Bab 4

11.9K 424 31
                                    

Hai semua, macam mana bab 1 sampai ke bab sekarang? Ok tak? Insyaallah akan cuba buat dengan lebih baik lagi.

Thanks for reading.
___________________________________

Sah! Sah Ray Idhlan dah gila!!!

Jerit hatiku yang bergema hingga ke otak. Kalau nak jerit betul betul mau koma satu rumah ni nanti. Ada ke patut Ray buat kerja gila pagi kelmarin. Gila di ikatnya aku depan keluarga dia dengan tali rafia.

Ini penderaan tau!

I'm repeat, penderaan!

Dan kenapa dia buat aku macam tu? Katanya gari tak ada tali rafia pun jalan, mentang mentang dia polis sesuka hati dia je nak buat kat aku macam tu.

Aku punya malu tu tak perlu nak cerita. Sampaikan aku rasa nak lompat turun dari rumah pergi menyelam sejam dua kat laut depan sana. Haa elok, biar arwah terus.

Bayangkan juga Sampai terjerit jerit Tokma marahkan perangai dia yang entah apa apa tu, tapi sedikit pun tak bereaksi. Tayang muka beku peti ais dia tu adalah.

Semuanya bermula bila,,,

"Nak kemana dengan beg pakaian ni semua?"

Ray menegur aku. Cara tegur pula dah macam komando pencen. Garang semacam. Matanya pula masih terpaku pada beg pakaian yang aku letakkan di sisi meja makan. Meskipun keluarga Atalia ni ramai tapi tetap nampak teratur. Yang dewasa makan di meja. Yang anak anak duduk kat bawah. Makan bersila.

Nampak comel pula. Aku mulanya nak duduk bersama dengan mereka. Di antara Atalia dan adiknya Arrayan. Baru je nak labuhkan punggung semua bising bising suruh duduk di kerusi sana. Sengaja nak membuli aku. Yang tukang bising nya mesti lah si Atalia tu.

Aku jeling sakit hati. Atalia di bawah hanya jongket kening sambil kulum senyuman nipis. Dia dah tahu pasal aku dan Ray. Agaknya ini semua komplot dia agaknya. Mendera aku suruh duduk di meja. Biar berdepan dengan Ray.

Sempat lagi tadi dia kata yang aku ni jodoh kiriman tuhan buat Paksu dia. Jodoh amenda nya dah kalau si Ray ni yang buat perangai dulunya.

Putusin aku tak mahu ku!

Paksu toksu dia.

"Maira nak balik KL. Kejap lagi Lia nak keluar hantar dia kat stesen bus KB."

Aku biarkan saja Atalia yang menjawab. Hari ni biar aku jadi bisu dan pekak. Karipap inti ubi keledek aku gigit geram.

Tokma dan ahli keluarga yang lain seolah olah terkejut. Perasan dengan pandangan mereka semua aku hanya mampu menyengih sedikit.

"Bakpo Maira nok balik awal sangat. Letih tu dok ile lagi. Buke ko oyak nak duduk lamo sini?"

Tokma pandang aku. Aku telan air liur. Tak tahu nak bagi alasan apa yang logiknya. Kesian rasanya kalau nak menipu. Aku pandang Atalia di bawah. Meminta dia untuk goreng ayat sedikit. Dia pula buat derk je. Hei tolong lah sikit.

" Memang kalau boleh Maira nak duduk lama kat sini. Cuti sem pun banyak lagi. Duduk tak balik balik pun tak apa. Tapi Maklang call semalam bagitahu suruh balik hari ni. Ada hal sikit kat KL. Hal keluarga. Maaf sangat Tokma."

Aku perasan pandangan Ray sekarang umpama harimau kumbang yang bakal menerkam mangsanya bila bila masa sahaja. Aku gentar. Kecut perut. Aku tahu, dia boleh agak yang aku menipu sebenarnya.

Lagipun aku mana reti nak menipu nipu ni. Selalunya failed. Ye subjek ini lah yang aku tak reti nak score lebih.

Eh Maira!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now