Bab 15

9K 338 4
                                    

Di sebabkan geram yang melampau lampau masa hari tunang 4 hari yang lepas, aku buat endah tak endah je dengan Ray. Bagi dia rasa sebab suka sangat buat keputusan ikut kepala otak tanpa bincang dulu dengan aku.

Kalau ingat balik hari tu aku rasa nak tanam hidup hidup badan ni dalam tanah. Malu gila kot bila berhadapan dengan orang ramai. Bayangkan part sarung cincin semua pakat dok menyakat aku.

"Ehem ehem Maira, sukalah kan?"

Atalia senyum nakal. Yang lain ada yang senyum, gelak gelak pun ada. Meruap muka aku panas. Darah malu berkumpul ke muka.

"Apa? Suka apa?"

Aku berlagak sesopan mungkin. Kalau ikutkan rasa Atalia ni mungkin dah kena smack down tahap petala dewa dah tu.

Ma Ray duduk rapat di sebelah aku. Aku bersalam cium tangan dia. Dang dang lagi kamera masing masing dok merakam momen kami.

" Alhamdulillah, selamat menjalani fasa baru tau. Terima kasih sebab sudi terima Ray kembali lepas apa yang dah jadi."

Ma Ray gengam erat tangan aku. Mata dia berkaca kaca. Sedikit sebanyak aku rasa terharu. Air mata sendiri pun rasa bergenang sama.

"Ma, jangan cakap macam tu. Maira yang patut bersyukur sebab Ray masih ada perasaan pada Maira. Padahal dia boleh je cari lain lepas kami putus."

Setitik air mata aku jatuh membasahi pipi. Entah kenapa aku rasa sebak. Teringatkan arwah abah dan mama. Alangkah indahnya kalau diaorang ada sama. Tentu mereka berbahagia sama macam aku.

" Eh, kenapa nangis ni. Janganlah, nanti comot makeup ni."

Ma Ray seka airmata aku. Aku lap dengan tisu di tangan.

"Entah kenapa rasa sebak je, teringatkan arwah abah dengan mama. Kalaulah mereka ada.."

Aku pandang muka Ma Ray. Dia senyum segaris. Manis sekali sebelum di tarik badan aku dalam pelukannya.

"Yang dah pergi tu biarkan pergi, kita yang hidup ni jangan lalai untuk sedekah kan al- fatihah buat mereka tau. Dah jangan sedih sedih, sekarang Maira ada kami sebagai keluarga Maira. Selain maklang sekeluarga."

Aku senyum sambil membalas pelukan dia. Rasa nyaman seperti dalam pelukan mama sendiri.

" Siap doh ko sarung cincin tu, Ray dok nunggu bowoh nuh. Yo oyak nok ajok tunang yo teman make."

Kakak ketiga Ray muncul di balik pintu sambil geleng kepala. Pening melayan kerenah adik bongsu mungkin. Kami gelak beramai ramai. Ray, Ray kau buat hal lagi.

" Holah nak sarung dohlah ni. Hai bakpo yaa jadi gitu anok bongsu ma tu. Gelojoh."

Masing masing sambung gelak lagi. Aku hanya senyum sahaja. Tak pasti nak tumpang gelak sama atau macam mana. Ma Ray bukak kotak baldu cincin. Di bawanya cincin pilihan aku dengan Ray tempoh hari dan di sarung ke jari manis aku.

Bergetar hebat perasaan aku tak dapat nak di gambarkan. Allahu, aku dah jadi tunang orang.

"Maira, selamat bertunang sayang."

Ma Ray cium kedua dua belah pipi aku. Lensa kamera masih menghala ke arah kami.

"Pasal Ray tu ma mintak maaf tau, dok tahu bakpo ya jadi gitu."

Aku pandang raut muka ma Ray. Sebelum aku gengam kuat tangan dia.

"Ma, terima kasih banyak banyak."

Dia kerut kening. Mata ku di tenung dalam.

"Eh kenapa pulak ber terima kasih bagai."

Aku senyum sambil geleng kepala perlahan.

