Bab 43

7.2K 317 50
                                    

Aku tersenyum tawar memandang belakang Ray yang berdiri menghadap balkoni rumah. Dari siang tadi sampailah ke malam ini dia hanya diam tanpa kata. Sesekali aku perasan matanya seakan memandang aku lama. Namun selepas itu dia kembali menatap keluar tingkap semula. Entah apa yang menarik minatnya selain menatap muka aku yang cantik meletop ini. Sempat lagi perasan ye Maira.

Tubuh yang aku rindui itu aku hampiri perlahan. Sebelum tangan aku melingkar kemas pada pinggangnya. Tubuhnya mengeras sedikit. Mungkin terkejut dengan pelukan aku yang tidak dia sangkakan. Pipi aku sandarkan pada belakang dia.

"Awak tengok apa tu?"

Cuba mengajaknya berbual. Senyuman manis terlakar kini di bibir aku. Dapat memeluknya sesudah enam bulan terpisah bukan tempoh yang sekejap. Segala rindu dendam yang ada dalam hati ini terawat sedikit dengan memeluknya erat sebegini. Aku dapat rasakan yang jantungnya berdegup agak kencang. Cemas atau berdebar di peluk aku mungkin. Terasa lucu pulak dengan Ray yang serba baru ini.

Aku pusing badannya menghadap terus ke arah aku. Tangan aku menyentuh dan melekat lama di dadanya. Merasai degupan yang terletus di balik tshirt hitam yang dia pakai. Dia hanya memandang aku tanpa kata. Diam.

"Walau awak tak ingat sedikit pun pasal saya, tapi saya tahu yang hati awak ini. Degupan jantung awak ini masih sama seperti dulu. Sama mengingati setiap sentuhan saya. Kalau awak nak tahu setiap kali saya sentuh awak, macam ni lah respon jantung dan hati awak terhadap saya. Berdebar kan?"

Aku ketawa kecil. Tangan dia yang kaku di sisi badannya aku tarik melingkar ke pinggang ramping aku. Menarik badan sendiri merapat pada dia. Dada bersentuhan. Terasa lekuk coklat bar yang aku rindui. Oh coklat ku. Ketak ketak Sixpack dia.

Dia jelas terpinga pinga tapi tangannya tidak dia alihkan malah terasa dia meramas lembut isi pinggang aku di tepi. Aku senyum. Ye, itu juga tabiat dia dulunya. Dia mungkin lupakan aku. Tapi bahasa tubuhnya tidak. Sentiasa mengenali kesayangan dia.

Mata kami berbalas pandang. Aku jongketkan sedikit kaki ke arah mukanya. Tapi dia agak tinggi, jadi aku tarik kepalanya ke bawah agar sedikit menunduk. Aku geselkan bibir pada puncak hidung tajam dia. Sekali lagi badan dia mengeras. Terkejut dengan aksi aku. Aku tarik lagi lehernya menunduk pada aku. Kali ini bibir aku bawa mengucup kedua dua belah pipinya. Dia masih lagi diam. Tapi aku dapat lihat yang dia mengetap bibirnya sedikit. Mungkin dia merasa sedikit gelora dalaman?

"Saya rindu awak Ray.. Awak kesayangan saya. Awak cinta hati saya.."

Aku pandang matanya semula. Dia menatap aku dengan pandangan yang redup.

"Awak selalu suka saya buat macam ni."

Aku kucup mata kiri dan kanannya. Dia berdesis sedikit. Pelukan di pinggang aku terasa di kemaskan. Aku senyum lagi. Aku tahu Ray juga menyimpan rasa hati yang sama dengan aku. Ah Ray yang ini polos sekali orangnya. Comel.

"Awak juga suka saya buat macam ni."

Aku tekap bibir pada ulas bibirnya yang terbuka. Sekali lagi badan dia mengeras. Sentuhan aku pada bibirnya aku lepaskan. Memandang lagi pada matanya yang tampak tertanya tanya dengan segala sentuhan aku. Aku senyum lagi. Sebelum aku tempelkan sekali lagi bibir ini ke bibir seksi dia.

Kali ini aku gigit sedikit bibir dia, seolah olah meminta dia membalas cumbuan aku. Tangan aku lingkarkan pada lehernya. Merangkul erat dan menarik rapat padaku. Bibir dia masih kaku macam awal awal aku cium dia tadi.

"Ray.. Balas ciuman saya.."

Aku mendesah dengan segala rasa yang ada. Mata pula seperti nak berair sedikit. Agak terkilan dengan reaksi dia yang kaku. Dia terkejut. Namun sedikit pun tak berkata apa. Aku yang geram kali ini menciumnya rakus. Bibir dia aku urut lembut dengan ulas bibir aku. Pelukan aku kemaskan. Tidak perlu aku tunggu terlalu lama untuk membuatnya membalas ciuman aku. Ini kerana aku di tarik rapat ke dalam pelukan tangan sasanya. Dada terhenyak. Kali ini dapat aku rasakan yang dadanya berdegup agak menggila. Merasa sensasi dari sentuhan aku. Dan aku mula melemas dalam perasaan rindu yang dah lama aku tahan.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now