Bab 10

11.5K 336 1
                                    

Dek kerana sikap Ray yang tak terjangka reaksi nya itu aku jatuh pengsan tempoh hari. Gila tak malu pengsan sebab kena lamar dalam kawasan balai polis.

Tersedar je dari pengsan 3 ketul manusia tu elok tersongeh songeh kerang busuk. Angah senyum mengejek, Atalia muka nan teruja dan Ray dengan senyum yang paling manis pernah aku lihat seumur hidup.

Tapi tak perlu tunggu lama pun untuk moment macam tu. Selang 2 3 minit lepas tu masing masing bantai gelakkan aku. Ciskek betul.

"Maira, kau ok?"

Ray gengam tangan aku lembut. Senyuman masih tersisa di bibir.

"Ok je, normal. Macam biasa."

Aku paling wajah ke sebelah kiri. Malu nak bertatapan. Rasa muka ni pun dah kaler merah dah. Aku pandang sekeliling bilik. Ada 2 buah katil bujang di tempatkan di sini. Meja kopi dan cerek elektrik pun ada juga di sediakan. Tak silap lagi ni mungkin bilik rehat untuk orang yang tak sihat.

Angah berdehem.

"Kot ye pun dok menyulam cinta agak agaklah nak bermesra mesra. Tunggu kawin nak pegang pegang tangan sampai buku lali pun takpe."

Aku jeling kat angah. Ray lepaskan gengaman tangan kami. Dia menyandar pada kerusi dengan melipat kaki kanan ke peha sebelah kaki
kiri. Macho gila.

Menggeletar jantung aku.

" Angah, pervert lah."

Bertambah tambah blushing muka aku bila tak segan silu nya angah bercakap depan kami. Atalia tunduk malu. Ray masih dengan muka selamba dia.

"What, betul apa. Ingat, batasan tu kena jaga jugak. Maira kena tahu orang tua ni dia eksited lain macam sikit bila nak kawin."

Tergelak aku dengan kata kata angah. Ray tu tak adalah tua sangat sebenarnya. Sebaya angah je. Jarak kami dalam 9 tahun tak silap. Aku 21 tahun, angah dan Ray dah 30 tahun.

Aku masih remaja diaorang pulak dah dewasa. Nanti bila aku yang dewasa diaorang dah tua kertu. Ahaks.

"Mengata aku. Yang kau tu tak tua?"

Ray gosok rambut dia ke belakang. Kepalanya tersandar ke kepala kerusi. Tubuh tegap dan tinggi dengan kaki tu sampai ke bawah katil lah jadinya. Aku tengok muka Ray, muka tak cukup tidur. Baru balik operasi lah tu.

"Ermm, dah pukul berapa ni? Macam dah lama sangat dah dok sini. Nak balik rehat kat rumah pulak."

Aku turunkan kaki berjuntai ke bawah katil dan menghadap rapat ke arah Ray. Dia betulkan duduknya dan membongkok padaku. Tangannya di gengam bersama.

"Balik? Dah ok ke yang nak balik ni? Kan baru lepas pengsan tadi."

Mukanya nampak risau. Aku senyum sahaja.

"Apa yang tak ok nya? Tengok sekarang, segar bugar je ni. Tadi tu pengsan kes terkejut. Korang semua ni suka sangat bergurau. Gurau buat orang kus semangat."

Aku pandang muka mereka semua. Saja buat buat tak faham. Kang kalau aku buat muka teruja bila kena lamar dek Ray tadi nampak sangat yang aku ni beria gila.

Ray kerut kening.

" Apanya gurau. Serius lah. Aku nak ajak kau tunang. ASAP."

Mukanya serius. Tiada lagi senyuman sejemput. Hanya mata helang tajam yang menikam. Aku telan liur. Biar betik?

"Eh, bukan gurau eh? So betul betul ke ni?"

Aku tergagap gagap. Kepala aku garu perlahan. Itulah style aku bila gelisah tak tentu pasal. Ray senyum. Tangan dia di labukan atas telapak tangan aku. Di gengam lagi.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now