Bab 39

7K 266 14
                                    

"Sudah ke mana sistur?"

Angah melayang layangkan tangan dia ke muka aku. Tadi Atalia yang tanya aku kemana. Sekarang angah pulak. Kerja aku hari ini asyik mengelamun je. Aku lirik ke arah Atalia. Kelihatan dia sudah terlena dengan Airpod masih di telinga.

Paling penting dia lentok ke bahu angah. Sweet!
Dalam malu malu merenyam jugak minah ni.

Aku senyum sedikit sebelum handphone di dalam poket aku keluarkan dan aku ambil beberapa keping gambar mereka berdua. Angah pulak sporting je, pelbagai gaya dia hasilkan sehingga aku terkekeh kekeh ketawa geli hati.

Ok ada benda baru untuk aku bahan Atalia nanti.

Angah tunduk merenung wajah Atalia yang terlena di bahunya. Aku tahu dari pandangan itu, dia sangat menyayangi Atalia. Tapi biasalah orang lelaki. Ego melangit. Mana nak mengaku. Namun semalam sempat aku tengok sisi cemburu seorang lelaki yang bernama Khairil. Bukan main dia badmood bila Inspektor Azam kelihatan mesra dengan Atalia semalam. Itulah sombong lagi kan dah jeles.

"Angah sayang Atalia kan?"

Angah kelihatan tersentak. Dia pandang wajah lena Atalia sekilas sebelum memandang ke hadapan semula. Malu lah tu, aku pun dia dah tak nak pandang. Ala comel lah angah ni bila malu malu macam ni. Telinga capang tu merah manjah.

Aku ketawa kecil. Angah dah macam abang aku. Dari kecil sampai ke besar aku memang rapat dengannya. Semua pasal angah, kisah cinta dia dan segala keperitan dia aku rasai bersama. Aku pernah tengok dia bahagia dan aku pernah tengok dia merana. Dan itu bila kak ngah pergi.

"Angah.. Jawaplah."

Aku tolak bahu angah sedikit. Tak suka betul bila pertanyaan aku di biarkan senyap tak berjawap. Jangan sampai aku bangun pinjam mikrofon kapal terbang ni.

Angah pusing memandang aku. Dia keluh nafas berat. Tanya macam tu pun kemain mengeluh. Bukan tanya soalan spm pun.

"Tak tahulah. Tak tahu nak cakap macam mana."

Angah senyum. Tahu sangat jawapan dia tu sekadar jawapan main tarik tali dengan aku. Aku yang kegeraman segera menarik  lengan Atalia sehingga kepala Atalia jatuh ke atas bahu aku. Angah terkejut.

"Kalau angah tak suka dia, nanti Maira nak rekemenkan dia pada abang Azam. Mereka nampak sepadan. Single sama single. Hensem sama cantik. Uh, padanan yang sempurna."

Atalia yang sememangnya tidur persis beruang Koala tak terbangun walau sedikit pun bila aku tarik badan dia kuat melentok pada bahu aku. Malah lengan aku di tarik dan di peluk dia dengan mesra. Ingat aku bantal peluk ke apa?

Atalia tidur mati!

Angah tarik semula Atalia ke bahunya. Muka dia cemberut lain macam. Cemburu ler tu bila aku cakap nak rekemen kan Atalia pada abang Azam. Abang Azam tu dah jadi viral dalam senyap tau.

Pandangan dia semacam je bila Atalia berbual mesra dengan abang Azam.

" Mana boleh, Atalia angah punya. Maira Sebagai sepupu mana boleh rekemen kan buah hati sepupu kat orang lain sesuka hati macam tu."

Atalia yang di tarik kemudian lentok semula ke bahu angah. Lengan angah dia peluk kejap. Sah dia masih tak sedar. Kalau tak mustahil dia akan lentok dan peluk lengan angah macam tu. Mana nak sedar kan dah telinga dok menyumbat dengan earphone.

Angah senyum miang. Tersengih dia memandang lengan nya yang di peluk Atalia. Aku pulak yang naik geli.

Orang duda ni lain macam dia punya miang. Haha.

" Angah punya apanya, angah tak pinang tak ajak dia kahwin pun. Pastu angah selalu buat endah tak endah je dengan dia. Mood elok angah layan dia elok, bila mood meroyan angah layan nak tak nak je. Angah nak menopous agaknya."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now