Bab 25

9.1K 247 4
                                    

Hari ini hari sambut menantu di sebelah keluarga Ray. Selang dua hari je dengan kenduri sebelah keluarga aku. Rombongan sebelah kami tak adalah ramai sangat pun, dalam lima ke enam buah kereta sahaja.

Itu pun beberapa orang ahli keluarga terdekat sebelah maklang dan paklang sahaja yang turut serta. Sebelah mama? Opah dan adik beradik mama yang lain? Masing masing diam tak memberi sebarang jawapan bila kami sekeluarga berkunjung ke kampung opah untuk mengajak mereka datang pada majlis pernikahan aku.

Nikah pun tak sanggup datang. Apatah lagi majlis menyambut menantu ini pula kan.

"Sabar lah Maira. Doakan yang baik baik. Semoga Allah lembutkan hati opah dan semua. Paklong tak pernah menyalahkan kamu. Apa yang jadi ni semua adalah ketentuaan takdir."

Aku menangis dalam dakapan bapa saudara yang aku gelar paklong. Dalam ramai ramai ibu saudara yang aku jemput seorang pun tidak memunculkan diri. Opah yang aku sayangi. Tempat aku bermanja juga tak kunjung tiba.

Tetapi dalam aku terasa hati dengan mereka semua yang sudah membuang aku jauh dari keluarga mereka, Paklong ternyata insan yang agak waras. Mampu berfikir dengan baik. Bukan bermaksud aku katakan mereka yang lain itu kurang siuman. Cuma mengikut apa yang maklang cakap kurang cerdik.

Menyalahkan takdir dan menjatuhkan hukum pada anak saudara dan cucu sendiri terhadap kematian ahli keluarga mereka.

"Paklong minta maaf bagi pihak mereka semua. Bagi pihak opah. Maira tahu kan opah sayangkan Maira. Cuma sekarang kita bagi saja mereka masa. Tetapi jangan putuskan terus hubungan dengan mereka. Tetapkan bertanya khabar dan berdoa. Nak apa apa minta dan cakap pada Paklong. Macam mana sekalipun Maira tetap amanat Paklong juga."

Aku angguk bersama senyuman nipis. Tunak wajah Paklong aku pandang dalam. Dia seorang yang agak mudah untuk berkongsi pendapat dan bersikap keterbukaan.

Memeluk Paklong terasa seperti memeluk arwah abah. Aku tenang dan merasa bahagia. Biarlah opah dan ibu saudara ku yang lain tidak mengganggap aku lagi sebagai ahli keluarga mereka, aku akan tetap mendoakan yang baik baik untuk mereka semua. Insyaallah..

Aku pandang keadaan dalam bilik. Khaira nampak kelam kabut. Eh bukan Khaira saja yang macam ini, bahkan semua orang. Dari paklang sekeluarga. Angah dengan mulut bising mengalahkan mak mak. Bunyi suara riuh rendah dari sepupu handai. Kawan kawan angah dan Ray semuanya tak ubah macam pasar tani. Gimit!

Aku pula di minta bersiap seawal yang mungkin. Sebab nanti akan ada mak andam yang datang untuk makeup kan. Masalahnya sekarang baju pengantin yang belum muncul tiba. Katanya Atalia yang akan datang hantarkan baju tu nanti.

Kemana lah di bawa larinya baju aku itu. Dan yang paling aku cemas dengan mak mak andam tu sekali tak sampai sampai lagi. Nak sampai macam mana kalau tukang assist mak andam pun Atalia juga. Dia yang tukang jemputnya. Tetapi sekarang mereka berdua pun belum sampai lagi.

Apa jauh sangat ke chalet ma Ray ni dengan rumah dia? Padahal tak sampai pun 100 meter jarak keduanya. Untung kan ada mentua yang ada chalet sendiri.

"Kak, kau betul ke ada orang makeup kan ni? Asal mak andam kau tak sampai lagi? Sempat ke nanti?"

Khaira yang sedang menyikat rambut separas bahu dia memandang aku di balik cermin.

"Entah lah Atalia ni. Call tak berjawap. Asyik masuk voicemail je. Aku bimbang juga ni. Jangan lah tak jadi. Lepas zohor nanti dah kena gerak. Kang aku pakai kain batik ni je ke majlis aku nanti."

Khaira ketawa. Dia yang sudah siap berbaju kurung dengan sulaman lace berwarna turquoise nampak cantik sangat. Tak sangka dah besar budak ni.

" Apakata aku je yang makeup kan kau kak. Aku pun pandai apa. Cer tengok muka aku sekarang lawa tak."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now