatah patah sahaja cakapnya. Dah lah dari tadi asyik dok tanya je.

"Esok? Nikmat? Apa?"

Aku yang dah blur blur otak udang masih tak dapat nak hadam ayat dia dengan sebaiknya.

Kedengaran suara Ray ketawa dengan penuh seksi. Eh suara pun ada tang seksinya ke?

"Yelah, esok kau dan aku.. Kita. Kawin. Lepas tu dah halal. Boleh pegang pegang.. Boleh duduk sebilik, boleh tidur sekatil, boleh mandi sesaaa..."

Aku lantas memotong kata katanya.

"Ok, dah. Stop! Dah faham. Tak payah nak meleret leret dah. Ee merenyam."

Aku gigit hujung bibir bawah. Perasan ini entah kenapa terasa sangat berdebar debar. Esok dalam aku rasa tak sabar untuk menjadi yang sah kepada Ray, aku pun rasa macam takut jugak ni.

Macam mana nak menghadapi malam pertama dengan dia.

Aduh ke situ pulak. Aku tepuk dahi sendiri.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now