Bab 31

9.4K 275 5
                                    

Pagi ini aku datang lagi ke sini. Mata masih belum puas untuk menikmati angin laut tempat di mana aku meluah kata dan rasa. Aku berjalan perlahan tanpa sebarang alas kaki menuju ke pantai. Kiri dan kanan kawasan pantai itu aku pandang. Tak banyak yang berubah masih ada yang kekal seperti dulu. Seperti pangkin kayu di tepi pokok kelapa muda ini. Masih kukuh dan selesa untuk di duduki.

Aku labuhkan punggung empuk aku ke atasnya. Tidak terlalu kuat bimbang roboh aja. Tadi cakap masih nampak kukuh. Hey, kena berjaga jagalah jugak. Manalah tahu luaran sahaja yang kukuh, struktur dalaman dia mungkin sudah menanti rebah dan rapuh.

Macam diri aku ini. Aku nampak kuat pada zahirnya. Tapi batin aku terseksa. Aku menderita. Derita dalam rindu yang tak berkesudahan. Ray aku tinggalkan di belakang. Dia masih ralit bersembang dengan jiran lama rumah lama ku.

Kaki yang berjuntai jatuh aku biarkan sahaja. Rambut yang lepas ini terasa segar sekali bila di tiup angin pantai yang nyaman. Sungguh aku rindukan suasana di sini. Entah bilakah pula aku akan kesini lagi.

Sedang aku ralit menghayati udara dan suasana pantai ada dua orang budak datang menghampiri. Aku syak mereka mungkin berusia tak lebih dari 11 tahun. Comel sahaja dengan salah seorang darinya berambut tocang ekor kuda. Di sebelah budak comel bertocang ialah seorang budak lelaki. Nampak malu malu tapi tak segan silu pulak datang menegur aku.

"Ni kak Maira ke?"

Aku pandang wajah mereka. Siapa pulak bebudak ni? Rasanya aku tak kenal pun salah seorang dari mereka. Apakah aku ini sudah terlalu terkenal? Ecece... Sempat lagi.

Aku senyum sekilas. Muka mereka aku pandang penuh fokus.

"Ye, akak ni memang Maira. Awak berdua ni siapa?"

Aku tepuk tempat di sebelah aku. Meminta mereka supaya duduk bersama dengan aku. Walau masih malu malu punggung tetap di labuhkan di sebelah.

"Saya Irin dan ini sepupu saya Megat. Kami anak anak Alia dan Alina."

Si comel bertocang kuda memperkenalkan diri. Oh Irin! Comel sangat. Kulit yang putih dengan pipi buah epal merah merah. Memang comel!

Aii perut. Tadi dah makan. Takkan lapar lagi.

"Oh Hai Irin dan Megat. Anak Alia dan Alina? Oh yelah, yang tinggal kat simpang depan tu kan."

Aku tunjuk ke arah dua buah rumah yang saling bersebelahan menghadap di hadapan simpang rumah aku. Tak sangka mereka berdua masih mengingati siapa aku. Rindu pulak pada masa dahulu. Aku selalu menunggang basikal bersama kakak meronda ronda kawasan kampung. Kekadang ada juga adik adik yang secomel mereka ikut join bersama. Well, masa tu kami di kira anak anak dara pinggitan yang di gilai ramai. Ke sana sini orang selalu menyebutnya.

"Anak Tuan Zam tu cantik."

"Anak anak Tuan Zam tu semua cerdik cerdik."

"Anak anak Tuan Zam ramah dan sopan orangnya."

Bila di ingat balik, hidung ni terasa kembang kempis je. Bangga dapat jadi anak kepada abah. Abah selalu di segani ramai. Bukan sebab pangkatnya tapi peribadi dia yang sangat mudah di dekati. Dia rajin ke masjid bila ada masa terluang. Dia suka lepak minum minum kopi dengan orang kampung. Dia suka tolong menolong bila ada kenduri orang orang kampung.

Dan yang paling semua ingati dia suka tersenyum dengan misai kontot dia yang tebal.

Aku gelak perlahan. Terasa lucu bila teringat kan misai abah. Mama selalu bising bising suruh abah buang je misai nya. Tapi selamba pulak abah cakap..

"Ini misai cari makan."

"Banyaklah abang punya misai cari makan."

Mama mendengus geram. Tak menjawab tak sah.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now