Bab 16

8.8K 337 5
                                    

Semakin lama semakin lembap pulak nak update bab baru kan. Sorry guys. Banyak sangat yang tertangguh. Insyaallah kali ini akan cuba buat elok elok punya. Oulls support lah sis.
___________________________________

Pagi ini aku saja buli Ray. Aku cakap kat dia kalau sayang aku, pagi ini dia kena ambik dan hantar aku pergi kelas. Aku bagi alasan kononnya nak buat sebagai penguat semangat. Kejap lagi ada paper penting yang nak kena jawab. Bila Ray hantar bersemangat lah sikit aku nak menjawabnya nanti. Ececeh..

Walaupun dia mendengus macam badak air tapi tetap juga dia ringan tulang tercongok di depan rumah. Awal pulak tu dari masa yang di janjikan. Sedangkan aku tak siap siap lagi.

"Eh, awalnya sampai. Bukan ke saya cakap pukul 10?"

Aku garu kepala yang tidak gatal, Rambut aku di sanggul tinggi. Style rambut aku sekarang dah macam wanita dalam pantang pakej sekali dengan kain batik.

Kalau lelaki suka tengok wanita yang berkain batik, mereka akan cakap seksi.

Terbuntang bulat mata helang Ray memandang aku dari atas ke bawah. Sampai aku pulak yang naik malu. Ye, dan dia salah satu dari lelaki yang mengatakan perempuan berkain batik itu seksi.

Masa tu aku elok berkain batik di rumah Mak dia semasa kenduri Acik Ana. Dan sepanjang majlis berinai malam itu, mata Ray memang terarah tajam pada aku. Sampaikan tak tentu arah aku di buatnya. Nak berjalan rasa macam tak memijak lantai. Nak duduk rasa punggung tak cecah ke karpet.

Dia berdehem.

" Saja nak datang awal. Nak rasa air tangan kau untuk breakfast pagi ini."

Dia masuk tanpa di pelawa. Eh eh, tak malu betul. Laju pulak kakinya menuju ke meja makan. Angah dengan maklang pula sedang enak menikmati nasi lemak.

"Hai bro, jemput makan. Nak kemana awal awal ni?"

Aku tengok jam di dinding. Memang awal pun, pukul 8 pagi. Tapi tengok dari cara mamat tu berpakaian macam baru balik jogging sahaja.

"Tak kemana pun baru balik jogging. Pastu kejap lagi nak hantar Maira pergi kelas. Aku plan nak rehat je kat rumah, tapi sepupu kau tu nangis nangis merayu minta aku hantarkan pergi kelas. Katanya rindu tak bertentang mata."

Eh banyaklah rindu dia. Aku tayang penumbuk kecil ku. Suka hati dinasour dia je. Ray macam biasa buat endah tak endah.

Angah angguk bersama senyuman nipis. Semalam angah tidur kat sini, itu yang dia tak tahu Ray nak datang.

" Hello, tak adanya saya nangis nangis lah. Awak saja menambah perisa kan dalam cerita awak. Memandai."

Aku juih mulut pada dia. Dan dia sudah mula upgrade reaksi dia. Dengan senyuman sinis versi nakal.

"Aku hairan lah dengan korang berdua ni."

Angah pandang kami berdua. Pipi dia kembung dengan makanan. Tak senonoh.

"Hairan apa? Kenapa?"

Ray hanya diam. Duduk dengan lengan kasar dia menggalasi dada sendiri. Sesekali aku perasan anak mata dia mencuri pandang kepada aku. Tahu lah orang seksi. Mata tu tak reti langsung nak kawal.

Yaa tohan, orang ini ke yang bakal aku kawini?

Miang! Merenyam!

"Kenapa apa lagi, cuba tengok diri masing masing. Pantang jumpa bertekak. Aku syak seminggu aku duduk dengan korang, telinga aku akan tak berfungsi sebelah. Bingit dengan korang yang asyik bergaduh."

Ray ketawa. Sampai sepet sepet mata dia. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahu. Dia ni pelik tau. Kadang orang tak gelak dia yang gelak. Bila orang ketawa macam nak pecah perut. Eh, elok saja muka dia beku macam biasa.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now