Bab 12

8.8K 295 1
                                    

Bergaduh dengan si Ray Idhlan ni memang tak pernah menang. Walaupun orang selalu cakap yang perempuan akan menang tetapi tidak bagi aku dan Ray. Sebab dia yang lebih mendominasikan itu semua.

Ye, dia lah pemenangnya. Aki ni yang selalu akan kalah. Tambah lagi bila melibatkan pilihan. Bayangkan Aku yang nak pakai dia pulak yang bising. Aduh stress jadinya. Tak nak bagi kecoh satu kedai, jadi aku bagi je dia yang pilih. Biar dia yang puas hati.

"Tengoklah yang mana kau berkenan. Dok memuncung macam tu bukan orang tahu apa yang kita nak."

Pulak! Kita pulak yang salah. Tadinya dia cakap yang pilihan aku agak old school. Katanya lagi pilihan dia yang lebih moden dari aku. Aku mendengus geram.

Aku tunduk memandang ke arah cincin emas yang tersusun elok dalam bekas baldu. Semua cantik cantik. Buat aku Jadi rambang mata. Semua aku nak.

Emas kot, bentuk tak cantik pun tetap emas. Buatnya satu hari nanti aku perlukan duit ke boleh lah jual atau gadai. Hahaha.. Belum apa apa lagi dah fikir untuk jual.

Tapi dalam banyak banyak cincin yang ada tu, mata aku lebih fokus kepada sebentuk cincin yang simple sahaja bentuknya. Cincin emas bertatahkan berlian bersaiz sederhana di tengah dan di serikan lagi dengan dua biji berlian halus pada kiri kanannya.

Cantik sangat. Simple tapi aku berkenan sangat.

Tangan aku laju saja nak menyentuhnya. Namun tangan Ray lagi cepat. Di tarik tangan kanan aku dan di sarungkan cincin itu ke jari manis. Aku pandang dia dan tunduk semula sambil tersenyum manis.

Dia ketuk perlahan cincin di jari aku sebelum tersenyum sejemput. Terserlah Lesung pipit di pipinya dengan senyuman manisnya.  Tapi itulah senyuman yang bagai kan bijih timah itu memang haram nak tengok lama lama. Sebabnya tak lama lepas itu muka dia akan kembali pada riak wajahnya yang seperti biasa. Sejuk beku macam ais.

"Ok, aku suka yang ni. Kau macam mana?"

Ray pandang tepat ke mata. Aku tunduk memandang jari manis. Sekejap tangan aku layangkan rapat ke muka sendiri. Kadang aku letakkan jauh jauh. Kononnya nak melihat kecantikan cincin ini dari semua sudut. Aku suka.

"Ok, simple dan manis."

Seakan puas hati dengan jawapan aku, dia keluarkan dompet kulit hitam dari poket hadapan seluar jeans.

Aku perati je si Ray ni yang asyik membilang duit. Dah suruh pakai Debit card tak nak. Katanya tak feel macam ada duit kalau guna macam tu. Tak rasa macam membeli pun. Kuno betul.

Macam macam perangai dia. Boleh buat orang suka, kadang boleh buat orang geram pun ada.  Nasiblah kau hensem yet so perfectionist.

"Dah puas tenung aku?"

Suara garau serak basah lemak berkuah menegur aku. Matanya fokus pada handphone.

Ini yang aku hairan sangat pasal Ray. Kita ingat dia fokus dek satu benda tu, tak sangka pulak dalam masa yang sama dia tahu apa yang kita buat.

Mungkin ini sifat misteri seorang pegawai polis. Peka pada persekitaran

"Mana ada, perasan."

Meruap merah muka aku malu. Ray ni cakap memang tak pandang kiri kanan. Hentam je.
2 orang kakak jurujual emas tu, tersenyum senyum kat aku dek teguran Ray.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now