Bab 56

7K 302 16
                                    

Aku lirik jarum yang berdetik di jam tangan. Sudah hampir ke pukul 5 petang. Namun bayang orang yang bising bising ajak aku temankan dia makan dari tadi masih belum kunjung tiba. Aku dah hangin ni. Sudah lah aku lapar gila. Di buatnya aku menunggu sampai dua jam lamanya.

Ini nak prank aku ke apa?

Haih pantang betul aku kalau orang lambat lambat. Sebab aku sentiasa punctual and on time.

Handphone aku capai. Baru sahaja aku ingin menghantar pesanan WhatsApp yang mengatakan aku pulang dahulu orang yang di nanti meluru laju ke arah meja aku. Tersengih sengih semacam kerang busuk dengan dahi yang basah dan peluh peluh jernih.

Tak jadi untuk pergi. Aku kembali menyandarkan belakang pada kerusi. Tangan aku luruskan ke atas meja. Mata memandang dia dengan pandangan yang sangat tajam.

"Sorry, Iris darling.. Aku bukan sengaja nak lambat sampai. Tadi ada kemalangan sebelum ke sini. Dan aku sebagai anggota polis yang berkaliber mestilah wajib memberikan pertolongan. Dah lah kejadian tu berlaku betul betul depan mata aku.. Aku.."

Aku angkat telapak tangan kanan hampir ke muka dia. Cakap dah serupa kereta api. Pening aku nak menghadam. Dengan suara hampir semput. Tak guna sikit pun kalau aku dengar dia cakap berderet macam tu.

" Maira Iris... Aku minta maaf.. Janganlah marah.. Aku..."

"Boleh tak kau berhenti cakap. Bingit lah. Duduk.. Aku lapar ni.. Jangan sampai aku lingkupkan meja ni sudah.."

Reza yang berdiri di hadapan aku tersengih lebar. Dia tarik kerusi di hadapan aku sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Jaket kulit yang di pakai dia campakkan ke kerusi sebelah. Tangan pula mengibas ngibas muka yang jelas kemerahan. Panas mungkin.

" Kau duduk kau jela? Awek kau kat tepi tu kau nak suruh dia berdiri melangut sampai ke subuh esok ke apa?"

Reza pandang ke tepi. Mata dia terpaku pada seorang gadis yang aku pandang. Dia segera tepuk dahinya kuat kuat.

"Eh duduklah. Lupa pula aku."

Reza pamerkan sengihan tak berasas dia.

"Selfish betul. Penat dia je tahu. Hai. Saya Maira.. Duduklah.."

Aku tepuk kerusi di sebelah aku. Perempuan berambut pendek di potong gaya boyish itu tersenyum manis. Dia nampak agak stylo dengan cermin mata hitam yang tersarung pada matanya. Walau rambut dia pendek macam ala ala gaya Jaclyn Victor, namun dia tetap terlihat cantik.

"Saya Mikayla. Panggil saja Kay atau Kayla. Maaf sebab lambat. Maira mesti dah lama tunggu kan?"

Mikayla sangkut cermin matanya ke leher blouse labuh berwarna pastel miliknya. Muka dia yang ber makeup nipis menyerlahkan kecantikan semulajadi yang dia ada. Aku melirik ke arah Reza. Dia nampak bersahaja. Diam dan ralit dengan handphone di tangan.

" Kau tak nak kenalkan aku ke dengan dia ni?"

Aku sengaja ingin memancing Reza agar bercakap dengan aku pasal Mikayla. Yela, selepas dua minggu pulang dari Turki dia mahupun aku masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Aku sibuk dengan Ray, baba dan ami. Selepas kejadian yang penuh bersejarah itu, Ray dan baba membuat keputusan untuk menjual semua harta yang mereka ada di sana dan balik semula ke Malaysia. Syarikat syarikat yang ada di sana pun turut di bubarkan.

Yang tinggal hanya lah rumah agam milik datuk dan nenek. Itupun baba yang minta bekas tukang kebun lamanya dulu untuk tinggal di situ. Bekerja dan menguruskan rumah. Tak perlu lagi mereka nak tinggal kat tempat lain.

Farouk dan Feroz pula di sabitkan dengan hukuman penjara 40 tahun di atas kes pecah amanah, penggubahan wang haram, mafia, pelacuran serta dadah dan pemalsuan wasiat. Farouk meraung bila tuduhan itu di bacakan di hadapan dia semasa di bicarakan hari itu.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now