Bab 34

7.9K 283 12
                                    

" Perlu ke pergi sana?"

Aku berdiri di belakang Ray yang tengah menyikat rambut menghadap cermin meja solek. Dia tenung aku lama. Walau tak bertentang mata ke mata, hanya biasan imej di dalam cermin aku tetap merasa getarnya.

Ray pusing badan. Dahi aku dia kucup. Jemari aku dia gengam.

"Kita kan dah bincang semalam. Aku pergi untuk kerja kan. Kau pun tahu tu."

Airmata mula jatuh setitik di pipi. Ray mengeluh berat. Dia tunduk mengucup pipi yang basah dengan airmata. Menerbitkan rasa romantis di dalam diri. Aku gigit bibir sendiri agar esakan tidak meletus.

" Sayang, jangan macam ni. Kau buat aku susah hati. Aku pergi untuk misi. Bukan main main. Atau bercuti."

Aku diam. Membiarkan saja dia menyeka airmata ini oleh tangan kasarnya. Entah bila lagi aku dapat merasa sentuhan itu. Sebab aku yakin, yang perginya dia ini bukan sekejap. Tapi berbulan bulan lamanya.

"Iye.. Tahu.. Tapi sana jauh.. Macam mana kalau saya rindu? Macam mana kalau jadi apa apa dengan awak, mana saya nak cari? Please Ray. Don't go."

Aku raih dia ke dalam dakapan aku. Kini esakan dan tangisan aku bergabung. Dia peluk aku. Tapak tangan dia mengusap ngusap belakang badan aku. Lembut dan hangat.

" Sayang jangan macam ni. Aku terpaksa sayang. Macam ni, aku akan call selalu. Kita video call, facetime atau apa apa sahaja medium perhubungan yang ada. Kalau boleh pakai burung merpati sebagai utusan, aku akan buat macam tu. Jangan risau walau jauh kita tetap akan sentiasa berhubungan. Just please, stop crying."

Tubuh aku dia tolak membawa aku untuk memandang tepat ke matanya.

" Pakai burung merpati belum sempat burung tu terbang keluar dari negara Turki lagi dah kena langgar dengan kapal terbang."

Aku julingkan mata ke atas. Sempat lagi dia nak melawak. Orang serius kemain. Dia ketawa kecil.

"Kan. Buang tepi lah medium perantaraan burung tu. Janji dengan aku. Jangan nangis lagi. Aku juga janji akan balik ke pangkuan kau dengan selamat. Aku janji."

Tapak tangan dia buka seolah olah sedang mengangkat sumpah. Aku yang masih nak nangis tak mampu nak sembunyikan senyuman. Sampailah aku ketawa perlahan dengan kelatah dia. Comel walau dah tua bangka.

Aku tarik kepala dia mendekati aku. Hidung menyentuh hidung. Dahi bertemu dahi.

"Ye, saya janji. Awak pun Janji dengan saya, Balik nanti dengan selamat. Saya tunggu awak. Ingat call saya setiap masa. Bagitahu keadaan awak kat sana. Kalau awak tak contact saya dalam masa 2 bulan ke atas saya sendiri akan ke sana cari awak."

Ray celikkan matanya. Terkejut barangkali dengan kata kata aku.

" Tak adalah. Saya bergurau je."

Aku cuit hidung mancung dia. Terlihat wajah kelegaan di muka Ray. Tapi aku tak maksudkan yang kata kata aku tadi gurauan semata mata. Jika Ray betul betul tidak menghubungi aku selama tempoh yang aku rasa agak lama. Aku sendiri akan pergi ke sana. Aku akan cari dia. Walau aku sendiri pun tak tahu kemana. Eh apa susah, angah kan ada. Aku akan pastikan angah buka mulutnya yang selalu berahsia pasal Ray tu pada aku.

Ye. Aku nekad dan tekad. Lagipun boleh juga aku bercuti ke sana. Teringin untuk tengok belon udara panas yang berwarna warni di Cappadocia.

'Yeahh, Cappadocia I'm coming'

"Yang tersenyum senyum sesorang ni kenapa? Maira, jangan nak plan apa apa."

Aku senyum dengan kata kata dia. Macam tahu tahu je. Hahaaa...

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now