Bab 6

9.9K 399 6
                                    

Hai oulls macam mana setakat ini?.

Hopefully ok lah eh. Terima kasih untuk komen komen yang membina kalau ada. Jangan segan segan k.

___________________________________

Motor yang aku pandu laju mencilok di balik kereta yang bersesak sesak di jalanan. Jaket kulit yang aku pakai seakan di gengam kuat. Bahu di tepuk kuat. Motor aku perlahan kan sedikit. Cermin helmet di naikkan.

"Bawaklah slow sikit! Kita bukan nak pergi berlumba. Tak lari kemana balai polis tu pun."

Terjerit jerit suara Atalia cuba menyaingi bunyi bingit dari kenderaan yang lalu lalang. Maklumlah bandaraya mana pernah lenggang tambah lagi lunch hour. Bersusun susun semua dalam tujuan yang sama. Mengisi perut yang lapar.

" Iye, aku slow lah ni."

Aku belok ke lorong sebelah kanan. Guna jalan shortcut cepat sikit sampai. Depan sana terbentang besar balai polis Bangi. Ada betulnya juga cakap Atalia tu. Buat apa tergesa gesa kalau kejap je lagi nak sampai.

Motor ku pandu perlahan masuk ke dalam kawasan balai polis. ITu pun sesudah melaporkan diri pada pegawai polis yang bertugas kat pondok polis depan sana. Sampai di lot parking aku menggeliat seketika. Meregangkan segala urat dan tulang temulang. Lenguh sebenarnya bawak motor besar ni. Kena tertonggeng sepanjang masa. Sudahlah perut pun lapar. Belum di isi. Adeh.

Kami berjalan masuk ke dalam balai. Atalia melabuhkan punggung pada sofa yang di sediakan. Sementara aku melangkah perlahan ke arah kaunter. Kelihatan dua orang anggota polis perempuan muda senyum menyambut kedatangan aku.

"Assalamualaikum cik, silakan duduk. ada apa yang boleh saya bantu?"

Tuturnya ramah. Aku pandang name tag yang ada di bajunya. Aisyah namanya. Manis. Semanis orangnya. Asal angah cakap tak ada pegawai perempuan lawa lawa pun kat sini?

"Waalaikumsalam cik. Err, saya Maira Iris sepupu kepada inspektor Khairi. Dia ada tak? Saya cuba call tak dapat dapat pulak."

Dia senyum. Memandang aku yang kepanasan mengipas ngipas baju yang hampir lencun dek peluh.

"Oo sepupu inspektor Khairi. Dia ada tapi sekarang tengah ada briefing. Mungkin kejap lagi habislah tu. Apakata cik Maira tunggu dulu."

Aku pandang ke belakang memandang Atalia. Amboi enak gila menyandar. Kena tunggu pulak. Orang dah lapar ni.

" Yeke? Ala kena tunggu jugak ke? Tak boleh ke gegar sikit pintu bilik dia tu cakap sepupu kesayangan dia ni datang? Bukan apa cik, saya dari tadi kebulur ni. Belum makan."

Dialog meminta simpati. Handfone di tangan di tekan tekan kuat. Nama angah sekali lagi aku dail. Angkatlah, angkatlah.

" Maaf cik. Saya tak dapat nak buat macam tu. Sebab dia tengah sibuk berbincang dengan pegawai baru dalam tu. Cik sila tunggu sekejap."

Hendak tak hendak aku kena setuju juga. Dari bertelagah tak tentu pasal tak memasal aku tempah tempat tidur baru kat dalam lokap sana.

Kena ingat tau, selain hospital tak boleh kita buat bising. Balai polis pun sama.

Aku angguk sahaja dengan senyuman manis yang tak berapa nak iklas. Sambil berjalan ke arah sofa yang di sediakan. Aku duduk perlahan. Atalia dengan earphone di telinga menoleh sekejap, segera dicabutnya.

" Ada tak?"

Tanyanya teruja. Teruja nak tengok angah aku lah tu. Sebab sebelum ni dia selalu tertanya tanya macam mana rupanya inspektor Khairi tu. Aku angguk sekali. Tak ada mood sebenarnya. Lapar.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now