Bab 58

7.3K 297 10
                                    

Aku keluar dari bilik mandi. Rasa nyaman sangat badan dapat berendam dalam tab mandi yang berisi air suam. Penat seharian memang melemaukan badan. Penat apalah sangat kan kalau ke butik maklang je hari hari. Eh bukan pergi saja saja tahu. Aku kerja kat sana. Sebagai pereka fesyen untuk setiap keluaran dress, outerwear, dan macam macam lagi.

Tak sangka aku ni berbakat juga dalam bidang fesyen. Aku perasan benda ni dah lama sebenarnya. Tapi bila masuk belajar kat universiti aku dah kurang nak mengolah bakat yang ada. Abah dan maklang memang pandai bab bab melukis, mereka dan benda benda yang memfokuskan seni dan kreativiti ni.

Lepas tu turun kepada angah dan aku. Kakak dia kurang suka benda yang memerlukan dia untuk terlalu fokus ni. Mau kejung urat dia katanya. Lagi lah menambahkan bakat bila arwah mama memang pandai menjahit. Bila nak raya je ada lah rekaan baju yang lain dari yang lain aku persembahkan pada mama. Dan tak lain tak bukan yang menjadi perhatian mestilah kakak.

Dia manis, sopan dan lemah lembut. Jauh panggang dari aku ni. Lelaki tegur je mau dia kena panahan jelingan 15 voltage menyambar bumi. Aku garang dan aku tak sukakan perhatian.

Lepas tu bila maklang tengok, mula lah dia sibuk sibuk nak beli rekaan yang aku ada tu. Siap mama kena ajar balik nak jahit macam mana. Nak cantum macam mana. Well, tak apa lah dapat juga duit dari situ kan. Maklang kasi duit bukan sikit sikit wei. Mahu dekat ribu riban juga. Katanya, Itulah harga nya bagi designer kat luar sana.

So, bila abah tiada. Sedikit sebanyak itulah yang jadi sumber pendapatan aku. Belum campur elaun pencen abah. Duit sewa rumah, duit jualan kebun kelapa sawit memang itu dah terlebih dari cukup. Alhamdulillah! Syukur sangat atas rezeki yang ada. Terlalu banyak apa yang Allah berikan kepada aku.

Dan sekarang dengan menjadi orang kanan maklang lagi lah banyak sumber pendapatan yang aku dapat. Setiap koleksi yang di keluarkan aku akan dapat komisyen nya. Dengan gaji yang dia beri lagi. Fuh, memang aku asyik dok kira duit je.

Ini mungkin rezeki baby juga kan.

Rambut yang masih basah aku kirai kiraikan dengan jari. Sedari tadi bilik agak sunyi. Aku paling ke belakang. Ray tak ada pun. Dari aku keluar bilik mandi lagi. Mungkin dia ke bilik kerjanya. Aku tarik pakaian yang sudah siap aku letakkan di atas katil. Di pakai dengan sempurna dan dengan sedikit semburan pewangi yang masih harta yang aku paw dari angah aku semburkan pada badan.

Rezeki lagi bila mengandung ni aku tak ada alahan yang pelik pelik. Muntah hanya waktu pagi. Bila perut terlalu kosong atau bila nak gosok gigi. Yang lain alhamdulillah ok. Bau badan Ray makin lah aku gemari. Tak dapat tidur celah ketiak dia memang aku tak tidur lah.

Tuala aku sangkutkan pada rak penyangkut tuala. Pintu bilik yang sedia terbuka aku keluar. Kaki di bawa menuju ke pintu bilik kerjanya. Aku kuak sedikit daun pintu. Kan betul telahan hati aku, memang Ray sedang berada di sini.

"Dah siap mandi?"

Ray dengan posisi masih membelakangi aku bersuara. Tahu tahu je dia kelibat aku.

"Macam mana abang tahu Maira kat sini?"

Kaki aku bawa melangkah ke dalam bilik kerjanya. Bilik kerja ini macam macam hado. Ada perpustakaan mini. Katanya Ray khas untuk aku yang suka membaca. Bersebelahan dengan meja kerja dia ada meja kerja khusus untuk aku. Ray sediakan untuk memudahkan aku melakukan sketching design.  Di tepi bahagian sana, ada bed sofa yang boleh laras tu. Kalau penat kami laraskan sahaja kepada tilam. Selesa dan lena kemain tau.

"Telinga abang..

Dia tunjuk pada telinga kanan dia. Ye, aku tahu pada kemampuan yang dia ada tu. Telinga dia sangat peka pada bunyi. Kalau keadaan terlalu sunyi bunyi bunyian kat rumah sebelah pun dia boleh dengar. Lepas tu boleh pulak dia bezakan bunyi tu bunyi apa. Sebab tu bila dia buat keputusan untuk berhenti dari khidmat polisnya, pihak atasan menegah. Dia di beri cuti sebanyak mana yang dia mahu. Dan dia boleh masuk kerja bila bila masa yang dia nakkan.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now