SPECIAL CHAPTER

8.6K 304 32
                                    

Pening...

Aku pening..

Melayan perangai sesorang memang buatkan aku rasa nak hantuk kepala sekarang juga.

Angah dengan perangai dia. Atalia pun satu hal. Belum lagi tambah si Reza dengan Mikayla. Ray suami aku tu pun dua kali lima juga. Aduhai..

Aku sandar belakang badan pada sofa empuk dalam bilik pejabat Ray. Mata layu je. Tetapi tetap tak boleh nak lelap. Sebab bingit dengan suara pertelingkahan makhluk tuhan dalam bilik ni.

Ray Idhlan?

Awal awal lagi dah keluar sebab ada mesyuarat tergempar dengan baba dan staff staff yang ada. Projek paling besar company kami dapat kali ini. Tender jutaan ringgit dari syarikat perkapalan antarabangsa. Tu belum lagi rezeki kerjasama dengan Navy Malaysia. Baba menangis kegembiraan bila dapat tahu yang mereka dapat tender besar tersebut.

Apa tidaknya, dia pernah bina impian yang sama tetapi terpaksa di kuburkan. Bila lihat baba menangis aku turut sebak sama. Apatah lagi melihatkan airmata suami aku yang laju menitis pada pipinya.

Bayangkan suami si suam suam kuku tu menangis. Tak ke aku rasa teruja?

Alhamdulillah rezeki buat kami sekeluarga melimpah ruah. Semua terasa mudah sahaja. Syukur sangat. Mungkin juga rezeki baby sama.

"Maira.. Kau macam mana?"

Atalia yang sedang berdiri di sisi angah paling wajah ke arah aku. Mikayla dengan Reza masih macam tadi. Dok bertelagah dengan topik yang tak sudah sudah. Aku sendiri pun tak faham kenapa lah dua orang ni boleh ada perasaan cinta. Kalau dah rupa ini gayanya sesiapa pun memang tak menyangka yang mereka berdua jatuh cinta pada satu sama lain.

Nak berkekoh je. Ray lah ni ajar aku loghat kelantan. Sampai lidah aku sekarang pun dah serupa orang sana. Suka makan budu lepas tu suka cakap kelantan. Walau pelat dia mengalahkan orang siam. Tak apa. Aku suka.

Anak aku yang bakal lahir nanti pun mesti bangga. Sebab dia akan hidup dalam keluarga yang pelbagai budaya dan bahasa. Atuknya asal turki, babanya pula di besarkan di kelantan. Macam macam yang dia akan pelajari nanti.

"Aku apanya. Aku ok je. Korang je yang merumitkan."

Betul!

Dari tadi lagi macam tu. Katanya nak berbincang sampai ke sudah tiada satu pun kata sepakat yang aku dapat dari 4 kepala manusia di hadapan aku. Semua nak menangkan diri masing masing.

Tak faham betul. Mereka ni dah dewasa atau masih kanak kanak dalam kindergarten?

Sabarlah baby, korang punya pakcik makcik yang tak berapa nak siuman.

Ayoyo.. Silap besar juga aku minta mereka untuk bagi seketul nama pada baby yang bakal lahir nanti. Masing masing tak nak mengalah. Masing masing nak menangkan nama pilihan sendiri. Kata mereka, nama mereka lah paling wow. Paling moden dan makna yang baik.

"Hei, dah lah.. Korang semua ni buat aku sakit kepala tau. Semua yang korang cadangkan aku tak nak."

"Eh Maira.. Mana boleh.. Nama yang angah bagi tu yang sesuai sangat. Lutfi tu lawa tau. Sebutan dia lembut sangat. Ada makna yang baik. Tapi angah lupa pulak apa maksudnya."

Angah tersengih menampakkan gigi dia. Aku julingkan mata ke atas.

"Kau tak best. Tak sesuai lah. Dengar Maira. Taruk nama yang aku cadangkan. Mirza.. Kan best je bila di dengar. Mengikut kajian lelaki yang ada nama Za kat belakang ni ada identiti dan keperibadian yang baik. Macam aku.."

"Perasan.."

Mikayla jeling tajam. Bagus Mikayla itulah perkata pertama yang terlintas pada fikiran aku bila Reza cakap macam tu tadi. Perasan dia boleh buatkan mata aku terbelalak sampai ke soket mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now