Bab 53

7.5K 325 22
                                    

Aku terkelip kelip sendiri di dalam bilik hotel. Ray sudah balik semula ke rumah auntie Laila. Beria ria aku minta dia jangan balik lagi. Temankan aku kat sini. Dia hanya senyum bila aku merenggek renggek macam anak kecil, Tapi dia cakap masa dia menemani aku ini pun dah cukup lama. Dia tak nak auntie Laila syak pasal dia.

Itu pun dia keluar sebab nak jumpa doktor yang merawat dia. Yang mana doktor tu pun salah seorang polis yang menyamar dalam operasi ini. Haih, cerdik cerdik lah mereka ini. Itu pun kira bagus 'doktor' tu cover elok punya. Pandai pulak buat plan ajak pesakit jalan jalan.

Memang tak masuk di akal bagi orang yang otak sangat kompleks macam aku ini. Tapi tulah, auntie Laila ok pulak. Mungkin lakonan Ray dengan 'doktor' itu amat meyakinkan. Hahaha.

Aku tersentak bila pintu bilik kedengaran di ketuk dari luar. Siapa pulak. Aku capai shawl yang terbentang di hujung katil. Aku turun perlahan lahan dari katil. Sempat aku capai beberapa helai majalah yang ada di atas meja. Aku gulung tebal tebal. Buku pun tak apalah asal boleh buat mempertahankan diri.

Ingat tak sakit ke kena hempuk dengan buku? Fuh, sakit tau. Aku pernah hempuk Ray kuat kuat dengan majalah URTV yang dua biji. Sampai dia mengalah tak nak cari pasal dah. Sudahnya bila aku henti kan aksi menghempuk, dia pulak yang balas dendam. Buku di tangan dia rampas dan dia hempuk aku pula. Sangat lah tak gentalman dia dulu. Dengan perempuan pun cari gaduh. Sakit wei kena hempuk.

Lubang pintu bilik aku intai. Kelihatan seorang lelaki ber jaket coklat sedang berdiri di depan pintu. Itu macam Reza. Aku betulkan shawl sedikit. Sahaja memastikan tiada rambut yang terkeluar. Pintu aku kuak separuh. Kepala aku jengulkan ke luar. Rantai kunci penyelak pintu aku biarkan saja. Wei, walau dia lelaki yang boleh di percayai. Kita tetap kena ada sikap paranoid sedikit tau. Aku bukan kenal sangat dia pun.

"Ye Reza.."

Dia kerut kening memandang aku. Sebelah tangan dia selukkan ke dalam poket jaket. Kaca mata Ray-Ban warna hitam masih tersarung pada mata.

"Dah kenapa nampak takut takut je ni?"

Dia senyum sinis. Aku juling mata ke atas.

"Walau kau orang kepercayaan Ray, aku kena berjaga jaga jugak tau. Ada apa?"

Saja berlagak sombong. Dia ketawa kecil.

"Hei, tak terlintas langsung aku ni nak apa apa kan kau. Ermm.. Kau bukan taste aku pun."

Screetttt!

Muka rasa macam kena gilis dengan mesin padi. Lancang sekali mulut dia.

"Yela, yela.. Kau taste muka international. Haa ada apa"

Aku bertanya garang. Panas hati juga bila dia cakap muka cantik macam aku ni bukan taste dia. Weh apa yang aku harapkan, dia muka model model kot. Mestilah kena cari yang rupa meletop gitu. Lagipun aku tak sedar diri ke apa? Aku ini isteri orang. Haa, mungkin maksud dia tadi. Bukan citarasa dia untuk mengorat isteri orang kot? Tulah, cepat sangat sentap sampai otak lupa nak berfikir secara rasional.

"Jom turun makan. Kejap lagi kita pergi quanters, hari ini abang Feroz kau ini nak pergi berjumpa dengan auntie Laila."

Dia tersengih. Sempat dia tunjuk pada dirinya. Yela, hari ini kami plan untuk berjumpa dengan auntie Laila. Ray sempat cakap kat aku yang auntie Laila ada menghubungi Feroz cetak rompak aka Reza untuk berjumpa di tempat rahsia mereka dengan membawa aku bersama.

Nasib baik aku dah tahu yang Feroz tu nanti siapa, kalau tak mau aku cuak juga bila di bawa sebagai tebusan oleh seorang penyangak. Terasa mengimbau kenangan lama. Yang bezanya dulu kakak aku yang di jadi kan tebusan. Dan aku pula orang yang terburu buru campur tangan kerja polis sehingga menyusahkan ramai pihak.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now