Bab 22

9.1K 331 11
                                    

"Aku terima nikahnya, Maira Iris binti mohamad Zam dengan mas kahwinnya sebanyak 1000 ringgit tunai."

Aku tunduk menahan debar. Lancar sahaja suara Ray melafaz akad. Jari jemari aku gengam kemas.

"Macam mana saksi? Sah?"

Tok iman bertanya pada saksi yang ada. Paklang angguk. Angah pun sama. Aku dah  gelisah tak senang duduk. Berdebar dada ini macam nak pecah.

"Alhamdulillah."

Masing masing mengucap syukur. Maklang kelihatan menitis kan airmata. Bahu aku di peluk kejap.

"Tahniah sayang. Selamat pengantin baru. Maklang doakan semoga berbahagia hingga ke syurga."

Aku balas pelukan maklang. Terasa basah tubir mata ni dengan airmata sendiri. Walau mama tak dapat bersama kami pada hari ini, hati aku terawat juga dengan adanya maklang sekeluarga.

Khaira tepuk peha aku. Aku paling ke tepi.

" Apa?"

Soalku hairan. Main tepuk tepuk pastu sengih sengih. Aku yang kawin dia ke yang tersampuk?

"Tuuuu.."

Panjang muncungnya menunjuk ke satu arah. Aku yang blur blur siput mula memandang ke arah yang di tunjukkan.

Ray..

Mata dia tajam menikam tepat padaku. Tak berkedip walau sekali. Sedangkan aku dah hampir lima kali kelip dah.

Air liur yang normal pada saluran tekak terasa kelat serta merta. Muka aku panas. Panas menahan malu.

"Asal kau tunjuk kat dia. Malu lah."

Aku tunduk malu. Peha kanan Khaira aku cubit geram. Terkekek kekek budak tak cukup umur tu gelak.

"Dah dia suruh panggil kau kak. So aku panggilah. Siap lah kau nanti. Jerit nanti slow slow k."

Khaira sengih. Aku jeling geram. Memandai budak ni. Kang aku suruh maklang carikan calon suami jugak baru tahu.

"Maklang, Khaira cakap dia nak kawin sama lah lepas tengok Maira kawin ni. Maklang carikanlah jodoh untuk dia sama."

Maklang yang sedang bercakap dengan tetamu di sebelah menjengilkan mata kepada Khaira.

"Jangan nak menggatal. Kamu tu kecik lagi. Mengada. Sekolah belum habis dah nak kawin."

Ambik kau. Tadi gelakkan aku. Sekarang masanya aku pulak gelakkan kau.

"Mana ada lah mama. Kak Mai ni saja je cakap gitu. Tak terfikir lagi nak kawin lah."

Khaira cebik bibir. Maklang geleng kepala.

"Dah, jangan cakap bukan bukan lagi. Kamu tu bagi laluan sikit. Abang Ray nak datang tu."

Maklang mengensot ke tepi. Kami pandang ke depan. Ray dengan gaya nan macho mampir ke arah ku. Allah! Bila mata bertentang mata versi sah ini buatkan aku rasa nak lari sejauh yang mungkin. Dia dah rupa rimau terlepas kandang. Macam nak terkam orang je.

" Assalamualaikum isteriku."

Ray dengan senyuman di bibir merenung tepat ke mata. Aku tunduk memandang lutut sendiri. Jemari ku mainkan. Tanda gementar. Suara yang lembut bercampur garau tu buatkan jantung aku hendak melorot dari tangkainya.

"Ray, hulur lah tangan tu. Dok main renung renung, dalam bilik nanti boleh sambung. Lebih dari renung pun tak apa"

Salah satu suara menyampuk di sebalik keriuhan suara yang lain. Ada yang bersiul nakal ada yang gelak geli hati dan aku makin malu serupa di panggang panggang. Panas punggung, peluh halus terasa mengalir di celah ketiak. Eh!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now