Bab 27

9K 264 10
                                    

Malam ini rumah masih riuh rendah dengan suara Sanak saudara terdekat. Masing masing rela berkumpul di rumah keluarga Ray. Rata rata mengatakan mereka rela bersengkang mata malam ini hanya untuk meraikan menantu bongsu.

Keluarga dia yang besar ni kalau buat hari keluarga kat pantai, memang satu pantai tu penuh dengan diaorang je. Tapi aku suka. Diaorang semua ramah tamah. Aku je yang masih malu malu. Maklumlah malam pertama di rumah mentua.

Masuk ke pukul 10 malam, hampir sepuluh kali aku tersalah panggilan kat adik beradik, mak sedara serta sepupu sepapat Ray. Bengap je otak malam ni nak mengingat.

"Err, ni mama su ke?"

"Dek Ya kan? Eh ke bukan?"

"Abang.. Abang teh kan?"

Separuh daripada tu semua aku panggil salah. Kiranya malam ini aku jadi bahan gelakkan ramai.

"Dah ke belum?"

Aku paling ke sisi. Ray yang menatang pinggan polestrin berisi ayam bakar serta beberapa lagi hidangan bakar tersenyum nipis kepada aku. Aku yang sedang berlunjur menghadap laut membalas senyuman dia malu malu. Tahu sangat apa yang dia maksud kan tu. Tak lain tak bukan pasal aku yang kuat sangat berangan.

Aku pandang ke tepi, kelihatan ada beberapa orang anak saudara Ray tersengguk sengguk menahan kantuk. Dari petang tadi lagi mereka dok jadi peneman setia. Yang kecik kecik ni lah. Yang dah remaja semua malu malu kucing.

Aku belai rambut anak saudara lelaki Ray yang tidur menelentang di sebelah aku. Umur dalam 5 tahun kalau tak silap. Sepupu sepapat dia yang lain. Nasib baik lah dah hamparkan tikar kuranglah sikit rasa sejuk tu. Ray melabuhkan punggung di sebelah. Pinggan polestrin dia letakkan ke atas riba aku.

"Banyaknya! Mana nak habis banyak macam ni."

Aku angkat pinggan di atas riba. Ini nak suruh makan ke mentekedarah?

"Banyak apanya, sikit je tu. Kau kena makan banyak, kejap lagi nak buat kerja. Tenaga kena banyak, barulah lama permain..."

"Adoiiii! Sakitlah!"

Ray gosok peha kanannya. Aku ketap bibir geram. Mulut tu tak pandang kiri kanan kalau bercakap. Dengan budak budak yang tengah dok pandang kami macam tengok drama, boleh pulak dia cakap guna ayat gatal begitu.

"Padan muka. Mulut tu suka sangat cakap lepas. Malu lah kat anak sedara awak tu. Ee, paksu korang ni tak senonoh."

Anak anak saudara Ray yang dah remaja turut melabuhkan punggung berhampiran kami. Masing masing yang mendengar hanya tersengih sahaja.

" Apa nak hiraukan. Bebudak ni semua bakal kawin jugak nanti. Tu haa, yang rambut pacak pacak tu minggu lepas dah jadi tunangan orang."

Ray jeling pada seorang anak saudaranya yang di maksudkan. Daniel namanya kalau tak silap aku lah. Tak sangka muda muda lagi dah jadi tunang orang. Eh dah hampir sebaya apa.

Daniel tersengih malu ke arah kami.

" Yeke? Tahniah tau."

Daniel angguk sahaja. Nak menyampuk perbualan kami agaknya tak berani kot. Paksu dia garang mengalahkan harimau liar.

"Haa, galakkan lagi. Muda muda dah fikir nak kahwin. Aku dulu sebaya korang ni fikir nak habiskan study cepat, lepas tu nak kerja best, beli kereta, rumah dan tolong mak ayah semua."

Aku sepetkan mata ke arah Ray. Dia punya bebel tu sampai malu si budak Daniel tu. Tertunduk menatap pinggan makanan.

" Apa?"

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now