Bab 23

10.3K 331 13
                                    

"Kau kak, pergilah masuk ke bilik kau sana. Kau kan dah kawin. Pergilah bermanja dengan laki kau tu. Menyemak je kat bilik orang. Aku nak tidur ni."

Khaira menjuih juih mulut ke arah pintu. Amboi, halau aku!

"Apanya, awal lagi ni. Kejap lagi aku masuklah. Kedekut betul kau ni."

Aku rampas bantal kecil berwarna pink lembut di tangannya sebelum aku peluk kemas. Euww pink! Apa yang lawanya warna ni pun aku tak tahu. Budak ni lah memang gilakan sangat warna tu. Dinding bilik warna pink, langsir pink, cadar katil pink, silap haribulan rambut tu dia warnakan pink sama.

Mabuk pinky!

"Kak"

"Ermm. Ye"

Aku pulas pulas bucu bantal comel tu sambil mata masih menganalisa bilik Khaira.

"Apa perasaan kau bila dah kawin ni? Suka? Bahagia?"

Khaira meniarap dengan kedua belah tangannya menongkat dagu.

Ermm, suka ke aku? Bahagia ke?
Uhh, lebih dari tu. Terlalu suka dan bahagia. Aa gitu.

Aku hadiahkan senyuman penuh misteri kepada Khaira.

" Yang tu... Rahsia.."

Terkekeh kekeh aku gelak bila si budak yang penuh keterujaan itu aku kenakan. Khaira jelirkan lidahnya kepada aku. Geram mungkin bila kena main macam tu.

"Kau ni kak tak pernah nak serius. Malas lah cakap dengan kau. Dah pergi keluar sana. Aku nak tidur dahni."

Khaira tolak bahu aku kuat. Memaksa aku untuk turun dari katil gebus gebas dia.

"Hey, janganlah macam ni. Bagilah aku lepak sikit lagi. Nanti aku baliklah bilik aku. Apakata kau tidur dulu, lepas kau tidur aku keluar lah."

Khaira julingkan mata dia ke atas. Malas nak melayan permintaan aneh aku. Aneh sangat ke bila pengantin perempuan tak nak masuk ke bilik dia sebab gerun nak melalui detik detik malam pertama?

Khaira mengeluh kasar. Seakan tak mahu berkompromi dengan aku. Haa nak jadi sepupu derhaka ler tu.

Khaira ambil handphone dia di sebelah lampu tidur. Entah apalah yang dia tekankan kat handphone dia tu. Bersungguh sungguh jadinya. Aku rebahkan badan ke atas katil dia.

Allah, nikmatnya dapat rehat macam ni. Mata yang kuyu mula terasa kantuknya. Aku menguap luas. Aci tak malam ni tidur bilik Khaira je?

Aku dah tak peduli dah dengan bebelan dari mulut gadis yang bernama Khaira tu. Mulut pot pet pot pet, tapi tangan asyik dok tekan handphone.

Mata cuba di pejam lagi. Tapi...

"Assalamualaikum. Maira Iris sayang.."

Gulp!

Tertelan air liur yang dah mula nak membasi. Itu macam suara laki aku.

Badan yang sedia baring secara automatik terbingkas bangun dengan sendirinya. Aku pandang Khaira.

"Itu Ray kan?"

Bahu dia aku pegang. Muka ini dah mula rasa pucat semacam. Khaira sengih menampakkan gigi putih memancor dia.

"Sorry kak, aku chat angah tadi. Suruh abang Ray meh angkut bini dia."

Membesar kedua dua bijik mata aku.

"Khairaaaaaa... Kenapa kau suruh panggil dia. Kau sengaja kan?"

Aku jerit kuat. Bahu dia aku goncang goncang.
Rasa kan!
Biar sel sel otak kau berterabur. Khaira hanya ketawa lepas. Suka sangat dia melihatkan aku yang serba panik macam ni. Cadar katil aku ramas ramas geram.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now