Bab 48

7.9K 298 31
                                    

"Diam Irene.. Diam.."

Feroz palsu menjerkah aku kuat. Tangan kiri dia merentap tangan aku yang cuba membuka pintu kereta dari sebelah dalam.

"Feroz.. Or whatever your name is Please lepaskan I. You nak bawa I kemana ni?"

Aku cuba meronta ronta dan menarik kuat tangan yang berada di dalam gengaman dia. Ternyata usaha aku sia sia. Cengkaman dia sikit pun tak terbuka. Ketakutan mula menguasai diri aku. Abang Azam cakap dia ini penyamar. Tapi gaya dia dah serupa penjahat.

Tangan dia mengengam tangan aku Kemas dah serupa gari. Sebelah tangan lagi sibuk memulas streng kereta menuruni jalan yang mencuram di balik bukit.

"You nak cepat ke syurga ke? Boleh je. Teruskan lagi dengan meronta dan tak duduk diam. Kejap lagi kita tempah tiket sama sama di syurga."

Dia tersenyum sinis. Mata sesekali di jeling pada aku

Ini bukan seperti mana yang kami rancangkan. Semuanya jadi huru hara gara gara Ray Idhlan. Tak makan saman betul. Langsung tak ikut arahan.

Bayangkanlah semasa Farouk sedang khusyuk memberi ucapan bersejarahnya, Ray menerpa naik ke pentas. Tersenyum lebar bersebelahan Farouk. Terus tergagap gagap orang tua itu bila melihatkan Ray di sebelahnya.

"Mental ke apa Ray ni? Yang dia pergi naik atas sana buat apa? Memang saja cari nahas lah."

Angah mendengus geram. Dia tepuk meja dengan kuat. Hampir saja jantung aku melorot jatuh dengan hempukan kuat itu. Angah bangun dan berlari ke arah bawah dewan. Beberapa orang pengawal Farouk juga meluru ke depan pentas. Berdiri dengan pistol masing masing.

Suasana dewan kembali gamat. Para tetamu kelihatan menghindarkan diri dari kawasan pentas. Ada yang mula melarikan diri keluar dari dewan.

Aku tepuk dahi. Apalah yang Ray fikirkan sebenarnya. Takkan dia tak tahu, sebagai anggota polis dia tak boleh bertindak secara melulu macam ini. Nampaknya otak dia bertambah biul selepas kemalangan itu.

Kawasan dewan kini hanya tinggal pasukan kami, Ray dan orang orang suruhan Farouk selepas tetamu yang ada berlari keluar dari dewan.

"Celaka..."

Feroz menempik dari bawah pentas. Dia pantas meluru naik ke atas pentas. Bagus betul lakonan dia. Sebijik macam Feroz yang asli.

"Aaaa.. Aaa... Jangan cerdik sangat Feroz ku tersayang.."

Ray berjalan mengelilingi Farouk. Sebilah pisau rambo yang tajam berkilauan dia lalukan pada badan Farouk.

Feroz diam. Kembali berdiri di tempatnya semula. Tak berniat untuk meneruskan lagi langkah bila di tegah Ray sebegitu.

" Ermmm.. Baik kau undur ke bawah semula sepupu ku tersayang. Dan kau semua letak pistol ke bawah."

Ray pandang tajam kepada Feroz. Mengisyaratkan agar orang suruhan dia meletakkan pistol ke bawah. Feroz mendengus geram. Mata dia lirikan pada orang orang suruhan dia. Mereka akur dan mula meletakkan pistol masing masing ke atas lantai.

Sebelum dia memandang tajam ke arah aku dan angah.

"Dan korang juga.."

Dia senyum sinis kepada aku.

"Jangan cuba buat nak buat tindakan bodoh. Kalau korang nakkan dia hidup hidup."

Apa nampak sangat ke aku ni suka buat tindakan melulu? Saja je dia nak flashback cerita zaman dulu.
Angah mengangguk faham bila Ray menunjuk padanya. Pistol yang tersisip di kaki dia letakkan ke bawah.

"No Ray.. Jangan serahkan aku pada polis.. Baik kau bunuh je uncle sekarang.. Uncle tak mahu."

Farouk menggeletar. Ego setinggi langit. Rela kena bunuh dari di serahkan kepada pihak berkuasa? Ada juga orang macam ini.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now