Bab 52

7.4K 337 15
                                    

Aku duduk menyandar pada dada Ray yang tak berbaju. Badan yang selepas mandi tadi terasa segar semula biarpun mata masih mengantuk. Tangan besar Ray mengengam erat kedua dua tangan aku. Sesekali dia tunduk mencium dahi aku.

"Sekarang apa yang kita kena buat?"

Aku dongak kepala memandang ke arah dia.

"Buat apa, kita ikut sajalah plan yang dah di buat. Abang kena pura pura hilang ingatan sampai abang dapat apa yang abang nakkan."

Aku senyum senang. Ai comel betul. Rahang dia yang dah berjambang nipis itu menyerlahkan diri dia persis anak jati warga Turki.

" Maira nanti kena pura pura juga ke? Maira bukannya pandai nak berlakon. Awak pun tahu kan?"

Aku senyum malu. Apa tak malunya dia dengan pandangan menggoda semacam. Buatkan rama rama di dalam perut mahu terbang bebas. Nafas pun terasa macam nak sesak semacam. Seolah olah nak di telannya aku ni hidup hidup.

" Apa?"

Dia ketawa bila aku tutup muka dia dengan telapak tangan. Tindakan automatik yang aku buat bila malu aku dah mencapai tahap paling tinggi. Hantu pun tahu malu wei bila abang hensem macam dia ni tenung menggoda macam tu.

"Awak tu dok pandang dari tadi lagi dah kenapa? Malu tahu."

Aku tunduk. Mata di lurus ke hadapan. Malu gila.

"Comelnya isteri abang ni bila malu malu macam ni. Maira lagi lah kena berlakon, Maira watak penting tau sekarang."

Dia cuit hidung aku. Aku tepis perlahan. Ee orang tak sukalah sentuh sentuh hidung ni. Nanti aku rasa gatal.

"Breathe sayang.. Breathe.. Jangan semput kat sini. Susah pula nak mengangkut ke hospital."

Tangan dia di bawa menekup dada aku yang berentak laju macam gerabak lama kereta api. Berdebar gila. Sesudah 6 bulan jumpa semula apa yang tak gelabahnya. Sesi suai kenal dulu pun kejap sangat. Apa taknya, kahwin 2 3 minggu dia dah chow ke Turki. Aiyakkkk! Dan sekarang nak bagi aku rasa selesa semula macam dulu memang lambat pula lah nak bagi rasa selesa tu datang.

"Ngada.."

Tangan dia aku tarik dan di satukan dengan tangan aku. Jantung ini dah lah nak jatuh bergolek golek, Ray pulak letak tangan kat situ mahunya aku pitam betul betul.

Sekali lagi Ray ketawa. Lamanya tak dengar dia ketawa riang macam ni. Seksi dengan suara dia yang garau macam tu. Rindu..

"Abang kena balik kejap lagi."

Mendatar suaranya. Aku dongak ke atas mencari mata cantik dia.

"Ala, takkan awak nak tinggalkan saya seorang diri dekat sini?"

"Bukan awak sayang.. Tapi abang.."

Aku cebik bibir. Dari tadi dok meminta aku panggil macam tu. Orang nak biasakan diri dengan duduk dekat dekat dengan dia pun cemas macam kena kejar dek mafia inikan pula nak panggil sweet diabetes macam ni. Memang tak lah. Aku malu!

" Ala... Malu lah.."

Ray cubit hujung bibir aku. Dia senyum. Manis sekali. Sepanjang duduk Turki ni dia kerap makan gula agaknya. Sebab dia nampak manis gila dengan senyuman manis ting ting ting dia tu.

"Abang tak tinggalkan Maira seorang diri lah. Reza ada nanti. Bukan temankan ke bilik tahu. Nak apa apa bagitahu je dia. Nanti dia datang. Hotel ni pun di kawal ketat oleh beberapa orang polis undercover. So Maira jangan risau ye. Abang takkan tinggalkan Maira tanpa pengawasan."

Aku mengeluh berat. Sayang lah nak lepaskan dia pergi. Rasa takut kehilangan tu masih ada. Sungguh aku takut.

"Sayang.. Abang balik rumah auntie je. Lagipun mana boleh abang tinggalkan baba dengan diaorang. Angah and team pun ada sana. Atalia lagi. Kalau diaorang apa apakan mereka macam mana?"

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now