Bab 20

9.1K 296 8
                                    

Aku tersenyum memandang pantulan wajah aku di cermin. Cukup Cantik dengan dress pengantin berwarna lilac yang kembang di bawahnya dengan perisian lace dan manik manik tabur yang mewah.

Aku tak tahu sebenarnya ini idea siapa. Mungkin maklang, takpun mama Atalia atau Atalia sendiri.

Ermm Ray? Mana lah ada masa untuk semua ni kot. Bayangkan dekat nak majlis pun dia masih sibuk dengan kerja.

Huh, kalau macam ni lah gayanya. Agak agak bila dah kawin nanti macam mana ye?

Bila aku tanya pasal perangai dia yang sangat workaholic tu.

Katanya sebelum cuti dia nak selesaikan dulu apa yang patut. Supaya dia dapat bercuti mengulit bini kat rumah dengan tenang hati.

Gulpppp!

Tertelan liur aku jadinya. Ray is sangat merenyam.

"Cantik."

Suara garau Ray kedengaran berbisik ke telinga aku. Mata tajam dia walaupun bukan memanah tepat ke mata tetap juga aku rasa tajamnya. Aku tertunduk menahan debar.

Mata itu..

Semakin lama semakin menawan pula aku rasakan.

"Kenapa awak masuk sini?"

Aku ramas ramas jari jemari sendiri. Uh, Ray ni bisa buatkan aku mati kelemasan. Lemas dengan nafas sendiri.

I need oxygen!

Ray senyum sejemput.

"Saja, masuk cek. Sebab kemain lama kau dok dalam ni. Ingatkan dah pengsan ke apa."

Mata dia masih utuh menatap mata aku di balik cermin.

"Mana ada lama. Memandai je awak ni."

Aku ketap bibir. Sambil mata aku celik luas padanya. Mengada.

Meletus kuat ketawa mahal dari bibir seksi Ray.

Yaa tohan!

Indahnya senyuman dia.

"Ermm.. Kau comel sangat Maira. Tak sabar rasanya nak jabat tangan tok kadi lusa. Selesai je nanti sesi ijab dan kabul tahulah kau nasib kau macam mana."

Dia senyum lagi. Kali ini dengan senyum yang penuh makna. Menggoda ada, amaran ada, nakal pun ada.

"Hey, suka cakap ayat geli geli. Dah lah keluar sana. Saya dah siap try ni. Awak pun dah tengok kan. Pakai lama lama kan basi pulak baju ni."

Aku pusing menghadap Ray. Dada tegak dia aku tolak. Biar dia keluar dari fitting room ni. Suka hati dia je masuk sini.

" Laa geli geli? Aku tak buat lagi dah rasa geli ke?"

Terbuntang bijik mata aku dengan kata kata nakal Ray. Apalagi meletus ketawa dari bibir penuh seksi tu.

"Ok, aku tunggu kat luar. Cepatkan sikit berangan angan tu. Kita nak ke tempat lain lagi."

Senyuman masih terukir di bibirnya.

"Iye, dah.. Shuhh... Keluar.. Saya pun nak keluar sama."

Ray aku tolak keluar dari bilik perasalinan ini. Makin di layan makin merenyam jadinya.

Dia yang kemas ber suit berwarna senada melangkah keluar dari bilik. Aku yang agak yakin Ray dah keluar terus berpusing semula menghadap cermin.

Lengan kanan cuba untuk menarik zip di atas belakang yang agak susah untuk di capai.

Sebabkan benda alah ni lah aku dok lama dalam ni. Dari tadi lagi dok memcuba nak tarik sampai ke atas. Masa Ray berdiri di belakang tadi entahkan dia nampak entahkan tidak.

Aduh! Malu...

Walau sudah hampir 2 hari lagi nak kawin, hukum dia menayangkan tubuh badan pada manusia ajnabi tetap di kira haram.

Biarpun aku masih lagi tak bertudung, tapi batas yang satu itu aku sangat sangat menjaganya.

"Kenapa tak cakap? Hermm.."

Suara garau serak serak basah itu berbisik lembut ke telinga aku. Sejak bila dia masuk semula aku pun tak tahu. Lama betul agaknya aku ni dok berkhayal. Sampaikan gerangan Ray masuk ke sini balik pun aku tak perasan.

Aku telan air liur. Mata kami bersabung pandang di balik cermin. Jari jemari kasarnya berada di belakang dress aku.

Nasib baik zip yang tersangkut itu hanya menampakkan ruang antara bahu ke tengkuk sahaja. Kalaulah dari pinggang ke atas, aku tak tahu mana aku mahu sorokkan muka ini.

"Caa.. Caaa.. Cakap apa?"

Tergagap gagap sudah. Mata masih lagi mengawasi tindak tanduk dia. Aku lihat mata dia tajam memandang ke tempat yang terdedah itu.

Janganlah kau macam macam Ray.

"Ni haa, zip kau terbukak. Tangan pendek kau tu tak sampai eh?"

Dia tarik zip yang terbuka itu sampai ke atas. Mata dia kembali memanah mata aku ke cermin.

Pendek dia cakap? Tinggi 164 cm ni masih pendek di mata dia? Maklum saja dia tu galah.

"Pendek pendek ni lah yang awak nak jadikan bini."

Aku jeling geram. Menyampah pulak tengok senyuman senget dia tu. Rasa nak tenyeh tenyeh.

"Ala ala, cepat sentap pulak semenjak nak kawin ni. Kau tahu tak Maira?"

Ray merapat lagi. Kali ini badan aku berlaga ke dadanya. Dia kembali berbisik.

"Aaaapaaaa... Boleh tak jauh sikit, yang dok berbisik dari tadi ni dah kenapa? Cakaplah elok elok."

Aku menganjak jarak ke tepi sedikit. Gila ke apa Ray ni. Makin seram pulak dengan dia yang makin lain macam sekarang.

Dia senyum.

"Aku suka tengok belakang kau. Seksi.. Tapi aku sabar kan hati mohon tunggu untuk lusa. Dah sampai lusa aku lauk laukkan kau."

Lauk? What the???

Aku telan liur yang rasanya dah kelat seperti tertelan sedozen ubat hospital.

Dia kembali tertawa sambil melangkah keluar. Sebelum tu sempat lagi dia kenyit mata ke arah ku.

Yaaaaa tohan.....

Aku makin takut pulak nak kawin.

Entah apa yang jadi dengan aku nanti. Betul betul di laukkan dia ke macam mana.



Kiki.. Siapa sangka yang sisi diri sebenar Ray Idhlan ni kuat merenyam. Sebab tu orang orang cakap, orang nampak diam dan tegas ni diaorang ada sifat tersembunyi.

Siapa setuju?

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now