Bab 41

6.3K 274 20
                                    

Di sebabkan author agak baik hati hari ini. Makanya author belanja satu lagi bab.

___________________________________

Kami tiba di Taksim sesudah beberapa jam perjalanan. Haih dari dalam kapal terbang hingga ke sini boleh naik kematu dek perjalanan yang panjang. Haa Ray, kalau kau tak hargai lagi tak tahulah. Aku ni rela memkempiskan punggung demi ke sini.

Aku, Gina dan Atalia berjalan seiringan. Di belakang kami mengekor angah dan abang Zaid. Panggil abang jela eh, susah nak menyebut inspektor tiap kali ber monolog. Kikiki..

Abang Azam pula menemani Farhan ke kawasan parking kereta.

Perkara pertama yang kami kena buat ialah cari kedai telco. Angah ni tak menyempat betul nak call maklang. Dapat bini nanti macam ini ke idok? Atalia di sebelah hanya senyap. Mungkin dia terasa kot dengan kedinginan angah. Angah kelihatannya masam mencuka. Tak sangka pulak aku yang polis kental macam dia pun suka merajuk.

Letih lah kau Atalia kena memujuk kerap kali nanti.

Kami berhenti di kedai sederhana besar. Gina tolak pintu kedai itu sambil di ikuti kami masuk ke dalam.

"Assalamualaikum. Merhaba, ben deliyim. Beş kişi için bir telefon numarası satın almak istiyorum."

Entah apa yang Gina cakapkan. Kami berlima hanya diam sahaja. Mata aku melilau ke dalam kedai. Banyak barang barang lama yang di pamerkan. Dengan corak corak abstrak bergayakan corak kebanggaan Turki kedai itu nampak bukan seperti kedai handphone.

Abang Azam dan Farhan turut ada di belakang kami. Aku dah tak kisah dengan apa yang mereka bualkan. Bukan aku faham pun. Pusing otak nak faham. Usai memberi maklumat yang di perlukan aku minta untuk berada di luar dahulu. Tak nak bersesak dalam kedai yang mana masih ada beberapa orang pelancong lain sedang menunggu giliran untuk beli nombor phone.

Aku kini berdiri di depan pintu masuk kedai. Di tengah tengah jalan ini terdapat rel kereta api kecil. Mungkin ini kot yang Gina katakan tadi. Kawasan kereta api kecil lalu lalang di tengah tengah bandar. Tak sabar nak tengok.

Mata aku melilau memandang kawasan sekeliling. Kelihatan ramai pelancong asing yang mula membanjiri kawasan ini. Ada yang sedang ber selfie, wefie  dan candid pun ada juga. Tak kurangnya dengan aku. Termasuk sekarang dah hampir sepuluh keping gambar yang sempat aku snap sendiri. Belum lagi gambar aku selfie.

Aku tersenyum sambil mengangguk sedikit bila ada yang tersenyum memandang ke arahku. Mungkin mereka merasakan yang aku wanita Asia ini agak comel kot di mata mereka. Dengan ketinggian yang aku kira jika nak di bandingkan dengan perempuan eropah aku takat ketiak atau dada mereka je. Walhal bagi aku, berukuran 164 cm ni dah kira agak tinggi.

Silap beli pakaian sikit mesti terjongket je gayanya. Tapi mereka lagi tinggi.

Aku kalih pandang ke sebelah kanan kedai. Dari tadi lagi aku terasa nak ke kedai sebelah ini. Tapi memandangkan yang mereka masih belum siap, jadi ada baiknya aku tunggu dulu. Kang misi sepatutnya menyelamatkan Ray, menjadi misi mencari Maira pulak. Tempat orang ni bukan macam tempat sendiri. Sudahlah cakap mereka sepatah haram aku tak faham. Nak mengajuk gaya mereka bercakap pun aku tak reti walau hanya sepatah. Berbelit lidah wei nak menyebut.

Sempat aku perhatikan beberapa orang wanita Turki yang berjalan melintasi aku. Macam mana aku tahu? Dari bahasa yang mereka gunakanlah. Masing masing pula  kebanyakkannya suka berambut panjang sampai ke pinggang. Rambut pula berwarna hitam pekat. Tidak di warnakan dan mengekalkan gaya 'neutral beauty' gitu. Kulit diaorang berwarna putih kekuningan tidak melepak macam sesetengah bangsa. Tinggi pun ye jugak. Dan paling penting cantik.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now