Bab 3

13.5K 424 28
                                    

Mohon abaikan tau kalau ada typo ye, maklum sajalah jari gemuk. Opsss. Terima kasih sudi baca.

___________________________________

Akhirnya sampai juga ke Bumi Serambi Kaabah ni. Aku selalu sangat dengar orang orang cakap yang Kelantan ni 'Bumi Serambi Kaabah'. Mulanya aku pun hairan, kenapa ada gelaran sebegitu.

Bila dah sampai sini barulah faham. Agaknya mungkin Kelantan ni agak terkenal dengan para ilmuwan agama, tahfiz tahfiz yang dekat di hati rakyat.

Bayangkan kecik kecik pun dah di hantar ke pondok tahfiz. Ada tu siap dah boleh hafaz 30 juzuk Al Quran pada umur yang masih muda.

Sungguh aku bangga dengan bumi Kelantan ni. Bangga dapat jejakkan kaki. Bangga sebab pernah menyintai orang dari bumi ini. Cuma takdir sahaja yang tak menyatukan kami.

Entah kemana dia agaknya. Aku dah kau lupakan ke?

Cuma itu tak bermakna aku tak sayangkan negeri kelahiran aku Perak nun, apatah lagi negeri tempat aku menuntut ilmu tang Selangor nun. Duduk di mana mana pun tak apa. Asal semuanya Malaysia. Negara yang masih aman.

Amboi, jiwa patriotik pula.

Aku jenguk lorong yang di masuki kereta Atalia. Kawasan kampung yang cukup mendamaikan. Ada anak anak kecil bermain berkejaran sesama mereka. Siap main baling selipar.

Yang ini dah jarang nak jumpa. Budak budak sekarang kalau main tahu main game je. Tak handphone mesti kat laptop dan PC. Berapa kerat sangat lah yang nak main aktiviti sihat macam ni.

Kadang kadang aku rasa, aku nak kembali ke zaman kanak kanak dulu. Nak rasa semula best nya hidup zaman dulu. Ada gajet tapi tak semoden sekarang. Kami lebih ada masa untuk buat aktiviti yang bermanfaat.

Aku mengeluh perlahan sebelum mencuri pandang ke luar semula.

Di depan sana kelihatan ada pantai dengan pasir yang memutih. Dah macam hamparan salji di kaki pantai. Cantik sangat. Nanti aku nak pergi ambik gambar banyak banyak kat situ. Dan semestinya Atalia yang akan jadi photographer tanpa upah aku. K. Dah rangka aktiviti ni. Kikiki.

Angin yang bertiup pula segar sangat rasanya. Bau air laut dengan ombak yang lembut mencecah pantai membuatkan aku berasa 'hidup'.

Pokok pokok kelapa pulak bagaikan melambai lambai kedatangan kami. Aku rasa macam nak duduk lama lama lah kat sini. Balik KL nanti entah bila nak rasa macam ni lagi.

Atalia aku lihat senyum simpul. Mungkin geli hati tengok gelagat kawannya yang seperti anak kecil belum pernah jejakkan kaki ke kampung.

Bukan belum pernah. Cuma dah lama tak merasai suasana sebegini. Dulu arwah abah dan mama selalu juga bawak kami ke kampung halaman mereka.

Kampung abah pun dekat dengan pantai macam ni jugak. Senang cerita rumah nenek berapa meter sahaja dengan pantai. Jalan kaki pun tak sempat rasa lenguh dah sampai.

Tapi semenjak mereka tiada, aku dah tak berani nak balik kampung. Aku takut aku tak kuat. Aku takut rebah dan menangis lagi. Sebab sakitnya tu hanya Alllah yang tahu sakitnya kehilangan keluarga tersayang.

"Dah, tak payah sangat tersengeh macam beruk gigit bunga. Nampak macam kau tu jakun sangat tau. Campakkan sikit jakun kau tu."

Peduli aku kalau dia cakap jakun pun. Yang pasti aku suka.

"Eleh, dengki. Bestlah kampung kau ni, patutnya dari dulu lagi aku ikut kau balik kampung. Lain kali ajak lagi ok?"

Atalia membelok keretanya ke simpang sebelah kanan. Seolah olah mencari sesuatu atau tempat untuk parking. Nak berhenti kat sini ke?

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now