Bab 55

6.3K 317 27
                                    

"Please.. I'm begging.. Please save my husband.. Please!"

Aku terjatuh melutut ke atas lantai hospital. Airmata mengalir laju persis air terjun. Tanpa henti dan terusan mengalir. Hati aku pecah berderai.

"Sure, we will do our best. Excuse us!"

Salah seorang doktor lelaki menyentuh bahu aku perlahan. Dia mula menapak pergi bersama katil yang menyorong badan Ray ke dalam bilik 'Operation theater'.

"Maira! Bangun.. Jangan duduk sini."

Atalia menarik badan aku supaya bangun dari terus duduk di bawah. Aku dengan esakan yang tak berhenti mula bangun perlahan lahan dengan bantuan Atalia. Lemah terasa kedua dua lutut aku bila melihatkan Ray yang berdarah sini sana. Mata orang yang lalu lalang di hadapan aku memandang pelik.

Geram sahaja aku nak melaung berkata pada mereka yang suami aku sedang berjuang nyawa. Dia di tembak. Satu peluru menyusup ke bahu kanan Ray. Satu lagi pula terbenam ke kaki kiri dia. Dan satu lagi hampir mengena antara dada dan perutnya.

Seakan masih terngiang ngiang jeritan Ray yang memeluk tubuh aku. Aku mula nya ingin menyelamatkan Ray dari terkena tembakan, namun Ray lagi pantas memusingkan badannya dan aku terlindung ke dalam pelukan dia. Dulu hingga sekarang dia tak pernah tak berusaha untuk sentiasa menjadi penyelamat aku.

"Ray.. No!"

Aku menjerit sekuat hati. Aku mengigil kerana aku tahu yang dia yang terkena tembakan. Tubuh dia yang kaku memeluk, aku tolak sedikit. Melirik pandangan pada wajahnya yang sedang terkerut sakit. Mata kami berlaga. Senyuman manis dia hadiahkan buat aku. Kucupan lembut terasa menyentuh dahi aku.

"Maira... Kesayangan abang.."

"Mana mungkin abang biarkan Maira yang merasa sakit. Maira buat abang rasa.. Bu.. Bukan.. Lelaki je sebab Maira yang meluru untuk selamatkan abang..."

Kemudian Ray terus jatuh melutut. Darah dia membuak buak keluar. Aku pandang baju pada hujung bahu Ray, penuh dengan kesan darah. Dan aku menarik dia ke ribaan aku. Membaringkan dia. Membelai rambutnya.

"Ray... Buka mata. Abang, please.. Tengok Maira. Abang kena bertahan. Kita dah selamat.."

Airmata aku merembas keluar. Aku pandang auntie Laila yang sedang di berkas oleh polis yang menyerbu. Sakit hati aku melihatkan auntie Laila. Sedikit pun dalam hati dia tak ada rasa kasih sayang. Demi harta dan dendam dia sanggup melakukan apa sahaja.

Aku tak sangka yang dia akan mengamuk sebegini. Apa tidaknya baba yang dia sangkakan masih ada dalam gengaman dia rupanya sudah tiada.

Angah berlari ke arah kami.

"Ray, stay with us. Jangan tutup mata. Ambulans dah nak sampai."

Angah gengam tangan Ray di sebelah. Muka dia di hiasi dengan kesan luka dan berdarah pada hujung bibirnya. Hasil dia bergasak dengan konco konco auntie Laila. Abang Azam, Zaid dan Irfan menghampiri kami. Ray senyum sambil memandang ke arah kami semua.

"Kawan kawan aku... Terima kasih sebab datang selamat kan kami. Walaupun agak lambat.."

Ray senyum. Mata dia nampak sudah mahu..

"Abang.. Buka mata.. Jangan tutup.. Jangan buat Maira takut.."

Aku menangis lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Segala benda dalam kepala otak aku berlegar legar. Aku dengan fikiran negatif. Macam mana kalau Ray tutup mata dan aku.. Aku.. Kehilangan dia? Tak.. Aku tak nak..

Tangan Ray yang berdarah dia sentuh pipi aku. Mengusap dengan penuh kasih sayang. Sesekali dia senyum walau dalam serba kepayahan.

"Maira tetap kesayangan abang walau pun nyawa abang terpisah dari... Ja.. Ja.. Sad.."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now