Bab 32

7.9K 264 21
                                    

Ray jongket sebelah kening. Memandang hairan bila aku hanya diam dan memandang dia lama tanpa suara. Biasanya aku lah tukang gubal topik, tukang kupas gosip dan tukang melalut sesorang. Dia lebih kepada mendengar dan menyampuk bila penting sahaja. Itu memang perangai asli dia. Jika tetiba dia cakap banyak tanpa sebab sah dia dah tak betul. Tapi tak pernah pulak aku tengok perangai dia macam tu.

Ye itulah Ray. Perangai dia mungkin akan membosankan gegadis di luar sana. Cuma yang aku hairan macam mana aku dengan si Izni tu boleh sangkut cintan dengan Ray Idhlan ni.

Tiga tahun yang lalu aku tangkap leleh dengan perangai dia yang pelik dari yang lain. Dah kawin pun cinta cintan aku lagi meleleh. Ececeh..

"Kenapa? Diam je."

Ray sedut jus tembikai yang sudah suku di dalam gelas. Mata dia tepat ke arah aku. Tajam dan menggoda macam selalu.

"Ada apa apa ke yang awak sembunyikan dari saya?"

Aku sandarkan belakang pada kerusi. Mata tepat membalas pandangan dia. Berlagak nak bersabung pandang dengan dia. Sudahnya hanya beberapa saat lepas tu aku kalih pandangan ke sisi. Dari dulu sampai sekarang aku sentiasa tewas dengan dia.

Dia senyum manis. Macam menang loteri bila aku kalah berlawan pandang dengan dia. Menyampah! Aku pusing bebola mata ke atas. Tahu sahaja dirinya dengan kelemahan aku yang satu itu.

"Ye.. Ada.. And I'm so sorry about that."

Dia mengeluh. Bunyinya macam berat sangat masalah yang di sembunyikan dia tu. Buatkan jantung aku tak senang duduk sahaja. Dia Tunduk memainkan sudu dan garfu di dalam pinggan. Nasi goreng yang di makan dah hampir separuh luak.

"Apa, bagitahu saya."

Aku sentuh jemari dia di atas meja. Gengam dan menyelitkan jemari sendiri di antara jemarinya. Terasa gengaman aku berbalas aku terus pandang dia semula. Mata ke mata.

"Sebenarnya.. Sebenarnya.. Aku.. Aku.."

Aku gigit bibir bawah. Berdebar menunggu apa yang dia bakal katakan.

"Macam mana nak cakap ye.. Aku ni.."

Ray gosok kasar rambutnya. Aku mendengus geram. Macam main main pulak. Senyuman sarkastik mula meniti di bibir yang seksi tu. Kang aku terkam gigit gigit bibir tu baru tahu. Haih, Maira semenjak kawin ni tahu nak menggigit sahaja. Opsss!

"Ray, janganlah main main. Cakaplah. Please."

Jari telunjuk aku larikan ke atas tangan dia. Meniti macam anak pacat yang sedang memanjat mencari titik titik darah yang banyak. Pacat juga yang kau umpamakan Maira. Dah Tak boleh cakap elok elok, kita goda jela dia. Aummm.

Kening kanan dia naikkan. Seakan mencabar aku untuk beraksi lebih lagi. Apa dia ingat ini kedai makan atuk aku, yang boleh di buat apa sahaja? Kalau ye, dah lama meja ni aku sepahkan kat tepi dan aku duduk tercelapak di atas riba keras dia tu. Err.. Keras? Hehe.. Gatal..

"Ala sayang. Janganlah goda abang macam tu. Tak tertahan jiwa ini."

Ray senyum. Jari jari aku pulak di kuisnya. Aih tak boleh jadi ni. Kang aku pulak yang tewas dalam godaan dia.

"Cakaplah Ray.. Awak ni main main jela."

Ketawa kecil terletus dari mulut Ray. Entah apa yang kelakarnya. Kelakar sangat ye dengan muka aku yang cemberut mulut memuncung?

" Yela, yela. Nak cakap lah ni. K. Dah boleh tarik balik muncung tu. Teruk bebenor teman nengok nya. Tok sior."

Ray terkekeh kekeh ketawa lagi. Tapi kembali serius kan semula muka dia bila aku jegilkan mata seluas luasnya. Cakap Perak segala, macam lah dia reti cakap loghat orang sana.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now