Bab 26

9.2K 297 6
                                    

Kedengaran bunyi kompang bergema menyambut ketibaan kami. Alunan kompang yang merdu itu di mainkan oleh sekumpulan remaja lelaki. Sambil itu di susuli dengan persembahan silat dari beberapa pemuda kampung di kawasan sini.

Nasib baik cuaca agak redup, kalau tak berpeluh lencun jugak aku bila kena berjemur di tengah halaman rumah ni sedang menikmati persembahan silat. Ray di sisi tak lekang dengan senyuman. Kalau senyuman itu elastik macam getah maunya ke telinga senyuman Ray pergi. Bak kata orang, boleh pergi jauh.

Hik. Hik.

"Baru sehari dua tak jumpa, dah rindu mengebu gebu ke?"

Ray bisik ke telinga aku. Mata kami bertatapan. Pandailah dia menebak perasaan aku. Eh, dah jadi suami isteri kot. Mesti lah dia tahu semua kan. Selama ini pun dia cukup bijak meneka apa yang aku rasa. Bila dah kawin ni, pakej ahli nujum dia tu dah upgrade berganda ganda.

Aku juling mata ke atas. Niat hendak mengusik.

" Uh tak ada maknanya rindu. Bukan tak biasa pun."

Aku tayang muka toya. Dia jongket kening.

"Iye, bukan semalam kau WhatsApp suami kau ni cakap rindu ke?"

Aku senyum. Ah, ke tangkapan sudah. Ituulah gatal lagi. Semalam aku tak berapa nak lena tidur. Puas aku bergolek dari kanan ke kiri atas katil tu, tapi tak jugak mata ni rasa mengantuk. Apalagi terus aku WhatsApp Ray. Rupanya dia pun masih belum tidur. Melepak ambik angin pekena kopi dengan abang abang dia di anjung rumah.

"Itu malam, siang hari tak adanya nak rindu. Semalam rindu sebab bantal peluk baru kita tak ada. Itu sahaja ye."

Ray buat muka teruja. Sebelah tangan di tekap ke dada. Namun sebelah tangan lagi masih erat mengengam tangan aku.

Mata dia bercahaya. Dengan senyuman nakal melirik di bibir.

" Bantal peluk je ke? Makin miang kau sekarang ye. Jangan macam macam, kang belum selesai majlis aku dah angkut kau masuk bilik."

Aku ketawa sambil tekup mulut. Bimbang juga ketawa mak limah aku yang keluar nanti. Jatuhlah saham menantu bekas pengetua sekolah nanti.

"Banyaklah awak punya angkut. Kalau berani baby, try ler. I'm on je."

Aku bisik ke telinga dia pulak. Senyuman aku maniskan. Aku nak juga tengok Ray ni buat ke tidak. Cuba mencabar.

Ah, sudah! Segala rasa malu yang masih menebal dalam diri aku campakkan ke tepi. Hari ini kita jadi manusia yang kurang malu sikit. Menggedik dengan suami sendiri. Bukan dengan laki orang pun. 

" Ok, just wait and see tau."

Ray ketap bibir. Geram ler tu. Aku terkekeh kekeh ketawa. Kening kanan aku jongketkan. Masih lagi mahu mencabar.

Kami mula bergerak ke pelamin kecil yang di sediakan usai persembahan silat tamat. Hiasan pelamin dengan hiasan yang agak simple dan santai tetap nampak cantik di mata aku. Sebuah kerusi berbentuk sofa duduk dua berwarna putih di rias dengan bunga bunga putih dan hijau epal menimbulkan aura ketenangan. Tirai kain props berwarna hijau putih pula di hias elok pada belakang kerusi pelamin yang kami duduki.

Aku duduk di sebelah kiri Ray. Tidak terlalu rapat dan tidak nampak renggang. Tahulah pengantin baru tak nak lah orang kata asyik nak bertempel je. Malu itu kena sentiasa di titipkan dalam diri. Pulak! Tadi kata, nak buang perasaan malu. Entahlah, aku sendiri pun tak faham dengan perangai keperempuanan. Kejap cakap itu, kejap cakap ini. Jadinya benda lain adalah.

Mata aku fokuskan ke hadapan pelamin. Lebih tepat memandang dan tersenyum pada tetamu yang tak putus putus menghadifi majlis pada hari ini.

Kelihatan orang ramai asyik memandang ke arah kami. Aku harap rasa malu di tengok orang pada hari bersejarah ini hanya sekali sahaja untuk seumur hidup. Aku Tak nak naik pelamin lagi dah. Gila tak malu, kalau tetamu yang hadir ramai macam ni lepas tu masing masing pandang aku macam aku ni artis dari Jamaica. Adui makcik! Janganlah tengok lama lama. Kita malu!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now