Bab 40

7.5K 269 16
                                    

Kami sampai ke Sabiha Gocken International Airport, Turki. Aku mengeliat kecil di depan pintu keluar Airport. Gila lenguh seluruh sendi dan urat belikat. Berbelas jam dalam kapal terbang dan hanya duduk sahaja ingat best ke?

Aku dan Atalia hanya berdiri memandang ke arah angah, inspektor Azam dan Zaid memasukkan barang kedalam bonet kereta. Kan dah cakap senang sangat bila bawa orang yang dah mahir dan punya sanak saudara mara kat sini. Kami hanya perlu releks sahaja.

Nasib baiklah Airin faham. Trip berjalan yang aku tempah di bawah travel agency dia bersama Atalia kami tunda dahulu. Sampai urusan kami selesai aku akan menghubungi dia semula. Katanya dia akan ada lama kat Turki ini. Jadi trip 6 hari kami di sini boleh di lakukan nanti.

"Assalamualaikum, hai. Saya Gina. Sepupu Azam."

Wanita bertudung bawal corak bunga bunga menegur aku dan Atalia ramah. Di sebelahnya kelihatan ada seorang lelaki yang sedang bersalaman dengan angah. Mukanya macam rupa orang kebanyakan di sini. Mungkin suami Gina warga tempatan. Inspektor Azam ada memberitahu aku yang Gina sepupunya sudah lama kawin dengan seorang lelaki warga Turki.

"Waalaikumsalam. Hai Gina. Saya Maira dan ini Atalia. Bestnya abang Azam ada sepupu. Boleh lah dapat travel selalu kat sini."

Aku sambut huluran tangan dia. Kami bersalaman dan berpelukan sekejap. Jujurnya aku senang hati dengan Gina. Dia ramah dan cantik.

" Bolehlah Maira. Orang kata hujan emas di negara orang , hujan batu di negara sendiri. Yang batu itu jugalah yang kita rindukan. Ok, kenalkan ini suami saya Farhan. Dia warga Turki."

Aku senyum dan mengangguk kecil bila Farhan menghampiri kami. Gina yang cantik dengan Farhan berupa macam model model peragaan yang ada di majalah Turki memang nampak sepadan sangat. Sempat lagi tau aku belek majalah tadi semasa dalam kapal terbang. Hik. Hik..
Cuci mata. Walau sepatah haram tulisan dia yang aku tak faham. Tapi dah rupa model model tu hensem, aku layankan sahaja. Patut pun Ray aku tu hensem namatey. Mengikut gen baba dia warga Turki sini.

"Macam tu jomlah kita bergerak sekarang. Korang semua mesti dah penat kan. Berjam jam dalam flight. Jom masuk."

Farhan pandang kami semua. Wah, tak sangka dia bercakap dalam bahasa melayu dengan fasih sekali. Tak ada bunyi pelat langsung. Rasa teruja pula bila orang luar bercakap bahasa negara sendiri. Sedangkan kami orang Malaysia pun kadang kadang berlagak tak nak cakap bahasa sendiri. Lebih memilih untuk rojakkan bahasa dengan cakap omputih. Tak kata kat orang, sebab diri sendiri pun macam tu. Haha.

Farhan mengambil tempat memandu, di ikuti inspektor Azam duduk di sebelahnya. Inspektor Zaid duduk di kerusi belakang bersama angah. Dan aku, Atalia serta Gina duduk di kerusi paling belakang. Untunglah naik mpv. Ruangnya luas dan selesa.

"Gina dah lama ke duduk sini?"

Aku duduk di tengah tengah di apit oleh Atalia di sebelah tingkap dan Gina di sebelah pintu susur keluar.

"Lama tu tak adalah lama sangat. Adalah dalam lima tahun."

Tak lama ke lima tahun tu? Macam mana lah dia boleh berjauhan dari tanah air sendiri.

"Lama tu. Tak rindu sambal belacan Malaysia?"

Atalia menyampuk perbualan kami. Gina di tepi tergelak kecil. Orang Malaysia. Campaklah kemana saja pun sambal belacan juga benda wajib di sebut sebut. Oh kecur liur.

"Rindulah juga. Tapi Gina selalu buat sendiri je. Bahan bahan macam belacan Gina order dari Malaysia. Dapat sikit pun dah ok. Dari tak ada langsung."

Yelah, bahan bahan berbau selalunya di larang untuk di bawa naik ke atas kapal terbang. Buatnya pecah atau berbau tak ke pening satu kapal terbang dengan bauan belacan. Tapi sekarang apa ada hal. Makanan Malaysia dah ada inovasi. Bahan bahan macam belacan pun dah ada dalam bentuk packaging yang sesuai untuk di bawa naik atas kapal terbang.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now