Bab 54

6.5K 324 22
                                    

Aku senyum sinis ke arah wanita hampir sebaya maklang yang berjalan perlahan ke arah aku. Dia senyum. Walau senyuman dia lansung tak sampai ke mata. Dasar hipokrit! Plastik! Drama queen! Or should I say women with a mentall illness.

Apa guna orang sebegitu hebat macam dia untuk aku sanjung dan hormatkan bila ternyata dia adalah wanita yang tak guna. Memporak perandakan hidup orang sesuka hati. Bagaikan nyawa manusia itu tiada nilainya. Hanya demi cinta dan harta? Uh!

Ini bukan cinta tapi obsesi!

"Auntie Laila.. Makcik kesayangan.."

Ray yang terikat sama di sebelah memandang tajam ke arahnya. Dapat aku lihat biasan amarah yang tersimpan di dalam mata helangnya. Darah merah yang mengering pada dahinya pula aku pandang sayu. Sedih..

Walau Ray yang sakit tetapi aku juga rasa sakit tu.

Aku gengam hujung jari tangan Ray yang terikat sama pada tangan aku . Aku ingin dia tahu walau apa pun yang jadi dia tetap ada aku. Ray balas dengan mengengam hujung jari aku.

Keadaan kami yang di ikat pada badan masing masing memang menyukarkan aku mahupun dia untuk melepaskan diri. Penat meronta dia akan menyandar pada belakang tubuh aku. Sama juga dengan aku. Kadang kadang kami terlelap dengan keadaan begitu.

"Oh Ray.. Apa yang jadi ni? Apa yang mereka buatkan pada anak sepupu kesayangan auntie ni."

Auntie Laila tekup kedua tangannya ke mulut. Jelas sekali mimik mukanya yang penuh dengan lakonan. Aku mengetap bibir geram. Dia duduk berhadapan dengan Ray. Rapat dan tangan kanannya menyentuh pipi Ray.

Dia kalau berlakon drama kat Malaysia confirm dia menang anugerah pelakon wanita paling hebat. Sedikit pun tak kaku.

Ray berdecit marah. Aku tahu dia tidak suka akan sentuhan wanita itu. Dia meronta ronta kuat. Ingin di terkamnya auntie Laila di depan mata. Aku yang melihat dari hujung mata pun terasa geramnya. Inikan pula Ray yang duduk menghadapnya.

"Jangan sentuh aku perempuan tak guna!"

Ray menjerit kuat. Bergema ruangan gudang lama itu dengan suara jeritannya. Gudang lama yang di jadikan tempat mengurung kami ini memang sudah lama terbiar. Dengan habuk yang memenuhi kawasan, sarang labah labah bergantungan dan di tambah pula dengan dinding dinding yang sudah pecah sana sini memang tiada siapa pun akan menyangka yang kami berdua berada di sini.

Aku pun tak saangka yang orang orang upahan auntie Laila sangat cekap orangnya. Sesudah kejadian aku dan Reza menghentam mereka di kawasan parkir hotel, kami di kejar pula oleh sebuah kereta Toyota berwarna hitam model lama sebaik sahaja keluar dari hotel.

Aksi kejar mengejar dan tembak menembak masih segar di ingatan walaupun ianya sudah berlalu hampir 2 hari. Paling aku tak sangka ialah Ferhan, orang kepercayaan Reza rupanya musuh dalam selimut. Dia pembelot. Dia lah yang mmemerangkap kami sehingga aku di tangkap oleh orang upahan auntie Laila.

"Reza!!!"

Aku menjerit kuat. Aku cuba melepaskan diri dari cengkaman tangan Ferhan. Tapi ternyata Ferhan lagi gagah. Tenaga lelaki dengan perempuan ibarat bumi dan langit. Jauh berbeza. Tangan aku sakit dalam cengkaman dia.

"Sanggup kau buat macam ni Ferhan? After what he did to you."

Aku menjerit marah. Airmata aku laju menuruni pipi. Aku dah anggap Reza macam abang yang tak pernah aku ada. Dan memandang abang aku yang di pukul bertalu talu oleh orang orang jahat itu membuatkan aku merasa sakit juga.

Ferhan senyum sinis. Tangan dia menarik aku rapat padanya.

"Sampai hati? Ye, aku memang sangat sangat sampai hati. Apa yang dia dah buat pada aku kalau kau tahu sangat? Dia tak pernah buat apa apa pun kepada aku, melainkan aku yang selalu jadi kuli batak dia."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now