___________________________________

Aku jeling Ray yang tengah melahap nasi dengan lauk yang menimbun. Gaya macam tak makan sebulan. Sampaikan aku pun terliur sama nak makan.

" Asal tengok macam tak puas hati ni? Nak aku suap ke?"

Dia sambung balik makan. Sesekali mata dia memanah tajam pada muka aku.

"Tak adanya nak bersuap makan dengan awak."

Dia ketawa lepas. Mujurlah masih bersopan. Kalau aku ketawa macam tu bersembur nasi macam guna mesin popcorn. Tapi Ray ni mentekedarah macam mana pun dia tetap macho. I like.

"Sekarang memanglah tak nak, tunggu nanti kawin. Silap silap nak makan nasi pun nak beriba."

Ray naikkan kening kanan dia. Nakal betul raut wajah dia pun.

"Euwww, tak nak. Haa, jangan nak kuning sangat otak tu."

Aku cubit geram bahu dia. Dia ketawa lagi. Aduhai Ray ni. Makin hari makin hensem. Berderau darah aku.

"Kau tu yang kuning. Aku tak."

Aku jengilkan mata. Dia buat derk. Ray bangun sambil bawa pinggan polestrin ke tong sampah dapur. Selepas tu dia ke sinki. Aku pandang saja gerak geri dia.

Belakang badan yang sado, tangan yang kekar, muka yang hensem, tuan yang tinggi lampai. Adeh, kau buat aku jatuh cinta lagi dan lagi.

Ray tiba tiba pusing mengejut. Tanjat labu betis kakak. Eh.

"Done checking me up?"

Zappp, darah menyerbu naik ke muka. Aku tunduk pandang cincin tunang di jari. Ray menapak ke meja dan duduk semula di kerusi menghadap aku.

Air sunquick aku di sambarnya.

"Eh, tu air saya. Bekas saya minum lagi tu."

Aku cuba capai balik semula gelas air di tangannya. Tapi di tepisnya tangan aku lembut.

"Jangan kedekut sayang, nanti dah nak kawin. Kena lah belajar kongsi menkongsi."

Aku cebik bibir. Menyampah. Ray minum air dari bekas bibir aku. Matanya nakal menikam muka aku. Bergetar naluri perempuan aku. Seakan bibir seksi tu melekat sama ke bibir aku.

"Kenapa blushing sangat ni?"

Aku sentuh kedua belah pipi. Yeke blushing?

"Ma mana ada blushing."

Dia tongkat dagu dengan kedua dua tangan gagahnya.

"Kalau teringin pun janganlah tunjuk sangat. Sabar. Sebulan je lagi."

Aku pusing pusing hujung baju. Ray ni tak habis habis nak menyakat aku.

"Tak rasa cepat ke sebulan lagi tu?"

Ray keluh perlahan.

"Kalau ikutkan hati aku tak nak tunggu sebulan. Hari ini jugak aku ajak kau kawin."

Aku gigit bibir bawah. Ray ni tak menyempat nyempat.

"Gelojoh."

Dia ketawa. Hari ini dah berapa puluh kali Ray ketawa macam tu. Bahagia sangat rupanya. Aku akur yabg aku juga merasakan benda yang sama.

"Ha, memang gelojoh pun. Ni kalau dah sah aku gigit gigit bibir kuat melawan tu."

Melopong luas mulut aku. Ray ni dah makin parah.

"Pervert. Ray ni gatal miang. Ee tak nak layan lah. Malas layan. Duduk lah sorang sorang. Keluar dulu."

Aku bangun dari kerusi dengan niat mahu cepat keluar dari dapur. Baru 2 3 langkah kaki aku melintasi dia, tangan kanan aku terasa di paut erat. Terpusing aku di buatnya. Ray rapat ke arah ku. Mata kami bertentangan. Jarak kami hanya beberapa meter sahaja.

"Kita kawin ye bulan depan?"

Bergetar suara Ray menuturkan nya. Aku yang kelu seribu bahasa hanya senyum sahaja. Ray yang seakan tertunggu tunggu jawapan keramat dari aku mula mengengam erat jemari aku.

"Iye, kita kawin."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now